Read :
Unforgettable Moments (Part 1) - Pengalaman Mengandung Anak Pertama.
Hi! So kali ni aku nak cerita pasal pengalaman deliver baby pulak. Hihi.
The very first time pegi KK kan nurse tulis kat buku EDD 5/8/16 kan, tapi bila scan sonographer cakap EDD 9/8/16 pulak. So bila orang tanya bila EDD, aku confuse nak jawab apa. Nak jawab 5hb ke 9hb ni, so kadang-kadang aku jawab 5hb, kadang-kadang aku jawab 9hb. HAHA boleh eh macam tu? Tapi sebenarnya dia ikut yang 5hb tu rupanya.
Dah masuk 39weeks, memang aku sentiasa perhatikan kalau-kalau ada tanda nak bersalin. Tapi seminggu sebelum tu pun, tak ada langsung tanda-tanda nak bersalin tau. Rasa macam baby ni rilek-rilek tenang je nak duduk dalam perut mama dia lama-lama. Pergi check up 39weeks pun, nurse cakap "Kalau belum bersalin lagi minggu depan, kita jumpa lagi lah ye 7hb nanti. Time tu dah overdue dua hari dah" Aku start ambik maternity leave 8/8/16. Yelah, sebab takde rasa nak bersalin lagi kan, buat apa cuti awal-awal. 5hb hari Jumaat masa tu, aku rilek je boleh pergi kerja lagi macam biasa. Abang since seminggu sebelum tu hari-hari pesan, "Kalau dah ada rasa sakit-sakit terus call Abang tau". Alaa, sakit-sakit pinggang manja-manja macam tu ada lah. Tak tahu lah nak kata false alarm ke apa, sebab rasanya false alarm pun bukan sebab memang tak rasa sakit langsung.
So, disebabkan aku taknak overdue lama sangat sebab takut kena induce, seminggu sebelum EDD, aku rajin-rajin bersenam untuk suruh baby cepat turun. Aku buat squat je sambil-sambil mandi, lepastu bila solat, sujud lama-lama sikit. Huhu
6/8/2016 - Sabtu.
Dah overdue satu hari. Hm
Since aku start maternity leave 8/8/16, aku and husband siap-siap lah pack barang hari ni untuk bawa pegi Skudai. Nak berpantang kat rumah mama aku. Aku memang nak start duduk kat rumah mama dah harini, tunggu sampai bersalin. Kitorang selalu doa-doa janganlah baby nak keluar masa Abang tengah kat office, sebab kalau nak tunggu Abang balik rumah mama takut tak sempat. Pasir Gudang - Skudai almost sejam jugak kot! Takut terberanak pulak kang nanti. Noooooo, no matter what I want my husband with me in the labor room. Hukhuk. Saje je lah, nak suruh dia tengok sendiri macam mana wife deliver baby kan.
Malam 6/8/16, masa tu Kak Sar ada buat makan-makan kat rumah dia. Aku malam tu sempat lagi makan lontong kering dengan laksa Johor (makan-makan post raya). Masa tu ada game bola JDT kalau tak silap. So kitorang lepak kat rumah Kak Sar sampai malam. Almost pukul 12 jugak rasanya baru sampai rumah mama. Balik-balik je tukar baju tidur, cuci muka semua, terus masuk bilik nak tidur. Penaaaat gila sebab siang tu kitorang kemas-kemas bilik sikit, bersihkan sebab nanti baby nak duduk kan. Sebelum tidur aku sempat buat squat sekejap.
7/8/2016 - Ahad
1.00 pagi
Petang nanti pukul 2 aku ada last check up kat KK. Tapi sekarang aku tak boleh tidur. Memang dah akhir2 pregnancy tabiat susah nak tidur makin menjadi-jadi. Mengiring ke kiri tak selesa, ke kanan pun tak selesa, telentang pun tak selesa. So ikut suka hati badan je lah dia selesa macam mana, macam tu je lah tidur. Duduk ke, sandar kat dinding ke, tidur je kalau selesa camtu. Tapi pagi ni dia punya tak selesa tu lain maciam sikit. Pinggang rasa macam dicucuk-cucuk tapi tak kuat. Masih lagi sakit manja-manja.
Jadi aku ignore. Cuba lagi untuk tidur tapi masih tak boleh. Mata terkebil-kebil je sambil tengok Abang tidur lena kat sebelah. Penat sangat dia ni sampai berdengkur kuat. Huhu. Ulang-alik keluar pergi toilet sebab nak check kot-kot ada blood show tapiii non hado. Last-last dapat la jugak tidur-tidur ayam.
2.00 pagi
Eh, sakit pinggang ni macam makin kuat pulak rasa dia. So dalam hati cakap ini mungkin contraction lah kot (sebab memang betul-betul tak tahu contraction tu acanooo). Time ni dah terdetik dalam hati, baby macam nak keluar harini je. Aku pun start bukak contraction timer apps kat handphone sebab nak tengok selang berapa minit. Abang masih tidur lena kat sebelah. Aku ada cakap kat dia "Abang, macam dah start rasa sakit ni." Tapi dia jawab "Hmmm" je, lepastu tidur balik. Hahaha. Sekali tengok time interval mula-mula 10 minit, lepastu dah jadi 5 minit pulak. Pastu aku cakap kat diri sendiri, eh kalau dah 5 minit ni bukan baby dah nak keluar sangat-sangat ke? (based on apa yang aku baca) Tapi kenapa tak sakit sangat. Hahaha. Time-time tu la tetibe rasa macam ada cecair keluar dari miss V... Terus pergi toilet, haa sah memang dah ada blood show!
Terus rilek je cakap kat Abang tenang-tenang, "Abang, rasa macam dah nak bersalin ni, darah dah turun." Haa kau, terus terduduk dia. Pastu dia tanya, "Habis camne, nak kena pegi hospital terus ke ni?" Ceh. I also don't know lehhh. Sebab kakak aku cakap, masa dia dulu, blood show harini, esok baru bersalin. Aku kalau boleh memang malas nak bertapa kat hospital lama-lama.
Tengok jam time tu dah nak pukul 3.00 pagi. Kitorang masih blur tak tahu nak buat apa. Last-last aku naik atas masuk bilik mama, bagitau darah dah turun, nak kena buat apa ni ma? Pastu mama tanya ada rasa sakit-sakit tak. Aku jawab ada, tapi tak sakit sangat. Haha. Pastu mama suruh je pergi hospital sekarang. Aku pun terus bagitau Abang suruh siap-siap pegi hospital. Mama dengan ayah turun bawah jugak hantarkan aku kat kereta. Sempat la aku tapau air milo panas mama buatkan sebelum pergi hospital. Bawak kurma, bawak roti. Lepastu terus gerak pergi HSI.
3.00 pagi
Dalam perjalanan pergi hospital, Abang ada tanya nak singgah makan ke tak.. Tapi aku memang taknak lah sebab mana ada selera nak makan pagi-pagi buta camni walaupun perut memang lapar gila. Togak air milo je sikit. Kurma tak makan, roti pun tak makan. Dalam hati, nanti lah makan sebelum bersalin nanti je.
Pukul 3.20 pagi sampai kat hospital, Abang tanya nak dia drop kat emergency dulu tak, tapi haruslah taknak sebab nanti tak tahu nak buat apa. Kita turun sama-sama je lah. Lepas park kereta, aku pun jalan macam biasa. Muka memang tak sakit langsung, rilek je jalan pergi kecemasan. Ni cemas ke idok ni?? Bila kitorang lalu, guard pun tegur, "Ye, ada apa?" Pastu aku jawab "Emm, saya rasa macam saya dah nak bersalin lah." Hahaha lepastu dia bawak kitorang pergi lif, suruh naik ke wad bersalin.
Keluar lif je masing-masing muka blur taktahu nak buat apa. Kahkah. Lepastu nampak kaunter pendaftaran, pergi la kat nurse yang ada kat situ. Cakap lagi sekali, "Assalamualaikum nurse, saya rasa macam dah nak bersalin." dengan muka tak bersalah ni. Dia pandang muka aku, lepastu dia tanya, "ada tanda-tanda dah ke?".. "Ada nurse, darah dah turun lepastu saya rasa sakit setiap 5 minit.." "Yeke, kalau sakit setiap 5 minit dah sakit sangat tu, mana boleh senyum-senyum lagi.. Sekejap ye, saya register dulu." Wahaha
Siap je register, nurse suruh masuk untuk check bukaan rahim. Tukar baju semua, lepastu naik atas katil. Sekali nurse ke doctor ke entah I don't know, tapi lelaki, dia masuk untuk check bukaan. Alamakkk, time ni dah mula redha dah lelaki yang check. Dalam hati cakap, pasrah je lah, kes darurat dah ni. Mashaa Allah sisturrrrrrrrrr, sakit ya amat bila kena seluk tuuu sisturrr. Masa kena pecah dara dulu pun tak rasa sakit macam ni! Kahkah.. Sekali dia cakap bukaan dah 3 ke 4 cm dahhhhh.. Time tu sempat tengok jam, pukul 3.45 pagi.. Lepastu ambik baju baby yang Abang dah siapkan kat dia, pastu kena tunggu kat atas wheel chair. Tak lama lepastu, nurse kat kaunter pendaftaran tu tolak pegi masuk labour room. Labor Room 8. Fuh sejuk gila! Tapi jam dinding rosak pulak kat situ. Huhuhu
Masuk je LR, nurse lain pulak attend aku. Dia pasang alat CTG tu untuk monitor baby. Time ni dah start rasa sakit contraction yang betul-betul sakit dah. Time ni husband belum boleh masuk labor room lagi. Tak sure dia tunggu apa, baru husband boleh masuk. Tak lama lepastu check bukaan lagi sekali, baru 4cm. Lama jugak dia stick 4cm je, nurse kata memang lambat sebab anak pertama so baby takde laluan nak turun lagi. Seingat aku, dalam LR je 3 kali kena seluk lagi untuk check bukaan. Rasanya pukul 5 lebih kot, sebelum azan subuh, nurse pecahkan air ketuban. Time dia nak pecahkan tu baru dia cakap, "Lepas air ketuban pecah dah tak boleh makan dan minum apa-apa ye. Air masak je boleh". I was like omg I am dead. Takde tenaga langsung masa tu, dan kepala sangat senoneng sebab tak tidur lagi. Pasrah je lah.
Tak lama lepas pecah ketuban tu, nurse panggil Abang masuk. Time tu Allah je tahu perasaan bila nampak Abang masuk untuk temankan aku. Alat CTG tu sangat tak selesa sebab kena baring telentang je sedangkan perut dan pinggang tengah teramat sakit. Hampir 7 jam aku bertapa dalam LR tu. Sakit contraction tu.. ya Allah.. Tak tahu nak describe macam mana. Abang cakap muka aku dah pucat, dah la perut kosong. Aku dah risau camne la nak meneran nanti. Huhuhu. Doa je banyak-banyak masa tu semoga dipermudahkan. Time sakit tu dah tak boleh fikir pape. Abang cuba nak berbual, nak buat lawak, semua aku dah tak boleh hadam.
Nurse yang jaga aku tu ada tanya, nak ubat tahan sakit tak.. First time dia offer aku tolak sebab konon-konon nak nikmati kesakitan ni secara natural. Beberapa jam lepastu sakit dah makin kuat, nurse tengok aku pun macam dah nak mannnninggal, dia offer lagi sekali. Haha. Last-last cucuk jugak kat punggung sedas ubat tahan sakit. Hm tapi sebenarnya macam takde effect pun. Alat sedut gas tu pun dia ada bagi aku, katanya bila sakit sedut dalam-dalam untuk kurangkan rasa sakit tu. Tapi taktahu lah sebenarnya kurang ke tak kesakitan tu. Kompius.
Ada sekali tu dia seluk tengok bukaan dah 7cm, lepastu dia buat apa entah sebab dia kata nak tolong cepat sikit buka jalan. I was like, lantaklah, buatlah apa pun asalkan baby ni cepat sikit keluar. Betul-betul dah takde tenaga dah ni nak tahan sakit. Dengan mamai-mamai mengantuknya lagi. Setiap kali contraction je aku genggam tangan Abang punyalah kuat, nasib baik dia pun redha je. Siap tangan dia pun menggigil sama. Aku sempat gak la tanya, kenapa Abang menggigil pulak ni. "Abang nervous la tengok Ayang sakit camni." Atotototo kahkah loveyou laling.
Pukul 10 lebih (tak tahu exact time sebab jam rosak), dah mula rasa nak terberak. Bagitau nurse, "Nurse saya rasa macam nak berak", lepastu dia boleh jawab "Haa beraklah". Pastu aku teran je, nasib baik tak keluar tahi. Hahaha. Berpeluh jugak lah aku kat dalam LR yang sejuk gila tu. Sumpah time ni rasa teramat-amat sakit sesakit-sakitnya. First time rasa nak nangis bila kena berak. Sekali nurse jenguk tingkap lagi sekali, dah buka 9cm dah. Terus dia suruh staff nurse lain prepare tools semua. Abang terus ingatkan aku cara-cara nak bersalin dengan betul (kami study sama-sama haha) tapi entahlah, otak dah tak boleh nak hadam sangat masa tu. Dah lah mengantuk!
Beberapa kali juga aku meneran sebab tak pandai kawal pernafasan. Nurse sempat brief cara kawal breathing masa nak meneran tu. Time teran kali pertama, nurse cakap dah nampak kepala dah. Tapi disebabkan nafas tak cukup, baby masuk balik. Huhu. Laki aku pun tetibe jadi cheerleader aku time tu, "Sayang sikit lagi sayang, baby dah nampak kepala dah tu. Tarik nafas dalam-dalam". Ada la beberapa kali jugak percubaan, baru lah kepala baby keluar! Time tu rasa lega teramat sangat ya Allah. Pastu nurse nak keluarkan bahu baby pulak kan. Sambil dia pusing-pusing baby tu, selambe je dia berbual pasal apa entah dengan kawan nurse dia tu. Tangan buat kerja, mulut berborak topic lain. Hahaha I tabik spring sebab nurse sangat hebat. Yelah, dah memang kerja dia kan, memang dah power gila. Muka aku time meneran jangan cerita la, super ugly. I know, I can imagine my own face. Haha
Keluar je whole body baby pukul 10.46 pagi, tetibe Abang cakap "Sayang, Auni sayang." Time tu baru aku macam eh eh, aah la lupa nak tengok baby girl ke baby boy. Yelah, tenaga kita time tu dah flat terus. Time-time tu jugak rasa nak tidur. Nurse siap tegur, "wah dah ada nama dah". Haha time nurse keluarkan uri pun aku boleh nak terlelap kot. Nak tengok baby pun tak berapa mampu. Takde rasa nak pegang baby pun sebab tak larat. Kahkah. Suara baby nangis pun halussss je sebab suara Auni Madihah memang lemah lembut sangat, sama macam nama dia Auni (lemah lembut). Pastu nurse bawa baby keluar, n Abang pun keluar LR sebab nak pergi azankan baby. Mulalah sesi jahit-menjahit sambil aku lelap sekejap. Tahu-tahu je dah siap jahit.
Tak lama lepastu, nurse masuk LR semula dengan seorang baby comel yang kecik molek, yang dah berbedung, dan dia letakkan baby tu kat sebelah aku untuk disusukan. Masa tu perasaan bercampur baur. Rasa tak percaya tu anak aku dan suami. Rasa kekok nak susukan baby buat pertama kali, tapi Auni Madihah sangat pandai menyusu. Terasa sangat kuasa Allah masa tu. Rasa tak percaya baby yang aku kandung selama 40 minggu 2 hari tu sekarang dah ada kat sebelah. Rasa sayang dan cinta yang teramat sangat kat baby tu tetibe naik mendadak. Sis speechless sangat masa tu. Bahagia sangat ya Allah :')
Dalam pukul 1 petang jugak rasanya nurse tolak katil aku untuk dia hantar ke wad. Masa dia lalu kat tempat menunggu, dia panggil suami untuk ikut kami naik wad. Masa nampak Abang bangun dari kerusi dia, Iols rasa macam nak menangis lagi. Sebab muka Abang nampak sangat penat. Dia pun tak tidur since kitorang gerak ke hospital. Huhu. I sayang you so strong Abang.
Alhamdulillah, pukul 6 petang hari yang sama aku dah boleh discharge dah memandangkan Mama n baby dua-dua sihat. Habis je waktu melawat, Abang balik rumah kitorang untuk settle kan semua termasuk lah cuci dan tanam uri kat depan rumah, pack barang-barang sikit etc. Lepastu Abang datang hospital semula pukul 6 lebih tu, settle kan payment & semua benda untuk discharge hospital pulak. Last2 pukul 8 lebih malam baru keluar hospital. Sampai rumah mama pukul 9 lebih jugak.
And our journey as a parents begins.... 7/11/16 ni genap lah Auni Madihah 3 bulan di bumi Allah.. Alhamdulillah ya Allah, terima kasih atas anugerah terindah ini. Berikanlah kami kekuatan untuk menjaga amanahMu ini sebaik mungkin. Amin.
♥ Auni Madihah binti Muhammad Faizal. ♥
1 day old. 3.20 kg.
07/08/2016 : 10.46 a.m
♥ Auni Madihah 1 month old. ♥
4.70 kg.
♥ Auni Madihah 2 months old. ♥
5.50 kg.
awak tolong LIKE ya ? :)