Dear Followers :)

Tuesday, April 5, 2011

Jadikanlah aku si empunya hati yang kuat

Banyak cerita , tapi tak mampu aku luahkan . Peritnya rasa ini Tuhan saja yang tahu . Tidak , ini bukan cerita si gadis yang dipukul ibu tirinya . Bukan cerita seorang perempuan innocent yang terpaksa menggadai maruah diri kerana dipaksa . Bukan juga cerita sang pencinta yang sanggup mengharungi segalanya demi si dia .

Tapi tentang si hati yang terpaksa menahan rasa . Tidur bertemankan air mata kerana tidak mampu berbuat apa-apa . Diluahkan mati emak , ditelan mati bapak .

ARGHHHHH !!

Sudah aku katakan , Tuhan sahaja yang tahu .

Hidup ini banyak sungguh dugaan . Tuhan , hambaMu ini tidak mampu :'(

:'( :'( :'( :'(

awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, April 3, 2011

Waiting seems nothing if it worth :')

Assalamualaikum :')

Hehe . I'm grinning from ear to ear nie :) Alhamdulillah sejuta kali syukur aku rasakan .
Tak perlulah cakap banyak , this picture will do the talking , all about what I'm feeling :)
Tadi aku tidur sebab penat tak buat apa-apa , and when I woke up , nampak ada 15 notifications , dan bila aku buka ....


Boleh nampak tue ? So he is back ! Tue belum habis scroll lagi , kat bawah ade lagi tapi memandangkan screen Baby Brobbie (lappy) aku nie cumalah 14.0" so takboleh la nak scroll lagi dan lagi .

What I can say is , alhamdulillah . Hopefully kepulangan dia nie adalah satu petunjuk baik daripada Allah yang aku cari selama ini . That's all .

Yes, I'm happy but cannot too happy kan ? Takut menangis pula nanti . Kena beringat :')

awak tolong LIKE ya ? :)

Adelia's Summer Fun Contest Entries

Hai :)

I need your support , guys !

So haritu Abg Omar dgn Kak Aty masukkan Adelia dalam Summer Fun Contest Entries . So this is the contest , take a look . My niece pulak yang nie , si comel Adelia . So masa mula-mula aku like , belum ramai lagi yang like picture si tembam nie .

Then aku tengok orang lain , lepas tue ada one kid yang pakai pelampung nampak kepala je tue vote dia dah hundred something . Aku pun rasa "Ah, takbole jadi nie. I need to work hard !"
Haha , yeahh aku sangat semangat . Therefore, aku pun copy link delia and IM seberapa ramai yg boleh yg tengah online tue , minta tolong 'like' Adelia . Haha alhamdulillah , at least I attempted lah kan .

Then semalam Anis, a friend of mine , minta link Adelia cakap nak tolong promote sekali . Hee :D Anis , thanks thanks thanks a lot ! Much appreciated lah support kau tue :D Buat masa sekarang , Adelia tgh lead like paling banyak dengan 200 like , whereas the kid yang dgn pelampung tue 178 like :) (10.14 pagi on 3rd April 2011)

TAPI ! Takboleh duduk dengan selesa lagi . Aku kena keep on promoting Adelia sebab tarikh tutup undian 7 April . Hehe . Anything can happen within these 4 days , so kena keep on working lah :)

Guys , please help me , kindly vote for this girl okay ?

First , click button "like" dekat sini ,
Second , pergi dekat album ini
Then lastly , click button "like" dekat pict Adelia sini
And DONE !!
:)


So this is the picture of Adelia ,
hope you LIKE it !
Comel kan ? So cepat cepat cepat !
Pergi tekan button "Like" sekarang !
Heeee :D
Thanks for your support , guys !
May Allah bless
:)

awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, April 2, 2011

Persoalan mana yang tak perlukan jawapan ?

"Serahkan hatimu pada si dia yang jelas mencintaimu dan bukan pada si dia yang kau cintai
Kerana si dia yang mencintai mu akan lakukan apa sahaja untuk melihat diri mu tersenyum bahagia
Sebaliknya belum tentu kebahagiaan dan kegembiraan daripada si dia yang kau cintai"


Assalamualaikum :)

So tadi aku ada terbaca ayat nie dekat FB . Actually nie bukan first time aku terbaca ayat nie , sebelum nie pun pernah , tapi tadi bila aku baca , ada satu persoalan yang timbul di benak kotak fikiran aku yang semestinya bukan berbentuk kotak , tapi berbentuk .. errr .. errr .. taktahu lah . Okay , kotak fikiran itu cuma satu hiperbola bahasa melayu :)


"Aku mencintai dia . So boleh tak aku berharap dia yang akan menjadi seperti orang di atas ? Yang akan mencintai aku sebab aku mencintainya . Yang akan serahkan hatinya pada aku untuk aku jaga sebab aku mencintai dia."

Lama aku fikir . Siap terbang melayang ke dunia fantasi aku sendiri lagi . Tenggelam dalam mencari kelogikan dan jawapan untuk persoalan aku sendiri . Aku tahu aku yang soal , aku yang kena jawab . Mana ada readers yang nak jawabkan . Ada ? *sentap sikit :/

So that's it . Aku dah tertidur pun sebenarnya sebelum nak tambahkan satu lagi koleksi bebelan aku sendiri nie . Sempat lagi mimpi entah apa-apa .

Oh , cerita pasal mimpi . Hmm . Aku tak faham kenapa H.A selalu muncul dalam mimpi aku . Bukan sekali , bukan dua kali , tap berkali-kali . Mungkin sebab aku terlalu fikirkan dia sangat kot . Tapi tue lah , aku letih . Kalau mimpi aku terjumpa dia tue , tolonglah jadi realiti je terus . Jangan terus lagi sebagai mimpi je :/

So , agak-agak ada harapan tak konon-konon dia sedar aku mencintai dia , yang mana perasaan nie sebenarnya bukan aku pupuk , tapi memang tiba-tiba hadir dalam jiwa raga sanubari hati yang innocent nie . Lepas tue bila dia dah sedar , jadilah dia seperti orang dalam statement di atas . Dan berbahagialah hidup kami dunia dan akhirat . Boleh tak ? Yelah , kalau semua orang nak jadi seperti statement tue , siapa yang nak mencintai setulus hati kalau masing-masing harapkan orang yang mencintai dia dulu ?

Pernah tak kau rasa macam mana seksanya menunggu orang yang sebenarnya kita taktahu berbaloi atau tak penantian kita tue ? Apa yang mampu untuk aku lakukan untuk terus menunggu ialah , berfikiran positif dan bersangka sesuatu yang baik untuk aku akan datang juga pada akhirnya . Selalu aku rasakan dialah tulang rusukku yang hilang tue . Tapi aku sendiri tak pasti .

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Satu rangkap lirik daripada lagu Hijjaz , Mata Hati . So aku pun terfikir lagi , apa yang aku rasa tue , yang konon dialah permata yang dicari tue , datangnya daripada pandangan mana ? Mata ? Akal ? Nafsu ? Hati ? Kalau hati , cukup baik ke hati aku ? Cukup bersih ke hati aku ?

PRANGGG !

Dan sebenarnya aku telah menambah satu lagi persoalan dalam diri sendiri , tambah serabutkan kepala otak yang dah sedia serabut disebabkan satu benda yang magik , cinta .

Bukan aku tak yakin Allah memang dah sediakan seseorang untuk aku , cuma aku rasa aku dah tak boleh sabar lagi . Aku nak tahu cepat-cepat , supaya reda sikit otak aku yang berselirat nie . Supaya bila aku tahu , tenanglah sedikit sang hati .

Tapi itulah sebenarnya yang dikatakan ujian daripada Allah, kan ? Apalah lagi yang mampu aku lakukan selain terus bersabar dan berdoa ?

"I'm about to lose my mind , you've been gone for so long . I'm running out of time , I need a doctor , call me a doctor to bring me back to life :/ "

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, April 1, 2011

Datanglah pula April dengan harinya tiga puluh

Assalamualaikum semua :')

SELAMAT SATU APRIL DUA RIBU SEBELAS ! :)

Boringlah kalau asyik cakap "mcm tak sangka dah masuk bulan empat." Teehee :D Sebab dua hari sebelum bln empat aku dah sedar April akan menjelma . And here it comes :) Setiap kali masuk bulan baru je , mesti ada je org keluarkan ayat mcm tue . Yeah , memang masa sangat cepat berlalu kan ? Lagi-lagi dunia dah akhir zaman . Hmmm ..

Bulan April nie mungkin akan menjadi bulan yang sedikit sibuk bagi aku , sebab bulan inilah final exam utk sem dua nie berjalan (macamlah ade kaki :P) . So , kena well prepared lah nie , insyaAllah . *Dah banyak kali nie muhasabah diri , tapi tetap je busy nie berblogging meluahkan perasaan tanpa buat apa-apa usaha nie . Grrr nie :/

Macam sem lepas , paper last untuk sem nie still lagi paper yg paling tough bagi aku nie , sebab paling banyak kena baca nie , FUNDAMENTALS OF MARKETING on 1st May 2011 nie . Hehe nie . Oleh itu , semoga aku dapat jawab semua paper dengan cemerlang nie . Heee :D

April Fool ! Haha , orang-orang kat sini semua dah matang agaknya nie . Aku takde dengar pun orang sebut "April Fool" hari nie , kecuali mamat sorang kat dalam kelas aku nie . Belum matang agaknya Abu (bukan nama sebenar) nie . Ahaks . Jangan marah ya Abu :P

Kalau dulu kat sekolah , asal buat benda sikit je , kena April Fool . Cakap sikit je , kena April Fool . Berapa banyak dosa la kumpul sebab buat April Fool kat orang . Haha . Tapi sekarang dah insaf . Aicehhhh ==' Dah besar kan , dah boleh fikir pakai otak :')

So from today onwards , I gotta be more matured and optimistic . Konon-konon macam buanglah semua yang buruk sebelum nie , cuba improve diri sendiri untuk jadi seorang insan yang lebih baik dan berjasa . Walaupun kuat main-main , tapi bila datang benda yang serius , kenalah serius . Betul kan ?

"Eh , nie apa nie ? Dah macam azam tahun barulah pulak nie ."

Guys girls gays , come on , kalau nak berubah tak perlu tunggu tahun baru . Kan ? Give change a chance , bak kata UiTM Di Hatiku :D Kita manusia kan selalu terlupa , so kenalah beringat selalu . Kalau rasa-rasa macam dah tersasar dari jalan yang lurus je , dah start bengkok je , kenalah muhaSABAH diri semula , jangan munaSARAWAK , patah balik pergi jalan yang lurus tadi . Jangan sampai jumpa jalan hitam . Jangan sampai jumpa jalan mati baru nak patah balik , merana diri sendiri nanti .

So ?

Semoga kita semua beri peluang kepada perubahan . Masing-masing umur dah banyak , so pandai-pandailah fikir apa yang terbaik untuk kalian semua . Semoga kita sama-sama berjaya dunia akhirat . Semoga kita sama-sama dirahmati Allah . Semoga kebahagiaan yang kita cari akhirnya nanti akan menjadi milik kita bersama . Jangan jealous-jealous kalau tgk org lain happy , okay ? InsyaAllah ;')

*Eh awak , dah bulan April pun nie . Cepat la nie balik semula nie . Saya tunggu awak lagi nie . Tauuuuuu ;)

awak tolong LIKE ya ? :)