Dear Followers :)

Friday, April 15, 2011

Yang bermula pasti berakhir .

Assalamualaikum ,

Percaya atau tak , kelas-kelas yang bertimbun sepanjang sem dua nie tiba-tiba je dah berakhir . Apa yang tinggal hanyalah waktu menanti peperiksaan akhir .


Ini tuan jurulatih ko-kurikulum saya , Tuan Rahman .

Dah tak ada lagi gagak-gagak hitam turun padang setiap Selasa pukul 5 petang untuk sem nie . Sem depan dah tak jumpa lagi Tuan Rahman nie . Dah tak ada lagi "siasah diri" , dah tak ada lagi "haa pergi pasar larkin , 3 sepuluh hinggit."
Peperiksaan subjek Tuan Rahman nie pun dah selamat gagak-gagak hitam (termasuk aku) jawab . Yang tinggal cuma tawakkal .

Sedih . Sebak . Dah tak ada lagi Miss Aishah sem-sem depan kat Uitm nie . Dia pergi meninggalkan kami :/ Miss , insyaAllah kitorang akan datang wedding miss nanti , kalau tak ada aral yang melintang .

Serius aku rindu .

Jumaat lepas , 15 April 2011 lepas ialah hari terakhir kami budak-budak kelas J3BM1122B habiskan bersama Miss Aishah nie . Dan rasanya itulah pertama kali dia make up semasa mengajar . Lain rupa dia , macam berseri-seri gitu .

Sebaknya -___________-

Day before Jumaat , kitorang macam gurau-gurau je ajak Miss buat potluck . Tak sangka pula Miss sangat rajin , dia kata dia nak buat sandwich :)

Pagi tue dia sampai 8.30 pagi kot , lambat setengah jam semata-mata sebab buat sandwich nie . Mesti dia bangun awal kan . Heee , terharu :')


Sandwich Miss Aishah
Serius sedap sangat .
:)

Tinggal sikit je nie , dia bawa satu tupperware penuh sebenarnya . Nasib baik sempat aku curi ambil gambar . Hehe :D kitorang students nie , mampu bawa jajan , keropok sikit-sikit je . Al-maklong lah , kat sini takde la pula tempat nak masak . Kalau ada , boleh aku masakkan semut goreng ataupun katak rebus . Nyummy , sedap kan ? :)

Then lepas makan , kitorang sempat la capture gambar sikit buat kenangan .




Errr , dah macam kitorang la pulak yang diraikan . Hikhik :P


Nie la girls kelas aku , tapi ada tiga orang absent .


Nie pula the guys . Yes seriously , dua orang je :D

Masa sangat dan teramat mencemburui kami . Serius dia cemburu . Dua jam terasa sangat cepat berlalu . Kalau boleh biarlah masa berhenti kejap , bagi kami puas . Ya , kami belum puas . Tiba-tiba je dah nak dekat pukul 10 pagi . Miss ada kelas lagi kan lepas nie , kalau tak serius tak kisah pun balik lambat hari tue :/

Sebelum balik , kami hadiahkan beliau satu tupperware penuh jajan dan keropok . Tupperware tajaan Miss Aishah sendiri , dan jajan keropok tajaan kami . At least takdela Miss bawa balik tupperware kosong kan ? Hihi :D


Sorry , ini sahaja yang termampu :)


Miss Zainorraishah Mohamed ,
Terima kasih atas semua ilmu yang telah kau berikan kepada kami sepanjang dua semester ini .
Terima kasih kerana lagakmu bertempat , sungguh kami tidak kisah .
Terima kasih kerana kau sentiasa sabar melayan kerenah kami yang kadang-kala aku tahu , memang kebudak-budakan , kerana kau sendiri kadang-kadang seperti budak-budak . Hehe :D
Terima kasih atas semua tunjuk ajarmu .
Terima kasih , guruku .
Sepuluh juta kali terima kasih .

Dan maaf atas setiap kesalahan yang pernah kami lakukan .
Andai pernah kami terkasar bahasa , maafkan kami .
Andai pernah kami guriskan hatimu , maafkan kami .
Andai pernah kami meninggi suara , maafkan kami .
Andai pernah kami mengecewakanmu , maafkan kami .
Maaf .
Sejuta kali maaf .

Aku tahu kau sentiasa mendoakan kami . Terima kasih atas doa itu :)
Nanti akan kami lakukan yang terbaik semasa peperiksaan akhir Costing , insyaAllah .
Semoga dengan rahmatNya , kami akan berjaya dan membuat kau bangga .
:)



Ini ucapan terakhir Miss buat kami .
Ini juga perbualan terakhir bakal 'Puan Aishah' dengan kami :'(
Sorry , aku terlupa nak pegang phone dengan posisi yang betul . Jadi senget pula . Selamat teleng !
Sorry , suara tak clear . Miss kami memang romantik , lagipun takde mic kan .

Jatuh jua air mata yang cuba aku tahan sedaya upaya apabila kami satu kelas menyanyikan lagu 'Kenangan Terindah' dan 'Tinggal Kenangan' buat Miss kami yang seorang ini . Sebak rasa hati . Ya , memang aku tak gentle :P

Akhir kata ,

Semoga Miss sentiasa berjaya dalam hidup dunia akhirat .
Semoga Miss menjadi seorang isteri yang solehah .
Semoga Miss ampunkan segala kesalahan kami .
Semoga Miss halalkan semua ilmu , makan dan minum kami .
Tak kisah apa pun , we will miss you a lot , Miss Aishah . Seriously we will do :')
Semoga kami sentiasa dalam ingatanmu .
May Allah bless .
:)



* Al-fatihah buat arwah datuk kepada Aishah Dianah , my bestie . Arwah telah pergi tak kembali pada 14 April 2011 . Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman .

awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, April 12, 2011

Ada apa dengan kuaci?

Assalamualaikum :)

Kadang-kadang aku rasa pelik . Kenapa dengan kuaci ? Ada something dalam dia yg boleh buat orang addict ke ? Apa yg ada dalam kuaci ?

Haritu Yana yang bawa budaya makan kuaci nie semula . Dah sekian lama aku tinggalkan dunia makan kuaci macam hamster tue . Hehe . Bukan aku taktau kalau dah start buka kuaci, , memang susah nak berhenti :)


First time dia makan kuaci depan aku masa dia ikut aku balik ruma haritu , tak ingat la bila , dah lama dah . Aku bawak dia pergi kedai dua hinggit kat skudai tue , then dia beli makanan hamster nie . Aku tak join sangat dia makan masa tue sebab rasa malas nak buka kuaci , plus nanti susah kalau aku addict . . Asyik nak mengidam je nanti kang , susah semua org nnt .

Then tabiat tue terbawa-bawa sampai ke kampus . Tambah lagi Eka pun suka makan biji bunga matahari nie juga . Haha , aku tahu kita memang akan ada link towards each other :D Aku cuba tahan , aku cuba kekalkan perangai malas aku :P

Lepas tue tak ingat la bila , aku hilang sabar . Aku cuba makan sikit je . Dan berjaya :) Feewiit !

Tapi lepas tue ...

Dalam kelas economy KITORANG makan kuaci .
Lepak kat bilik makan kuaci .
Baca buku makan kuaci .
Kalau boring kitorang cari kuaci .

Errrrrr :/



Kuaci nie yang paket paling besar punya , ringgit Malaysia enam lebih kan Eka?
Percayalah, kitorang boleh habiskan semuanya dalam masa tak sampai dua jam pun .


Sedikit demi sedikit kuaci kami keluarkan :D


Tahu roti ikan bilis ? Ya , rotinya dah selamat habis . Tengoklah , penuh dengan kulit kuaci je .
Nie hasil aku dan Yana dalam masa tak sampai sejam .

Ingat test Marketing aku haritu ? Yang aku cuma ada masa empat jam utk habiskan lapan chapter ? Ya , masa tue memang takde semangat langsung nak baca . Lagi-lagi bila kuaci ada depan mata . Kalau tak silap , kitorang habiskan sejam kat kuaci nie je . Heee :D


Aku habiskan masa yang sangat lama untuk habiskan muka surat di atas je . Itu pun tak dapat master sangat . Haha , sibuk lagi dengan kuaci kannnnn :P

Bila rasa macam "takbole jadi nie , aku kena stop makan kuaci , or else memang tak khatam la" , aku pun stop . And aku stop baca buku juga . Aku tidur . Ahaks . Take a nap je for ten minutes gitu la , then terpaksa bangun balik demi masa depan . Hehh :/

Haritu time economy pun kitorang slumber je bedal makan kuaci dalam DK . Memang encik tak tegur , sebab dia tak perasan . Kitorang duduk dekat row number dua , so dia tak perasan la . Then bila sang Rafie kot kalau tak silap aku , bawa makanan hamster nie pergi depan , terus je kena tegur . Haihhhh :/ Tapi aku tahu encik baik , dia tak kesah pun :D

In short , for those yang belum suka makan kuaci , please don't start the habit . Or else u'll be trapped on it . Don't know why , but you will , trust me . Then bila dah makan kuaci banyak-banyak , bibir korang akan rasa macam membesar . Haha :P It is fact .

So , that's it . Apa yang ada pada kuaci pun aku still taktahu . Oh and yes , aku punya skill buka kuaci tak sehebat Eka dan Yana . Wonder why lah . Sedikit sentap di situ :/

awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, April 9, 2011

Retak sepuluh ribu

Assalamualaikum :')

FYI , minggu nie aku tak balik rumah . Sabtu ada test , Ahad ada kelas ganti HBU dari pagi sampai ke petang .

Pagi nie , aku tengok dalam purse tinggal singgit je :/ sedih tak ? Pleaseee , sedih lah , sedih lah . HAHA :P Maka aku sebagai seorang anak yang jujur , text ayah minta sedikit duit poket . Errrr , bukan apa , ringgit minggu lepas dah habis sebab kena tanggung kos buat assignment . Bukan boros , okay ? :P

Then ayah reply cakap ayah dengan mama tengah ada kursus kat Kota Tinggi . By tengahari baru bole bagi . Alright , no problemlah ayah . Anything for you :D

12 tengahari pergi dewan utk jawab soalan costing , then by 1.20 kot , tak ingatlah , dah siap and terus keluar dewan . Then mama call , bagitau nak datang sini je . Yeyeyy ! Laaaagi best . Hihi :) After letak call , mama call sekali lagi . Tanya dah makan ke belum pula . Aku dengan pantas dan penuh keyakinan diri jawab "belum!" :D Hihi

Then by 2.50 petang ayah dgn mama sampai , and I decided nak makan Pizza Hut . Err , demand sangat ke ? Tak kot sebab birthday girl kata okay je :P So ayah terus drive pergi nearest Pizza Hut dekat terminal larkin tue .

BURPP ~!

Hihi . Alhamdulillah , gendang gendut tali kecapi , kenyang perut suka hati :)
Masa on the way nak pergi dekat kereta , aku terkejut . Mama terkejut . Dan ayah juga terkejut . Kenapakah ? Mengapakah ? Cuaknya aku . Aku sorang je lah , mama dengan ayah tak cuak pun . Cuma risau je . Erk ?


Err .. Cermin kereta belakang retak habis . Mama kata , ini retak sepuluh ribu , bukan lagi retak seribu . Hadoi . Untung saja tak berderai cermin tue . Masa nak hantar aku balik , terpaksalah depends on side mirrors je . Sumpah risau :/

Mama dengan ayah kata , nie bukan sebab panas . Mungkin dah sampai masa dia la tue nak minta tukar yang baru . Hukhuk . Untunglah ada insurans . So , siapkanlah diri anda dengan insurans :)

Oh , purse aku ada duit semula . Terima kasih mama , terima kasih ayah . I love you more :) ♥

awak tolong LIKE ya ? :)

Dialah di hati :)

Assalamualaikum :)

Mari kita lupakan semua masalah di dunia ini :D

Hari nie genaplah sudah Mama berusia 47 tahun . Alhamdulillah , aku bersyukur sebab Allah masih memberi peluang kepada aku utk merasai nikmat kasih sayang seorang ibu . Ya Tuhan , aku mohon , Kau panjangkanlah umur kedua ibubapaku . Sungguh aku tidak sanggup kehilangan salah seorang daripada mereka . Amiin ~


Lihat , inilah Mama . Seorang insan yang sangat teramat aku sayangi di dunia dan di Akhirat . Lihatlah senyumannya , mampu menenangkan sekeping hatiku yang gundah-gulana ketika aku kesedihan , ketika aku sangat menginginkan sokongan daripada seseorang .
Kata-katanya mampu menjadikan aku seorang insan yang kuat , yang kental walaupun ketika itu keyakinan diriku mungkin sudah mencapai kadar negatif .

Mama sungguh luar biasa . Benar-benar luar biasa .

Mama ,
Terima kasih kerana mengandungkan Kakdayah 9 bulan lamanya .
Terima kasih sebab tolong bersihkan kotoran yg org hasilkan sampai org mampu buat sendiri .
Terima kasih sebab Mama korbankan tidur Mama di saat org merengek di tengah malam .
Terima kasih kerana Mama telah mendidik anakmu ini dengan penuh kasih sayang dan kesabaran .
Terima kasih di atas segala wang ringgit yang Mama curahkan tanpa berkira demi memenuhi keperluan dan kehendak anakmu ini .
Terima kasih sebab telah menjaga orang pada waktu orang kesakitan , demam dan sakit kepala .
Terima kasih kerana Mama sentiasa ada di saat Kakdayah perlukan Mama .
Terima kasih sebab Mama sanggup masakkan apa yang Kakdayah nak walaupun Mama keletihan seharian bekerja .
Terima kasih atas segala penat lelah Mama demi mencari rezeki utk kita sekeluarga .

Terima kasih atas semuanya . Kakdayah tahu sepuluh juta kali ucapan terima kasih pun tidak akan dapat membalas semua jasamu , Ma . Tapi percayalah , Kakdayah akan lakukan yang terbaik demi Mama dan Ayah , InsyaAllah . Apa yang Kakdayah mohon hanyalah doa dan restu darimu :)

Aku sedar suatu saat nanti , apabila kedua ibubapa kita dimamah usia , mereka akan menjadi seperti anak kecil , seperti bayi yang baru dilahirkan . Makan minum mereka perlu dijaga . Kencing berak mereka perlu dibersihkan . Rambut putih mereka perlu disikatkan . Dan kerana itu , aku mohon Ya Tuhan , Kau berikanlah aku kesempatan dan kekuatan untuk aku balas jasa mereka .

Ya Tuhan , aku mohon Kau murahkanlah rezeki keluarga kami . Dan apabila rezeki kami Kau murahkan , aku mohon Kau lindungilah kami daripada menjadi hambaMu yang sombong dan bongkak . Kau jadikanlah kami hambaMu yang selalu bersyukur dan pemurah .

Ya Allah , aku mohon Kau kurniakanlah kami tubuh badan yang sihat , akal yang cerdas dan ingatan yang kuat . Agar dengan itu , kami dapat berbakti kepada agamaMu .

Ya Tuhan , aku mohon Kau pertemukanlah kami sekeluarga lagi di SyurgaMu yang hakiki , agar dapat lagi kami menjalin kasih sayang yang abadi .

Ya Allah , aku mohon Kau kuatkanlah iman kami dan Kau berikanlah kekuatan kepada kami untuk menjalankan syariatMu .

Ya Allah , sesungguhnya ibuku seorang yang sangat penyayang , seorang yang sangat memahami , seorang yang tegas apabila anak-anaknya melakukan kesalahan , seorang yang sangat penyabar dan aku sangat menyayanginya . Maka aku mohon , Kau peliharalah dirinya daripada sebarang kecelakaan . Kau panjangkan umurnya . Kau murahkan rezekinya . Kau makbulkanlah segala doanya . Dan Kau ampunkanlah dosa-dosanya .

Ya Allah , peliharalah diriku agar aku tidak menjadi seorang anak yang derhaka .

Amin ya rabbal a'lamiin .

Padamu ku harap
Kau hadir dalam hariku
Agarnya kau tahu betapa
Ku cinta padamu

Setiap masa
Seolah ada di sisi
Kasih padamu takkan pernah padam

Sayangku , hanya engkau di hati
Jiwaku ini kosong tanpa pelukanmu
Oh belaianmu

Kasih , kita ditakdirkan bersama
Takkan engkau ku persiakan
Walau terkadang hati mudah terusik olehku

Selagi ada nyawa
Seluruh daya kan ku pastikan kau gembira
Segala cinta dan saat bahagia
Oh ibu , ke akhir hayatku

SELAMAT HARI LAHIR , MAMA :)
I LOVE YOU THE MOST , NOORLIA AB HAMID !
♥ ♥ ♥

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, April 8, 2011

Stressful Week :/

Assalamualaikum :)

Faham tak kalau aku cakap aku stress teramat sangat minggu nie ?

Masalah , presentation , tests .

"Lahhh , tiga je ke ? Itu pun stress ?"

Haha . Banyak lah kau .

Isnin puas aku pendam perasaan . Aku luahkan pada Eka . Tapi tiada apa yang mampu kami fikirkan selain berdiam diri . Ya , aku merajuk . Aku merajuk dengan Yana :P Malam itu aku tidur bertemankan airmata semata-mata kerana kau , Yana . HAHA :P

Selasa aku all out menangis , ini semua pasal sahabat . Bila kau dah bertanya , tak mampu lagi aku pendam . Aku struggle keluarkan semuanya . Sampai bengkak biji mata . Sampai pening-pening kepala aku . Bila ingat balik macam kelakar pun ada tapi ia datang dari hati . Takboleh tahan , nak buat macam mana . Dah aku sayang kau . Faham , Aishah Dianah ?

Bila Selasa dah all out , of course lah satu hari tue takde kerja bermanfaat yang aku buat . Khamis ada presentation and test marketing . Percayalah , Rabu aku sangat stress . Bila kerja orang lain aku kena buat , kena marah lagi , tersalah buat lagi . Dengan sisa pening kepala yang masih ada , terpaksa juga aku buat demi masa depan yang belum pasti . Aku menangis lagi , untung saja Yana pinjamkan bahu dia untuk aku . Terima kasih , sahabat :)

Dan Rabu , buku marketing aku tak sentuh langsung . Untunglah Khamis test pukul 4 petang .

Bila Khamis datang , pukul 10 pagi presentation . Kami cuba yang terbaik . Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan lancar . Tiada yang berlari , tiada yang merangkak :D
Lepas kelas pukul 12 , barulah menceceh nak buka buku marketing . Habis struggle kitorang nak baca buku . Nak habiskan lapan chapter dalam masa 3 jam ? Memang tak lah :/
Bila sampai waktu kemuncak di mana aku sangat tak larat nak baca buku lagi , aku text mama . Keluh pada mama . Mama sayang , terima kasih atas semangat yang diberi . I love you forever lah Mama ♥

Untung saja lecturer bagi hint . Kami bertiga fokuskan pada soalan Part C dan D je , sebab mereka soalan essay . Yang lain jawapan dah ada , tinggal hentam je tembak . Kalau kena nasiblah , kalau tak pun nasib juga nama dia . Tak tukar jadi nasub pun :P

By the way , the moment aku menaip ini , dua beban paling besar itu sudah teralih daripada bahu aku . Tapi jangan suka sangat , sebab esok hari Sabtu . Sabtu ada test Costing pula . Dan selepas Sabtu ialah Ahad . Ahad pula aku ada kelas ganti ko-kurikulum , JPA dari pukul 8.30 pagi sampailah 4.30 petang . Tak ke gila ? Aku sebagai Sispa bertanggungjawab (yang telah ponteng kelas Selasa lepas) kena buat surat MC sebelum Ahad . Kang ada Tuan aku mengamuk nie nanti . * Selasa aku memang kurang sihat , pening kepala , so tak pontenglah okay :P

Next week 16hb dah final exam JPA nie ! Gila kau ? ERGH !

DAN STRESS LAGI . hihi
Kasihan , memang kasihan . Hidup nie memang banyak dugaan . Bersabarlah , sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar :)

awak tolong LIKE ya ? :)