Dear Followers :)

Friday, November 18, 2011

Setiap kali.


Itulah kau Yaya, bila sakit baru nak ingat Tuhan -.-

awak tolong LIKE ya ? :)

Aku manusia biasa.



"My brain says get over him he's not worth it, but my heart says don't give up now, this is just the beginning."
- unknown

Assalamualaikum.

Aku cukup faham. Aku tak perlukan kau untuk berjanji apa-apa. Aku tahu jika janji tak tertunai, jatuh munafik pada diri sendiri.

Aku cukup sedar keadaan kita terlalu complicated. Tak pernah mudah, kan? :)

Jangan pernah salahkan takdir yang lambat menemukan kita, terima ia seadanya. Perjalanan kita masih terlalu jauh. Pasti ada sesuatu di sebalik semua ini.

Biar DIA tentukan segala.
Aku sedia terima apa sahaja.
Aku tahu kata Tuhan itu selalu akan jadi yang terbaik buat kita.

Banyak.
Memang banyak sebenarnya yang tak termuntah pada kau.
Aku taip, kemudian aku backspace semula.
Aku tekan, aku delete lagi.
Sebab aku sedar, nanti memakan diri sendiri.
Tahan Yaya, tahan selagi mampu, tahan selagi belum tiba waktu.
Aku kuatkan diri sendiri.
Dan aku senyum mencari cara untuk mencipta bahagia diri.


Tak ternilai sebuah kenangan dan kebahagiaan yang kita miliki dengan sesuatu apa pun. Semua, tak terkecuali seorang pun mengharapkan ia kekal menjadi milik kita sehingga terkadang terlupa sebenarnya ia hanya sebuah pinjaman daripada DIA yang mencipta. Hmm =='

Hargai setiap apa yang masih menjadi milik kita sekarang, sebelum kita menyesal bila tiba waktu kita tersedar kepentingannya hanya selepas kehilangannya.

"Hopeful thinking can get you out of your fear zone and into your appreciation zone."


(Pandangan kabur)
Menangis dalam hati itu lebih pedih sebenarnya, kan?
:)

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, November 16, 2011

Would you please stay in my heart?



14 November 2011 ; Jam 1745 - 15 November 2011 ; Jam 0630

Akan tersimpan kemas dalam ingatan.

Aku ingin mencipta lebih banyak kenangan dan memori.
Boleh tak?
Terima kasih untuk semuanya.
:)



I'll never forgot that smile on your face.
I just.... just... ah, let me keep it all alone ;)

awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, November 8, 2011

Why am I so afraid to lose you when you're not even mine?


"Jika denganmu kabur, ku tak mahu yang jelas. Jika denganmu hanyut, biarlah aku lemas."
- Berdua Bersatu by Forteen


Peace be upon you.

Why am I so afraid to lose you when you're not even mine?

Aku dapat ayat ni daripada FB twinto. *Pinjam ea sayang.. :)
Aku baca dan aku terdiam. Kelakar. Kenapa betul sangat ayat ni? Kenapa fakta sangat?

Jawapannya satu, sebab aku jatuh sayang.

Kadang-kadang aku pun ada terfikir, macam mana laa life aku satu bulan dari sekarang? Tahun depan macam mana? Enam tahun lagi macam mana? Esok?

Jawapannya pun satu, tak tahu.

Keadaan semakin rumit. Bukan macam kunyit, tapi macam tumit. Eh macam takde kena-mengena kan. Aku lempang kau, Yaya. *pengsan

Tuhan.. Tolong beri aku kekuatan.. Tolong beri aku bayang-bayang apa itu yg terbaik untuk hidupku Tuhan..

Persoalan hati dan perasaan aku tak pernah mudah seperti ABC atau 123.
Kebahagiaan itu tak pernah sekalipun begitu mudah untuk aku genggamkan sehingga lenguh tangan ini mengetatkan buku lima lama-lama.
Selalu saja ia terlerai sendiri tanpa sempat aku berasa lelah dengannya.

Tapi aku bersyukur. Walau begitu rumit pun, aku masih mampu tersenyum. Indahnya dunia ciptaan Tuhan ni, tak dapat aku nafikan. Walapun aku punya seribu alasan untuk menangis, aku masih dihadiahkan sepuluh ribu sebab untuk tersenyum.

Memang aku takut kehilangan. Tapi kehilangan tu sesuatu yang pasti, kan. Oh, aku bukan takut, aku cuma tak pernah bersedia. Tapi dia... Dia buatkan aku berfikir sejenak tentang kehilangan.. Yang mana akhirnya aku perlu akui yang aku harus bersedia dengan apa saja kemungkinan yang mungkin saja terjadi.

Dari hari ke hari, aku semakin bersedia walau rasa sayang itu semakin bertambah. Mata semakin celik walau sebenarnya hati ini semakin lena. Aku tak mahu fikirkan apa-apa. Aku cuma mahu nikmati setiap saat yang masih menjadi milik aku bersama dia, sebelum tiba waktu aku harus merelakan pemergian dia. Aku perlu hargai itu sepenuhnya.

Saat itu nanti, kalau dengan perpisahan adalah yang terbaik di antara kami, aku sudah bersedia. Walau perit tetap akan aku telan. Walau berduri tetap akan aku tempuh.

Sebabnya satu, perjalanan hidup aku masih jauh.



Gajah, walau sayang mana pun aku terhadap kau, aku janji aku akan kuat kalau aku harus kehilangan kau. Kau jangan risaukan aku tau. Nah senyum :)


Aku tak mampu tipu,
walaupun aku bersedia,
tapi hati kecilku tetap mengharapkan
kita tak perlu berpisah.

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, November 4, 2011

Apalah ertinya ini kalau aku bersendiri?

Peace be upon you.

Rezeki Tuhan nak bagi, tiada siapa yang mampu menjangka.
Nikmat Dia minta kembali, tiada siapa yang dapat menghalang.

Syukur alhamdulillah, that's all I can say.

Kegembiraan ni tak sama dengan yang lepas, sungguh tak sama. Mana boleh aku gembira kalau aku berseorang. Mana boleh aku tertawa, aku bersendiri. Kegembiraan ini tawar tanpa perisa. Hm

Mungkin bukan rezeki kita melangkah bersama kali ini. InsyaAllah, kita sama-sama letakkan usaha lebih untuk setiap langkah kita pada masa akan datang, ya? Semoga Tuhan memberkati, semoga kegembiraan dan kejayaan milik kita bersama.

Apa pun, tahniah kerana kita masih berpeluang meneruskan perjuangan yang masih jauh. Alhamdulillah. Saya terlalu sayangkan sahabat saya!

awak tolong LIKE ya ? :)