Dear Followers :)

Thursday, April 5, 2012

Jodoh itu Milik Kita ♥


Assalamualaikum.

Sekarang jam 5 pagi. Terjaga tadi, then rasa takbole tidur la pulak. Dah la mimpi macam nak ngeri sikit tadi. Errrrr.. Tapi sumpah lawak! Tak faham dengan diri sendiri. Terlampau fikir agaknye -.-

And that is why aku nak cerita sikit pasal ini novel. Ini novel aku baru je habis baca semalam. Best. And what is more, it taught me something.


Jodoh itu Milik Kita by Sara Aisha.

Dahlia, seorang gadis yg kasihan, yg redha menurut kata takdir bila dia terpaksa kahwin dgn orang yang dia langsung tak kenal. Walaupun mcm tu, di awal perkahwinan dia, dia cukup bahagia dgn suami dia, Aariz. Tu lah yang namanya jodoh. Iye tak?

Biasalah, lidah lagikan tergigit, inikan pulak suami isteri. Walau macam mana pun dugaan datang, walau macam mana usaha kita untuk jauh daripada dia, tapi kalau Allah kata "dia memang untuk kamu", itulah yang akan jadi pun. Dia akan tetap untuk kamu.

Hmm.. Lebih kurang macam tu la cerita dia.. Tapi, novel ni ajar aku something.. Nilai kekeluargaan, nilai persahabatan, nilai kepercayaan dan nilai kesetiaan..

Nilai kekeluargaan bila dia patuh kata orang tua.
Nilai persahabatan bila Redza protect Dahlia habis-habisan, macam Dahlia tu adik kandung dia sendiri. Bila Teja selalu je ada untuk Dahlia bila Dahlia memerlukan.

Yang ni pulak, nilai-nilai yg perlu ada pada sesebuah rumah tangga.

Hormat-menghormati.
Macam dalam novel ni, Dahlia sangat menghormati Aariz. Dia tahu jaga maruah suami dia. Walaupun suami dia sakitkan dia, walaupun dia terpaksa tahan perasaan sorang-sorang, dia tetap tak buruk-burukkan suami dia depan orang lain, walaupun depan ibu bapa dan sahabat baik dia sendiri. Suami dia tahu Dahlia macam tu, so suami dia balas semula dengan perkara yang sama. Untung kan :)

Kepercayaan dan kesetiaan. Aariz makan hati bila satu hari tu, tanpa sengaja pun sebenarnya, Dahlia TERtuduh suami dia ada perempuan lain. Gara-gara Aariz terlebih bagi reaksi bila dia dengar Dahlia sebut nama 'Edna'. Yelah, kalau selama ni suami dia tak pernah pun sebut nama perempuan depan dia, tiba-tiba ter over-react bila dengar nama sorang perempuan lain, isteri mana tak TERcuriga kan. Hmm. Tapi wahai isteri-isteri sekalian, jangan tuduh suami kamu ada perempuan lain ye. Berdosa.

Dahlia sebenarnya baik sangat. Sangat-sangat baik. Lepas je macam tu, Dahlia menyesal tak sudah, lagi-lagi bila Aariz marah sangat kat dia. Kata dia, "takutnya kalau Aariz tak maafkan, tak cium bau syurga nanti. Aku berdosa." Lebih kurang macam tu laa.

Dahlia, seorang wanita yang tabah dengan takdirnya, seorang isteri yang setia, yang sentiasa percaya pada suami dia, yang sangat bertanggungjawab, yang yakin pada suami, yang sangat hormat pada suami, yang akan berusaha sedaya upayanya untuk tidak bersangka buruk terhadap suaminya, yang sangat mencintai suaminya..

Dahlia ajar aku semuanya..

# Eh, gaya aku cakap as if aku dah jadi bini orang kan. Hahaha. Bukan apa, untuk renungan bersama. Kenalah praktikkan daripada sekarang kan. Dua hari aku baca novel ni, kena la ada hasil. Dan aku share hasilnya dengan korang semua k. Semoga kita sama-sama dapat manfaat :)

Awak, saya cuba perbaiki diri saya yang serba kekurangan ni ye. Semoga jodoh itu milik kita. Amiiin ♥

Hurmm, next novel apa ye? ;)

awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, March 29, 2012

Tembak! Tembuskan! Aku ingin lihat ia, sangat menginginkan.




Janganlah jangan
Kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini
Untuk yang terakhir

Tolonglah jangan
Kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku sudah tidak berhembus lagi
Kerna sungguh cinta ini
Cinta sampai mati

************************
:)

awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, March 25, 2012

:')

Assalamualaikum.

Malam tadi, saya test awak je sebenarnya. Kalau perangai saya macam tu pun awak kata awak dah nak bosan, macam mana? Tapi, memang saya over pun kan. Hihi

By the way, terima kasih, awak tetap cakap lembut-lembut dgn saya. Saya kagum. Saya ingatkan awak nak marah-marah saya dah. Awak dah berjaya kawal kemarahan awak ke? Woha, improvement! Betul, saya kagum. :')

Saya minta maaf. Awak mesti rimas kan. Saya bukan taktahu, saya saja je ;)
Sekali lagi, saya minta maaf. Saya harap awak tak bosan dgn saya ye sayang.

Saya sayang awak. Saya akan tetap tunggu awak. :)

Melihat dirimu ada senyum, canda dan tawa yang membuat aku tak ingin pergi darimu~

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, March 23, 2012

Jantung ♥


Dia, Muhammad Faizal Md Noor. Dia, jantungku. Dia, duniaku.
Dia, aku ingin jadikan yang terakhir buatku.
InsyaAllah.

Jujur, bukan mudah untuk capai apa yang kami capai sekarang. Halangan dia, dan halangan aku. Terlalu banyak. Penuh sabar aku menempuh semuanya, dengan segala kekuatan diri yang lahir dari sekeliling dan dalam diri, syukur aku mampu. Dia pun pernah muntahkan kata-kata seperti ini. "Sabar, ganjarannya pasti besar nanti."

Aku ambil kata-kata itu sebagai pembakar semangat. Sabar, sesuatu yang manis pasti sedang menunggu. Bukan tak pernah aku rasa putus asa, bukan tak pernah aku rasa seperti ingin mengalah.

"My brain says get over him, he's not worth it. But my heart says don't give up, this is just the beginning."

Mungkin ini pun salah satu faktornya kenapa aku bertahan. Yes, that was just the beginning. Permulaan rapuh sebegitu akhirnya punya kesudahan yang menarik. Terima kasih, Tuhan.

Plot cerita kami memang penuh konflik. Sangat tak mudah. Dia pening, aku pening. Sampai ada satu masa terasa, "mungkin lepaskan semua lebih baik." Ah, syukur itu tak terjadi. Kalau tidak, hm......

Awak,
Bukan senang kan kita nak dapat apa yang kita ada sekarang? Dengan izin Tuhan, saya takkan sia-siakan semua ni. Sedaya-upaya saya, saya akan cuba kuat untuk tempuh apa saja dugaan yang datang.

Sayang, saya minta maaf, saya terlalu tak sempurna. Selalu saja cemburu kerana satu hal itu. Bukan saya suka nak cemburu, tapi perasaan itu datang tanpa diundang. Kalau boleh, saya pun tak ingin nak ada perasaan tu, buat hati tertusuk duri je ade la. Huh. Sekarang saya sedang cuba sekolahkan hati saya ni. Saya cuba, ye awak. Saya tak janji. Tapi saya cuba sedaya upaya. Saya bukan tak yakin dengan awak tau, saya cuma rasa insecure setiap kali macam tu. Sedih dgn diri sendiri. Saya minta maaf :(

Awak, tak lama je lagi. Lepas ni saya terpaksa lalui hari-hari saya tanpa awak di depan mata saya setiap hari :'( Errr.. Perasaan 'tu' takkan berubah walau macam mana pun, kan? Awak akan tetap sentiasa ada untuk saya, kan? Saya pun macam tu. Kita kan kuat. Jarak dan waktu takkan memisahkan kita kan awak, sebab perasaan kita yang bergabung tu lebih kuat untuk lawan tu semua kan awak, kan kan kann. Mesti bergabung tau, kalau tak bergabung, tak ke mana ler. Hmm

Awak, baik buruk awak, saya terima awak seadanya. Saya tak perlukan yang sempurna untuk dicintai, saya cuma perlukan seseorang yang mencintai saya dengan sempurna. Seperti awak :')

Saya sayangkan awak, terlalu banyak. Harapan saya pada hubungan kita tinggi, awak. Awak pun tahu apa yang saya nak, kan? :)



Emmm.. Macam kenal tak? Hihi..

Mungkin ini boleh membantu kita kekalkan kebahagiaan kita sampai akhir nanti. Siapa tahu? Kita cuba yang terbaik ye sayang :')

HACKS ♥,
NurulHidayahKhairudin

awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, March 22, 2012

When writing a story, HIGHLIGHT the best moments.

Assalamualaikum.

Something crossed my mind. Why does one mistake can make people forget thousands kindness we made? Everybody makes mistakes, what.

Then I met this wonderful married couple, about two weeks ago. They were being so romantic even though they have been married for years. What I mean is, the love between them seems like growing each day, day by day, everyday.

They told us, the key is "when quarreling, remember those sweet moments we went through together, the smiles and the happiness, then we won't quarrel anymore. That is it. Everybody makes mistakes, so does our life partner."

Forgive and forget. One mistake should not ruin the happiness we built for years. Correct if ever one does wrong. Do not put the blame on each other. Correct the mistake. Highlight the best moments we went through together, so it could be easier for us to remember them. It would overcome the pain we feel. Trust me.

So do friendships, though. The matter is just the same.

May our love keep growing each day. May our relationship lasts forever. ♥
May our friendships bring us to Jannah together ♥

♥ Family, Faizal & Friends ♥

awak tolong LIKE ya ? :)