Dear Followers :)

Monday, August 29, 2011

Hey look, I'm talking about love ♥





You don't have to love me as much as I love you,
it's enough if your love comes truly from the bottom of your heart.
♥



I always hope that later on one fine day,
you'll understand what I feel..



And this is fact.
We will never get everything that we want.




Love is too strange.
We will never know when the feeling is going to come
and when it will leave the heart.
Love is blind.
It appears so suddenly regardless the time or the person.
Evil enough, yet so beautiful.
♥


awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, August 27, 2011

S H R ! :')

Assalamualaikum.

Aku tahu aku seorang gadis yang sopan dan santun, tapi tidak sesopan dan sesantun sangat lah. So, memang taklah kalau aku tak pernah memaki hamun atau mencaci atau meninggi suara atau berkata-kata sinis atau apa-apa saja lah kan.

Maka dengan itu, aku bersyukur sebab aku still bernafas lagi dalam bumi Tuhan yang indah walaupun ada banyak cabaran ini. Heee. Terima kasih Tuhan sebab aku still lagi ada peluang untuk memohon ampun dan maaf di atas setiap keterlanjuran kata atau perbuatan yang menyakitkan hati atau jantung atau apa-apa organ dalaman mahupun luaran kamu orang semua. Maaf maaf maaf -.-

Jangan risau, aku tak pernah berdendam. Aku maafkan semua kesalahan yang kau orang pernah buat kat aku. Eh? Tetiba je. Haha =='

By the way, jangan time raya je baru nak minta maaf bagai. Kan kita wajib minta maaf setiap kali kita buat salah. Eh wajib ke? Sukahati aku je an. Tapi itulah yang terbaik kan. So anggap je la wajib. Tuhan suka org yang memaafkan. Tak gitu? :)

SELAMAT HARI RAYA.
JAGA DIRI AWAK SEMUA BAIK-BAIK OKAY.
:)

awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, August 21, 2011

Semua tanpa sedar.

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, kita sekarang dah berada pada sepuluh hari terakhir Ramadhan. Sedih pula rasa hati ini.

-_____-'

Aku seorang manusia yang rugi. Sangat rugi kot. Bulan mulia ini aku tak manfaatkan sebaik-baiknya. Aku tahu malah aku sedar. Entah kat jalan mana yang aku tersangkut, aku sendiri tak pasti. Rugi, ya memang rugi.

Tuhan.. Masa itu pergi dan berlalu terlalu pantas. Ini salah satu tanda dunia dah nak berakhir kan? Belum sempat aku merasainya, dia sudah pergi meninggalkan aku. Masa dan waktu, dari mana kau belajar berlari dan berjalan tanpa henti? -.-

Pejam dan celik, semester aku sekali lagi dah nak berakhir. Rasa macam baru je beberapa hari lepas aku post entry ucapkan selamat menduduki peperiksaan untuk final exam sebelum nie.

Tidaklah, aku bukan nak mengeluh. Memang inilah namanya kehidupan, bukan? Semuanya tanpa kita sedari. Tiba-tiba je ada orang cakap final exam tak lama lagi, tak sampai sebulan pun dari sekarang. Tiba-tiba dia hilang dan pergi. Tiba-tiba dia hadir. Macam tu lah lebih kurang, semuanya tiba-tiba. Tanpa ada persediaan.

Terkadang aku berasa letih dengan kehidupan seorang pelajar. Terkadang aku lelah menjadi seorang gadis yang usianya meningkat dewasa. Ujian dan dugaan itu datang tanpa henti, terkadang bertindih-tindih berebut menghadirkan diri ke dalam hidup aku.

Aku tahu itu semua kehendak Tuhan. Aku harus terus tabah dan sabar. Aku tahu semakin banyak ujian dan semakin sabar kita menempuhi ujian itu, darjat kita akan menjadi semakin tinggi.

Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi semua dugaanMu supaya aku layak untuk dinaikkan darjat di sisiMu. Amiiiin.

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, August 19, 2011

Assalamualaikum.

Aku cuma rindukan gajah aku.
Itu sahaja.

Petang tadi aku tidur termimpikan gajah aku.
Kelakar, bukan?

Gajah,
Jangan lupa makan :)

awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, August 18, 2011

Assalamualaikum.

Aduh, tersentap sekejap.
Tidak marah, tidak geram.
Bukan apa, cuma tidak menyangka.
Kan ada cara lain?

Sikit pun tak minta untuk kau menyesal.
Aku faham itu tanggungjawab.
Faham sangat.

Maaf.

awak tolong LIKE ya ? :)