Dear Followers :)

Thursday, October 27, 2011

Kecelaruan akal dan fikiran menghalang sebuah senyuman.


Peace be upon you.

Blog ni sangat aku perlukan bila tiba waktu-waktu begini. Di mana aku terasa ingin meluahkan tapi tak ingin bercakap kerana tidak punya kekuatan pun untuk bersuara. Hanya mampu menarikan jari-jemari kecil montel ini supaya memuntahkan semua yang ada di hati. Teruslah menari mengikut rentak hati wahai jari-jemariku.

Terima kasih "The Voice of My Heart".

Sesuai dengan tajuk blog aku sendiri, memang semua yang aku muntahkan kat blog ni semuanya lahir dari hati. Jangan ditanya berapa lama ia terkandung di hati, cukuplah aku melahirkan beberapa ratus kata-kata hati. Terkadang aku simpan lama baru aku melahirkan. Terkadang aku kandung sekejap, terus aku melahirkan. Faham ke tak ni? -.-

Tahu, tak semua kisah hidup kita boleh kongsikan dengan dunia luar, kan? Nanti mungkin memakan diri sendiri. Hmm. Setiap yang ada dalam blog ni bukanlah seratus peratus kehidupan aku, ia hanya sebahagian. Yang mana aku rasa nak kongsi, aku kongsikan. Yang mana aku rasa nak beritahu, aku beritahukan. Yang mana aku rasa nak jerit, aku jeritkan. Yang mana aku rasa nak diamkan, sampai sekarang masih terdiam dalam hati.

Dan kita tak boleh expect semua orang akan suka apa yang kita lakukan. Kita kan manusia biasa, tidak pernah sempurna. Mungkin saja ada yang mencaci maki aku di belakang. Mungkin saja ada yang membenci. Mungkin ada yang memuji, mungkin juga ada yang memuji sambil memaki. Biasalah dunia, tiada yang mustahil pun.

Sebenarnya saat ini jari-jemariku menari tanpa arah tuju. Terlalu banyak yang hati ini bebelkan sampaikan jari ini takdapat terima isyarat hati dengan jelas. Kalau saja dia boleh bercakap, pasti aku sudah dimakihamun "dey cha, nak aku taip yang mana satu ni?".

Har har har.

Pagi hari begini sepatutnya aku gembira. Tapi entah kenapa semua senyuman lenyap dari bibir. Seolah mulut ini kejang untuk membentuk satu lekuk senyuman. Seolah semua orang aku nak marahkan.

Apa nak jadi dengan diri sendiri aku pun taktahu. Tadi mama suruh pegi pasar pun aku rasa nak marah. Faham tak macam mana rasanya bila aku tengah takde mood nak buat apa-apa (melainkan biarkan jari-jari ini menari di atas keyboard laptop) , tiba-tiba disuruh pegi pasar? Hadui. Kesian mama, tak pasal-pasal aku tayangkan muka macam nak minta penampar dekat dia. Hati ini protes taknak pergi, tapi badan terpaksa bergerak pergi, macam tu la jadinya. Damn.

What is worse, mama suro beli ayam, sotong dengan ikan cencaru. Ikan cencaru? Pergh. Takbole terima akal betul la. Mulut nak bertanya, tapi ego mengatasi. Last-last aku diamkan je, terus naik kereta. Dalam hati kata, lantaklah ikan apa pun aku amik. -_______-

Nak tanya kat orang pasar tu, serius aku malu. Harhar. Stupid me. Ikan cencaru pun tak kenal. Stupid. Serius stupid. Aku pusing satu pasar cari kedai ikan yang ada labelkan nama ikan. Hmm jumpa pun akhirnya. Ufhhh. Tapi dia tulis 'caru' je, sama tak ea dengan cencaru? Sama kan?
-_______________________-'

Ok lah, nak pergi masak ni. Harapnya masakan aku hari ni ada kasih sayang. Byebye.



"Yaya, this is exactly how you look when you get mad. So, please smile."


awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, October 25, 2011

Hidup ini kelakar, bukan?


"Atas nama cinta, yang Allah janjikan secebis daripada cintaNya.. Tak salah kalau kita yakinkan hati dan turut katanya.. Mungkin ada luka, mungkin ada sakit.. Tapi itu juga kan daripada Allah? Kalau Dia hanya bagi gembira, kita takkan hargai apa yang kita ada..Percayalah pada hati.."
- Bikash Nur Idris


Peace be upon you.

HAHAHAHA (ambil mood kelakar sesuai dengan tajuk di atas, please)

Hidup ini memang kelakar. Terkadang bila imbas kembali hidup zaman muda dulu, boleh buat kita senyum sendiri. Betullah kata orang, kenangan pahit bila diingat kembali, boleh buat kita tergelak. Kenangan manis bila kita ingat semula boleh buat kita menangis. :)

Hidup ini kelakar. Kadang-kadang kita tersepit dengan sebuah kehidupan. Macam ditelan mati mak diluah mati bapak. Complicated-nya hidup sampai ada suatu masa rasa macam nak lari daripada dunia penuh tipu daya ni. Tapi, kita masih hidup hari ni dengan senyuman dan tangisan yang silih berganti. Kelakar, tapi tak mampu ketawa sebab pahitnya lebih terasa. Kalau senyum pun, terpaksalah paksa, kan.

Kelakarnya hidup ini. Apa yang kita nak, kadang-kadang berlalu pergi macam tu je. Sebaliknya yang paling kita taknak tu lah yang datang bergolek depan mata. Macam aku, yang paling aku taknak dan takpernah nak buat, sekarang terjadi. Apa lagi yang aku boleh buat selain ikut kata takdir? Terus bersabar dan ikut rentak kehidupan ni. Itu saja. Apa yang aku mampu cuma harapkan yang terbaik untuk kehidupan aku, dan dia. Kelakar kan?

Satu saat kita boleh ketawa sampai nak pecah perut. Satu saat yang lain kita boleh menangis tersedu-sedu. Tawa dan tangis ibaratkan cuma ada satu garisan pemisah yang sangat halus. Kelakar betul, dua benda itu macam satu kontra yang sangat berkawan baik. Peliknya mainan perasaan, kan.

Semua jenis manusia yang punya pelbagai ragam dan cara pun kadang-kadang boleh sependapat dengan hal yang satu itu. Cinta. Jangan bilang benci, nanti cinta. Jangan terlalu cinta, nanti benci. Fakta, kan? Sebab tu la kot dalam semua hal, kita dituntut untuk bersederhana. Bukan senang nak jadi kuat, tapi kekuatan tu senang sangat nak luntur, macam kena bleach, habis gitu je.

Kelakar bila terfikir tak semua yang kita inginkan akan menjadi milik kita. Some things just weren't meant to be. Yelah, faham sangat. Kalau dah memang tak ditakdirkan, nak buat macam mana kan. Terpaksa la terima je, perhaps something better is waiting for us in the future. InsyaAllah..

Whatever it is, we just need to pray for the best. Amiiinn.. Semoga bahagia itu nanti akan menjadi milik kita semua..



I don't need someone who is perfect.
I just need one who can love me perfectly
not only at my best,
but also at my worst.

awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, October 23, 2011

Rindu sampai termimpi-mimpi ;)

Peace be upon you.

Malam tadi mimpi kawan-kawan saya. Kami bergelak ketawa bersama.
HAHA
Nie mesti kes rindu yang dah memberat.
Haihhhhh =='

Kawan-kawan, aku cukup rindu nak jadi famous bila lepak dengan korang. Harhar. Aku tahu bile kita start bercerita, kita tak ingat dunia sekeliling kan. Macam la dunia ni kita yang punya. Tu yang paling best tu. HAHAHAHA :P

Hope to meet ALL of you soon. Gila rindu okay!

awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, October 17, 2011

Amishu already -.-

Peace be upon you.

Aduh.
Kalau sebelum ni rasa macam cepat sangat waktu berlalu, kenapa sekarang rasa macam lambat sangat la pulak? Mengalahkan lambat siput b**i. Heeee :D

Cepatlah seminggu berlalu, cepatlahh pleaseeeee...
-________-

Doe, kau tahu tak, apa yang aku gelakkan dengan kau pagi tadi kann, bila aku ingat, aku gelak balik. Pastu aku cerita kat adik-adik tau. Haha. So sweeeeeeeettttt! Hahaha :P
# To be honest, masa aku tgh menaip nie pun aku tengah tersengih sorang-sorang -.- Haha
BoboiBoyyyy! ;)

Ehemmmmm!
Hmmmm.. Jaga diri tu elok-elok, pentol.. Jangan patah semangat tau! Kau mesti bolehh punya..
Aku tengok kalendar, 23 jauh lagi, aku mengeluh lagi. Nie mesti sebab pentol kau dah terjangkit kat aku. Heee :D

Aku lupa la tauuu, sebenarnya ingatkan nak amik pic sama-sama tadi.. Terlupa pulak.. Haihh..
Oh yeah, btw, thankyou for today!

Amishuuu ♥

awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, October 13, 2011

Dengan ini, mahkamah hati memutuskan pesalah disabit hukuman pergi selamanya!


"Awak ni pengecutlah tau, awak selalu lari dari masalah. Hehe. Takpelah, at least awak dah senangkan kerja saya. Terima kasih. Kenyit mata sikit ;) " - NurulHidayahKhairudin


Peace be upon you.

Thank you for leaving me again, young man. I appreciate it for real. You make things easier, yes, you really do.

I hope you won't come again, I've erased your place in my heart. It's gone, forever. Glad to say that I've moved on :)

Aku nak tekankan sekali lagi, aku sudah melepaskan kau pergi, kali ini betul-betul aku lepaskan. Bukan mcm dulu lagi, aku cakap aku biarkan kau pergi tapi aku masih menanti. TIDAK. Aku betul-betul memaksudkannya kali ini.

Jangan risau, aku takde simpan apa-apa dalam hati. Semua yang berlaku selama ni, semuanya aku anggap pengalaman dan kenangan. Terima kasih sbb bagi aku pengalaman yang cukup berharga ni. Nanti bila aku tua, bolehlah cerita kat anak-anak dan cucu-cicit aku macam mana bodohnya aku kerana cinta. Hehe

It's really funny to think how I've been fooled all this while. Aku tak menyesal, sikit pun tak menyesal. Semua yang berlaku pasti ada sebabnya kan? Haruslah aku teruskan hidup :)

By the way, kau pun mesti tahu kan, aku ni seorang perempuan yg kuat :P Aku dah cukup kuat untuk lalui semua ni, kan kau jugak yg buat aku jadi kuat. Kau bagi aku macam-macam rasa, sampai akhirnya aku jadi kuat macam ni. Thank you. Thank you so much. :)

Okay lah, hilang sikit beban kat bahu aku. Lepas ni takpayah la update entry pasal kau lagi kan. Heee :D

Semoga kau berbahagia di sana. Aku di sini, dah cukup bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Alhamdulillah :)

awak tolong LIKE ya ? :)