Dear Followers :)

Tuesday, February 21, 2012

:/

Assalamualaikum.

Tuhan, tolong kuatkan aku.

Sekali lagi terjatuh. Awhh, sakit sangat! Tak dapat tahan. Hmm. Yes, I deserve for it. Siapa suruh malas. Siapa suruh tak rajin. Siapa suruh ikut nafsu tidur sangat. Siapa suruh ikut sangat perasaan letih tu. Padan muka!

Come on lah, wake up! If you put more effort, it's not impossible for you. Come on, stupid! Ahh I mean, GENIUS! =='

awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, February 19, 2012

Tuhan, terima kasih.

Assalamualaikum :)

18th February 2012.

Alhamdulillah. Seriously, I couldn't ask for more. I'm happy enough today. So blissful. Thank you, love. ♥

Jangan ingat awak sorang je menggigil, saya pun sama tau! :P

Awak, saya takboleh lupa senyum awak masa awak menggigil tu, awk senyum bengang sbb awak cakap saya kenakan awak kan. :P tapi nasib baik ada Eka. Ehemm! Tak acinya awak! Awak ada kawan, saya takde. Laagi segan pulak tuu. Merajuk seminggu! -.-
Tak fair and square langsung!

Lagi satu, saya takboleh lupa senyum jahat awak masa saya segan habis tu. Kata awak, "sekali kau kenakan aku, tiga kali aku balas balik." Kurang asam punya awak. Tapi kan awak, masa tu saya bahagia. Sumpah, perasaan saya macam lain. Macamm.... :) Sorry, tak dapat describe..

Heeee. :D

Awak, .............
Awak faham kan?

awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, February 5, 2012

Tolonglah sedar.

Assalamualaikum.

Kita mula dari bawah dan terus ke atas. Andai mendaki penuh hati-hati, mungkin peratusan tersungkur itu lebih rendah berbanding berlari terkejar sana-sini. Fokus pun penting.

Aku dah terjatuh. Sakit. Tapi mungkin kerana bukan berseorang, impaknya kurang. "Bodoh kau manusia. Tak sedar diri." - kata-kata aku kepada diri sendiri

Kenapa? Kenapa melampau-lampau degil penyakit malas ni? Kenapa? Bukan tak dibasuh, malah sering. Bukan ke aku sepatutnya lebih bermotivasi, aku kini punya tujuan tambahan. Aku mula fikir masa depan. Tapi kenapa masih malas?

"KALAU AKU LEBIH RAJIN, AKU BOLEH DAPAT LEBIH." Tolong tanamkan kuat-kuat dalam kepala otak itu, boleh Yaya?

Bukan ini kali pertama entry motivasi diri sendiri, dah banyak kali, tapi masih macam ni. Dasar tak sedar diri punya Yaya. T_T

Jangan lupa, mama ayah berhabis duit untuk biarkan kau terus hidup. Tak pernah nak berkira. Kalau aku kira-kira, mungkin lagi banyak daripada loan PTPTN. Tu belum kira doa yang diorang kirim lagi kan. Banyaknya tak terkira. Kalau kau terus malas, macam mana nak balas balik pengorbanan mama ayah ni?

Mama letakkan harapan yang tinggi pada kau. Jangan kecewakan mereka. Tolonglah, rajinlah wahai Nurul Hidayah Khairudin. Tolonglah, aku merayu pada diri sendiri.

# Asyik membebel tapi tak buat apa-apa pun takboleh jugak ye, Cik Yaya. Tolong bertindak segera.


awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, January 31, 2012

You people are robots.

Assalamualaikum.

This is only the beginning but I'm feeling too tired, already. It's just too much. Not to mention all, even satu pun rasa dah cukup berat. Terlalu berat.

Tak cukup kuat. Tak cukup kental. Tak cukup guna akal dan otak. Tak cukup bagus manage masa. Tak cukup apa lagi? Semuanya tak cukup. Entah macam mana nak buat.

Lepas satu, satu pulak datang. Semuanya bertimbun. Tak terlarat nak pikul. Kadang-kadang bila banyak sangat pun takboleh juga, nanti rasa malas nak ambil kisah semua hal. Habis semuanya.

Penatnya, Tuhan. Tolong bagi aku kekuatan bolehhhh?

awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, January 22, 2012

Jadi yang terakhir?

"Atas restu Allah ku ingin milikimu, ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku."
- Ku Pinang Kau Dengan Bismillah by Ungu ft. Rossa

Assalamualaikum.

First and foremost, now I have to admit, subjek Law memang sgt seronok dipelajari lagi-lagi dengan lecturer saya yang super duper funny tu tapi tak seronok langsung untuk dijawab dalam exam! Umph! Last two weeks dah sit for three papers, for test one lah, B.O dengan EcoMal mcm okay lah sikit, tapi bila sampai Law, hihihi teruknya sayaaaa. Saya tahuuu. Mengadu kat mama, pastu mama kata "be more focused, blablabla."

Then, naik CNY ni, ada test OM puloks. Senyumlah cek mek molek, biasalah tu kan :) Final pun dah tak lama je lagi. Wth? Final exam? Brrrrr~!

Hmmm.. Tinggal dua bulan lebih je kot Gajah dah nak habis study. Makin lama makin kena sediakan diri cekalkan hati. Masa makin lama makin mencemburui, ujian mesti setia menanti. Aduh. Bukan nak mengeluh tapi kadang-kadang TERtakut aku tak cukup kuat untuk hadapi semua ni. Mama ada pesan, "Biasa-biasa je kakdayah, jangan berharap sangat." Aku diam je, aku tahu mama takut anak dara dia patah hati maka merajuklah diri. Haha

Awak, tolong ada bersama saya waktu susah senang saya, tolong ada dengan saya setiap masa. Tolong jaga saya elok-elok. Tolong kuat untuk hadapi apa jua cabaran dan dugaan. Boleh kan awak?
Saya doakan yang terbaik untuk kita.

"Tuhan, jika dia memang untukku, Kau dekatkanlah hati kami, dan jauhkanlah kami daripada perkara-perkara yang tak elok. Jauhkan kami dari dugaan yang tak mampu kami hadapi. Kau mekarkanlah perasaan kasih dan sayang di hati kami. Sesungguhnya Engkau jua lah yang maha mengetahui lagi maha mengasihi. Amiin Ya Rabb."

awak tolong LIKE ya ? :)