5 Julai 2011 , genap sebulan aku keseorangan lagi . Pergi dan hilang tanpa pesan , dan aku teruskan hidup tanpa ditinggalkan pesan .
Mungkin ini adalah jawapan . Mungkin ini bukan .
Aku ceria sungguh pada 5 Julai ini . Dari pagi sampai ke petang , aku tidak henti ketawa . Eh , nampak beno nipunyaa ~ Hihi .
Entahlah , mungkin aku cuba tidak memikirkan . Walaupun hakikatnya sebaik saja aku buka mata pada pagi itu , yang aku ingat adalah dia . Tapi mungkin dengan kekuatan yang Tuhan kurniakan , aku berjaya mengatasi semua perasaan itu . Aku berjaya mengawal perasaan itu .
Aku sebenarnya sedang melawan hakikat yang sebenarnya hari ini dia telah menguasai fikiranku . Tuhan , serius aku rindukan dia :'(
Wahai dia , hiduplah kau di sana aman dan bahagia . Semoga Allah merahmatimu :)
awak tolong LIKE ya ? :)
No comments:
Post a Comment