Dear Followers :)

Tuesday, August 9, 2011

Kali ini untuk apa?


Assalamualaikum.

Dia kembali lagi. Ya, dia kembali lagi. Tapi untuk apa? Aku sendiri tak pasti. Tanda tanya yang sebelum nie hampir-hampir hilang menyembunyikan diri, seakan-akan muncul semula bahkan bertambah besar.

Tidak, aku tak ingin meletakkan diri aku sendiri dalam kesusahan lagi. Awal-awal lagi aku diberi amaran supaya tidak lagi meletakkan harapan yang tinggi kepada dia. Kata sahabat, dia tak ingin lihat aku bersedih lagi. Kata sahabat, cukuplah aku menangis kerana makhluk Tuhan itu.

Kepulangan dia sebenarnya memang aku tak jangka. Dia kembali semula setelah genap dua bulan menyepi secara tiba-tiba. Dua bulan, kawan. Dua bulan. Bukan dua hari, bukan dua minggu. DUA BULAN ! Dua bulan tue bukan sekejap, faham?

Dalam tempoh masa tue, aku gigih meneruskan langkah. Bukan mudah untuk seorang gadis comel yang tak berapa nak tabah nie bangkit semula daripada kesakitan semalam. (ok, sila muntah)

Aku bangkit dan jatuh lagi. Bangkit dan jatuh lagi. Ya, memang betul kata seorang teman ini. Kata dia, mendaki gunung itu memang punya banyak cabaran, pasti berkali-kali kita jatuh. Tapi kita perlu bangkit untuk sampai ke puncak, bukan? Kata dia lagi, perubahan mungkin terjadi bila pelangi muncul kembali selepas hujan lebat. (ada org kenal ayat ini? sila buat taktahu -.-)

Pening. Kepala aku pening. Aku tidak hendak. Eh, tidak ke hendak? Pffft ! =='

Dia kembali tapi dia masih menyepikan diri, sebenarnya. Dia tidak lagi suka meninggalkan jejak pada dinding mukabuku aku seperti dulu. Dia tak ubah hanya seperti seorang pegawai penyiasat yang selalu memastikan suspek berada dalam keadaan terkawal, yang hanya memerhati dari jauh. (apa aku merepek nieeeeeeeee!) Hah! Tapi serius, dia seperti lain. Ah, perlu ke aku kisah?

Kata sahabat lagi, berkawan je, jangan suka peningkan kepala sendiri tanya soalan yang takde jawapan.

Tapi, apa point dia muncul semula? Ah, aku sumpah kau jadi manusia, wahai manusia! Kau memang suka kan datang untuk serabutkan hidup aku? Apa ada dalam fikiran kau, lelaki? Apa sebenarnya plan yang kau dah rangka untuk drama nie?

Ah sudah.... Makin serabut kepala otak aku nanti...

Baiklah, at last kan, kata mama juga yang aku paling nak ikut. Kata mama, jodoh maut semuanya di tangan Tuhan. Baiklah mama, saya faham sangat.

Bukan kerja kita dan sikit pun kita takde hak untuk tentukan takdir kita. Jadi, jangan terlalu berharap kerana belum tentu lagi dia jodoh kita dan belum tentu lagi dia bukan jodoh kita. Haha boleh macam tue?

Wahai kau manusia yang bernama lelaki, cukuplah kau buat sekeping hati milik gadis comel yang tak berapa tabah nie gundah-gulana. Berikan kata putus, biar aku terang dan faham.

Lek je ah, gua open minded kayy. Kalau lu nak masuk minang gua pun, cakap je ah. Lu kan suka buat semuanya dgn tiba-tiba an. Kalau tiba-tiba nak minang gua pun boleh je, tapi tunggu gua grad dulu kay. Haa, takyah nak malu-malu. Hahahahahahaa cam klaka =='

Okbai fullstop. :/



Lihatlah
Apa salah hati ini
sampai kau sampai hati buat ia begitu?
Hati ini innocent, faham?



awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment