"Kacak luar kacak dalam kacak dengar sini, kalau saya senyum awak mesti senyum sekali." -Senyum by Malique ft. Najwa
:)
Lihatlah senyuman itu, indah bukan? Walaupun ia hanya satu lekuk yang disebabkan oleh satu garisan lurus, ia mampu menenangkan hati siapa-siapa yang melihat.
Bukan senyum sinis.
Bukan senyum palsu.
Tapi senyum ikhlas yang datang dari hati yang tulus mulus suci bersih dan murni.
:)
Hidup ini memang punya pelbagai dugaan. Tak ada siapa pun yang boleh lari daripada dikejar masalah duniawi. Tak ada siapa. Not a thing. Not anyone.
Tetaplah tersenyum, nanti hati sedikit sebanyak akan turut ikut tersenyum. Percayalah, tolong percaya :D
Tak salah untuk menangis, memang tak salah. Kadangkala kita memang perlu menangis untuk lepaskan semua yang terbeban. Menangislah sepuas hati sekali itu, dan berhenti. Biarkan hari-hari yang lain diisi dengan senyuman comel kita pula :)
"Mengerutkan muka ataupun memasamkan muka menggunakan otot muka yang lebih berbanding senyum."
Fakta itu aku pernah terbaca. Ingin kelihatan muda sepertiku? Silalah senyum. Hahahaha :P
#Okay, sila muntah
Motif entry : Sedapkan hati sendiri yang sedang serabut menghadapi peperiksaan akhir semester. Doakan kejayaan saya ye. Semoga kita sama-sama berjaya. Go baby, go! Haha :P
* Semoga sebuah senyuman hari ini
bakal membawa kebahagiaan yang kekal berpanjangan
:)
awak tolong LIKE ya ? :)
No comments:
Post a Comment