Dear Followers :)

Friday, June 15, 2012

Aku...... Letih

Aku ingin lari dari dunia ini
Lari dari realiti yang menyesakkan hati
Biar orang kata aku pengecut
Biar orang kata aku lemah
Orang-orang itu tak tahu rasa ini
Aku memang sangat lemah
Letih, lelah.

"Hahahahaha. Itu baru sikit oi."
Memang, tapi yang sedikit inilah yang membunuh aku.
Kamu apa tahu?

Aku benci perasaan ini.
Bercampur-aduk semua rasa menjadi satu
Sampai aku lemas
Rasa mati

Tolong beritahu
Harus apa aku lakukan untuk semua mengerti?
Harus apa aku korbankan untuk semua fahami?
Tolonglah, aku manusia biasa
Tak punya kudrat yang kuat untuk menanggung semua
Tak punya upaya untuk menjaga setiap satu hati
Tak punya tenaga untuk menempuh dugaan diberi,
Seorang diri.

Aku bukan malaikat.
Bukan.

Aku sebenarnya, malas nak fikir
Tapi titis air membasah wajah ini menjadikan aku bertambah lemah
Simbolik bahawa aku tak kuat menanggung bebanan
Lalu, apa lagi yang aku mampu?

Terasa seperti ingin berbaring merehatkan diri di atas katil serba putih.

"Yaya kuat! Yaya kuat!"
Betul ke? Macam tipu je.

Aku nak lari jauh. Jauh dari dunia yang cukup menyesakkan jiwa.
Ke mana? Entahlah.
Macam orang tak ada iman kan?


awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment