Dear Followers :)

Monday, September 26, 2011

Tolong pergi jauh rasa kecewa ini :(

Assalamualaikum.

Hampa dan kecewa. Sumpah aku kecewa dengan diri sendiri.

Aku menjawab macam aku takpernah belajar. Ustaz kata baca kehendak soalan betul-betul. Aku tahu. Aku faham dia nak apa. Cuma aku yang tak mampu beri.

Serius soalan dia sebenarnya sangat senang. Aku bukannya tak pernah baca, semua tu aku dah baca, tapi aku lupa. Daya ingatan aku lemah. Bole tolong bantu aku? =='



ARGHH!



Takutnya :(

Aku sangat dan teramat kecewa dengan diri sendiri.
Hmmmmm.

Tuhan, aku dah cuba semampu-mampunya aku, tolong bantu aku...
:(

# Tolong jangan tanya aku pasal exam ekonomi islam, nanti mood aku lari jauhhhhhhhhhhh

awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, September 24, 2011

Senyumlah Ahaii Cek Mek Molek :)

"Kacak luar kacak dalam kacak dengar sini, kalau saya senyum awak mesti senyum sekali." -Senyum by Malique ft. Najwa

Peace be upon you.

:)

Lihatlah senyuman itu, indah bukan? Walaupun ia hanya satu lekuk yang disebabkan oleh satu garisan lurus, ia mampu menenangkan hati siapa-siapa yang melihat.

Bukan senyum sinis.
Bukan senyum palsu.
Tapi senyum ikhlas yang datang dari hati yang tulus mulus suci bersih dan murni.
:)

Hidup ini memang punya pelbagai dugaan. Tak ada siapa pun yang boleh lari daripada dikejar masalah duniawi. Tak ada siapa. Not a thing. Not anyone.

Tetaplah tersenyum, nanti hati sedikit sebanyak akan turut ikut tersenyum. Percayalah, tolong percaya :D

Tak salah untuk menangis, memang tak salah. Kadangkala kita memang perlu menangis untuk lepaskan semua yang terbeban. Menangislah sepuas hati sekali itu, dan berhenti. Biarkan hari-hari yang lain diisi dengan senyuman comel kita pula :)

"Mengerutkan muka ataupun memasamkan muka menggunakan otot muka yang lebih berbanding senyum."

Fakta itu aku pernah terbaca. Ingin kelihatan muda sepertiku? Silalah senyum. Hahahaha :P
#Okay, sila muntah

Motif entry : Sedapkan hati sendiri yang sedang serabut menghadapi peperiksaan akhir semester. Doakan kejayaan saya ye. Semoga kita sama-sama berjaya. Go baby, go! Haha :P



* Semoga sebuah senyuman hari ini
bakal membawa kebahagiaan yang kekal berpanjangan
:)

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, September 16, 2011

Kau sahabat yang semakin menjauh, aku rindu.

"Kubiarkan pena menulis meluahkan hasrat di hati, moga terubat segala keresahan di jiwa, tak pernah ku ingini." - Sahabat Sejati by UNIC

Peace be upon you.

Lewat waktu ini, kau pergi semakin jauh. Jauh dan jauh. Seperti tidak akan kembali lagi.
Kau hampir, seharusnya kau sangat dekat, tapi mengapa tidak?

Dulu dan sekarang terlalu jauh bezanya. Boleh dikira dengan jari montel ini berapa kali sangatlah kita duduk bersama berbual-bual sehingga lewat pagi, sehingga sakit tekak letih bergelak ketawa. Itu semua sudah tidak lagi menjadi kebiasaan aku, sehingga suatu masa itu aku terasa ada kejanggalan antara kita. Sedihnya rasa itu. Kenapa itu terjadi, sayang?

Mereka melihat dan mereka bercakap. Mereka kata aku pasti sedih dengan apa yang terjadi. Aku hanya mampu tersenyum. Seperti ini :|
Yelah, apa lagi yang mampu aku katakan selain tersenyum, bukan? Aku kehilangan kau sebelum tiba waktunya, sayang. Katalah walau apa pun, katakanlah kau tetap di sini, masih tetap sayangkan aku. Aku tahu ia semua benar. Tapi hakikat tetap menyakiti aku, aku sudah kehilangan kau sebelum tiba waktunya.

Aku doakan yang terbaik untuk kau.

Sayang, ada satu persoalan yang sangat besar yang membebani fikiran aku, sebenarnya. Tapi aku tak mampu untuk luahkan. Aku takut dengan jawapan yang akan kau berikan nanti. Takut kalau-kalau jawapan itu akan menyakiti aku, mereka dan paling penting, memakan diri kau sendiri.

Entahlah.

Kau tidak lagi menjadi orang yang tahu tentang setiap inci kisah hidup aku, seperti dulu. Dan aku juga telah jauh tertinggal tentang kisah hidup kau. Suka duka kau, tawa dan tangis kau, tak lagi aku rasakan.

Kau sudah ada kehidupan sendiri, bersama mereka, bakal masa hadapan kau. Tidak lagi bersama kami. Aku sudah faham itu, terlalu faham. Ibu dulu tanggungjawabkan aku untuk menjaga kau, tapi aku tidak mampu menjaga kau sepertimana dia. Aku tak mampu pegang amanah ibu itu. Aku harap dia yang terbaik yang akan menjaga kau. Aku taksuka tengok kau bermasam muka kerana dia menyakiti kau, sebab aku akan turut berasa sakit.

Semoga kau berjaya di dunia dan akhirat, sahabat.


Sometimes the most horrible part in our lives is when the person who used to be too close to us is not anymore be the one
Tahukah kau betapa aku rindu waktu-waktu seperti ini?
:(

awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, September 13, 2011

Takut.

Assalamualaikum.

Aku dan kawan-kawan rasa cukup insecure sekarang nie.

Tuhan, tolong lindungi kami, Tuhan.
Jauhkan kami daripada apa-apa kecelakaan dan kesulitan.
Hanya padaMu kami berserah dan bertawakal.
Amiiin.
-.-

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, September 7, 2011

Nak lagi boleh? :)

Assalamualaikum.

6 September 2011.
Tanjung Balau, Kota Tinggi.

Aku rindu desir ombak yang damai itu.
Aku rindu bunyi air laut yang sangat menenangkan itu.
Aku rindu bintang berjuta yang berkelip itu.
Suasana begitu sangat indah.


Aku rindu semuanya.

awak tolong LIKE ya ? :)