Aku mula dengan pengetahuan yang total kosong . Sejak lahir , guru pertama aku ialah persekitaran . Keluarga dan kawan-kawan . Guru utama aku of course la mama dengan ayah .
Mama ajar aku ABC & 123 . Mama ajar aku membaca , menulis , mengira .
Untuk pengetahuan semua , aku pergi tadika dulu tak sampai seminggu pun . Aku yang taknak . Mama aku dulu pernah jadi guru besar dekat tadika aku tu , lorong sebelah rumah je . Dekat je . So , aku taknak belajar dekat tadika , aku nak belajar dekat rumah je . Aku taknak berkawan .
Melarat sampai sekolah rendah , aku taknak pergi sekolah . Tapi kena paksa . Yelah , kalau tak pergi sekolah , nak jadi apa ? Tabah betul cikgu aku masa darjah satu . Sanggup dia pujuk aku jangan menangis . Teruk betul aku nie dulu . Orang lain seronok jumpa kawan , aku takut nak berkawan . Ahaks . Sampai darjah enam pun sebenarnya aku agak selalu ponteng sekolah . Untung je UPSR aku dapat Straight A's .
Aku still ingat lagi , cikgu BM aku mesti akan ketuk tangan pakai pembaris kayu kalau ade kesalahan ejaan . Lepas tu kena salin perkataan tue banyak-banyak kali . Perkataan famous yang selalu salah emm , 'berkerja' , sepatutnya 'bekerja' kan ? Cikgu Alinah , saya tak lupa :) Sebab kena ketuklah , saya jadi apa saya sekarang :D
Cikgu Matematik aku pula selalu soal sifir setiap kali awal kelas dia . Kalau tak dapat jawab , dapat la hadiah 'roti kering' . Sakit wehh , sumpah sakit kena rotan dengan 'roti kering' dia tue . Hehe .
Banyak lagi kot cerita dekat sekolah rendah . Aku rindu . Terima kasih , cikgu .
Bila masuk sekolah menengah aku dah tak suka ponteng sekolah . Aku dah pandai berkawan . Aicehh . Kat sini aku jumpa lebih ramai lagi cikgu . Hmm . Nak cerita semua memang aku tak larat .
Tapi paling aku ingat , masa aku Form 2 . Dulu masa aku Form 2 , aku nakal . Siap kena panggil dengan cikgu disiplin lagi . Huahua . Nie semua gara-gara perangai kitorang satu geng yang selalu masuk kelas BM lambat . So cikgu BM kitorang ingat kitorang ponteng kelas dia , then dia pun mengadu dekat cikgu disiplin . Apa lagi , dapatlah habuannya . Tak pasal-pasal je cikgu disiplin minta autograf kitorang untuk simpan dalam kad merah . Heee :D
Setiap kali hari guru , mesti masing-masing busy nak cari hadiah bagi dekat cikgu . Aku pun tak ingat hadiah apa yang pernah aku bagi . Ahaks . Bila hari guru je , mestilah ada sambutan kan . So adalah persembahan apa semua . Aku rindu .
Sekarang dah masuk universiti , tak ada kot sambutan hari guru . Tak ada persembahan nyanyian , lakonan segala bagai lagi . Dah tak adanya aku nak buat persembahan silat untuk sambut VIP of the day . Aku rindu .
Tapi walau apa pun , cikgu-cikgu nie juga yang bagi aku ilmu sampai aku jadi apa aku sekarang . Walaupun tak ada apa yang boleh dibanggakan , tapi sekurang-kurangnya aku masih lagi jadi seorang insan yang tahu bezakan mana baik mana buruk . Alhamdulillah .
Terima kasih Tuhan sebab bagi aku cikgu-cikgu yang awesome .
Terima kasih Mama & Ayah sebab jadi cikgu terbaik .
Terima kasih cikgu-cikgu SK Taman Universiti 2 .
Terima kasih cikgu-cikgu Sekolah Agama Taman Universiti .
Terima kasih cikgu-cikgu SMK Taman Universiti .
Terima kasih cikgu-cikgu tuisyen .
Terima kasih pensyarah-pensyarah UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru .
Terima kasih . Terima kasih sangat-sangat .
Sepuluh juta kali terima kasih pun tak mampu nak balas jasa kalian semua . Semoga Tuhan memberkati kalian .
Memories .
Aku dulu pernah jadi cikgu tadika . Aku tahu macam mana rasanya nak menghadapi students yang nakal . Aku tahu macam mana harapan cikgu untuk students faham apa yang kita ajar . Aku tahu macam mana rasanya jadi seorang pendidik . Apa yang paling perlu adalah , KESABARAN .
Rindunya :/
Akhir kata ,
SELAMAT HARI GURU , GURU-GURU .
Sincerely Yours,
NURUL HIDAYAH KHAIRUDIN
awak tolong LIKE ya ? :)
No comments:
Post a Comment