Aduh . Tadi sebelum tekan new post , aku kira banyak yang aku nak muntahkan . Siapa yang bawa lari semua loya di jari nie ?
Hurm .
Aku fikir dan fikir lagi . Aku renung dan renung lagi . Sampai tembus semua yang aku renungkan . Huh !
Aku perlu jadi manusia yang bersyukur . Betul ?
Aku perlu tahu nikmat Tuhan untuk hamba-hambaNya berbeza . Betul ?
Aku perlu tahu aku takboleh iri hati terhadap orang lain . Betul ?
Aku perlu tahu kalau aku buat itu , Tuhan akan marah . Betul ?
Eh tidak ! Aku bukan iri hati tentang kasih sayang . Cukup sempurna kasih sayang yang aku dapat . Aku tahu sungguh aku tidak pernah kekurangan kasih sayang . Bukan juga hal ehwal kewangan . Alhamdulillah aku masih mampu makan dan minum , aku tidak kebulur dan aku masih ada tempat berlindung .
Eh tidak ! Aku bukan nak buat maksiat . Minta dijauhkan .
Aku cuma cemburu bila orang lain bebas begitu , tapi aku tidak . Jangan salah faham dengan 'bebas begitu' . Ia adalah satu perkara yang baik ya , sila ambil perhatian .
Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan yang tersendiri . Kan aku dah cukup tahu itu . Mengapa mesti kau fikirkan lagi hal ini wahai cik adik manis tak berapa nak manis ? Cubalah bersyukur dan terima apa adanya nikmat Tuhan itu .
Jangan lupa , ada lagi yang lebih teruk daripada kau . Tolong ucapkan Alhamdulillah .
Biasalah aku , suka nak buat semak kepala otak sendiri . Boleh cakap aku LOSER ? Pfft ~
awak tolong LIKE ya ? :)
No comments:
Post a Comment