Dear Followers :)

Sunday, November 29, 2009

wanita

kau digelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan saja dirindu yang biasa
malah adam turut sunyi tanpa hawa

akalmu senipis bilahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yang lembut
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat di bahu untuk dilindung
dekat jua di hati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk
engkaulah wanita istimewa

didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian
kelak tidak derita
berharap pada yang binasa
engkaulah wanita istimewa

sedarilah insan istimewa
bahwa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari tuhan
bahkan sebagai hiasan kecantikan

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, November 27, 2009

yes yes yessssssss!

huargh. engineering technology, physics, chemistry and engineering drawing to go. yeahhh. really really can't wait fr it. freedom, wait for me yeahh! :)

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, November 25, 2009

i am dying

add maths td susah gila. mcm na pecah kepale. huhhh. i'm very upset :(

awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, November 23, 2009

sad :(

maths dh lepas td. and i am sad bcos i didn't do well. ta sempat siap.
:'(


awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, November 22, 2009

...

hidup ini
seperti lautan luas
ertinya tidak terkira
walau sejauh mana kita rentasi
namun tetap tiada sudahnya

hidup ini
hanyalah satu persinggahan
bak pentas lakonan semata
ketulusan dan keikhlasan
terlalu payah dicari
sedangkan
kebohongan, kepalsuan
ahhhh, merata!

hidup ini
terlalu sukar dimengertikan
terkadang kita di bawah
terkadang kita di atas
apabila kita ditimpa musibah,
kita katakan
"ah, tuhan tidak adil"
walhal kita tidak sedar
ia hanya dugaan buat kita

tetapi
pabila kita meraih kejayaan
kita lupa siapa yang memberi kita
kenikmatan itu
kita terus alpa di persada duniawi
terus asyik pada keseronokan
menjadi pelakon pentas
yang hebat

sedarkah kita
hidup ini hanya sementara?
yang suatu waktu nanti
akan kembali jua kepada pemiliknya
Yang Maha Esa..

awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, November 21, 2009

thank GOD !

oh my.. paper bm, bi and sejarah dh lpas. so far so good. and u know wht, mase aku jwb soalan sejarah haritu, aku mcm lega saje. satu beban suda terlepas. i think itu first time aku rase puas jwb sejarah. hopelyy i'll get at least B fr my sejarah. huu. lagi 7 paper tinggal.

23 nov ; mathematics
24 nov ; pendidikan islam
25 nov ; additional mathematics
30 nov ; engineering technology
03 dec ; physics
08 dec ; chemistry
10 dec ; engineering drawing

and MERDEKA !!!! hahahahaha. tak sabaaaaar.. :)

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, November 13, 2009

perang dunia pertama

faktor-faktor berlakunya perang dunia pertama :

kata kunci
huraian

1) fahaman nasionalisme
- wujudnya fahaman nasionalisme di eropah

2) bersatu
- negara-negara kecil bersatu menjadi negara-negara besar. cth : jerman, itali

3) sanggup berperang
-negara2 besar ini sanggup berperang untuk mendapatkan ;
a) tanah jajahan - semakin banyak tanah jajahan, semakin tinggi imej
b) peluang ekonomi - untuk mengaut kekayaan
c) lingkungan pengaruh - memudhkan mereka mendapatkan bahan mentah dan kawasan pasaran

4) pakatan
negara-negara- besar menubuhkan pakatan ;
a) perikatan kuasa tengah -> jerman, austria-hungary, itali
b) pakatan bertiga -> britain, perancis, rusia

5) ancam
pakatan ini mengancam keseimbangan kuasa dunia

6) segera
faktor segera adalah kes pembunuhan pewaris takhta austria-hungary dan isterinya oleh seorang pengganas serbia

7) serang
akibatnya, austria dan jerman isytihar perang terhadap serbia

awak tolong LIKE ya ? :)

pakatan murni

jum bwt revision same2 :)

apakah maksud pakatan murni?
usaha semua kaum di tanah melayu mewujudkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.

apakah usaha-usaha ke arah pembentukan pra-perikatan?
oleh dato' onn jaafar :
a) menubuhkan jawatankuasa hubungan antara kaum (CLC).
-> dianggotai oleh dua kaum terbesar iaitu melayu dan cina.
-> melayu diketuai oleh dato' onn jaafar
-> cina diketuai oleh tan cheng lock.

b) mengadakan rundingan antara UMNO-CLC
-> hasilnya : penubuhan RIDA, pilihanraya dibuat pada bila-bila masa yang sesuai, kerakyatan negeri 1951

c) membuka keahlian UMNO kepada orang bukan melayu
-> tapi tak mendapat sokongan daripada orang melayu

d) menubuhkan IMP
-> parti ini menawarkan perpaduan kepada semua kaum
-> tp tak mendapat sokongan sebab idea perpaduan pada mase tuh sgt asing bagi org cina dan india

oleh sir malcolm mcDonald :
mengadakan persidangan kebangsaan yang bertujuan untuk mewujudkan perpaduan antara rakyat di tanah melayu.

tunku abdul rahman :
mengadakan konvensyen kebangsaan, maka terbentuklah parti perikatan.

nyatakan manifesto parti perikatan dalam menghadapi pilihanraya MPP 1955
-mewajibkan pendidikan
-menjaga hak asasi manusia
-melindungi hak raja-raja melayu
-mencapai kemerdekaan dalam masa 4 tahun

awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, November 8, 2009

oh SPM!

hurmm. it's definitely just around the corner. gilaaaa, i'm nt ready both mentally and physically. ahhh. dear friends, pls pray fr my success. i'm very nervous. spm really really drives me crazy. my probs, pls go far away frm me. i don't need u at all. pls go on a vacation or wht. haha! tolong, i beg u, tlg la bg mental aku honeymoon drpd bnde2 yg tk penting bwt mase skg. thank u. good luck guys.

awak tolong LIKE ya ? :)