Dear Followers :)

Friday, April 27, 2012

Keempat.


Assalamualaikum :)

Dua tiga hari sebelum result keluar, budak-budak ramai yang dah sibuk berdebar. Kata aku dalam hati, bertenanglah, dah tak boleh buat apa dah. Tawakal je lah. Sehari sebelum result, aku still boleh bertenang lagi. Tapi bila dah dua tiga jam sebelum tengah malam je, rasa cuak dah datang. Pukul 12 malam lepas penat baca novel, aku nak tidur. Sungguh-sungguh aku cuba tidur sebab tahu kalau check e-mail pun, mesti belum kua lagi. So, decide nak tgk esok pagi je.

Tapi, mata tak nak tutup. Eh, tutup nak, tapi tak boleh lena. Dah berpuluh kali aku baca doa tidur. Last, aku decide pergi online je. Buka e-mail dan refresh sebanyak kali yang boleh. Geram sebab bila la dia nak tulis "you have 1 unread e-mail." Lama kot aku tunggu. Lastly pukul 2 pagi baru email masuk. HAHA

Dan sampai sekarang still tak boleh tido. Dah pukul 5 pagi ni. Nanti lepas subuh tidur, lepas tu bila bangun pening kepala. Ah, tu yang aku paling lemah!

Ya Allah, terima kasih, syukur Kau masih memberikan keizinan untuk membanggakan kedua ibu bapaku. Sungguh besar nikmatMu, Tuhan. Aku terlalu hina untuk meminta lagi kepadaMu, tapi kepada siapa lagi harus aku meminta? Hanya padaMu :'(

"Jadi, maka jadilah." Justeru, pada saat Allah mengatakan sebegitu, tiada satu makhluk pun di muka bumi ini yang mampu menghalang. Nothing. Not a thing.

Percayalah, apa yang Tuhan tentukan itu adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin Dia ingin kita beringat, mungkin Dia ingin kita sedar, dan mungkin Dia ingin kita celik. Sentiasa bersyukur sebab Allah knows best. Jangan pertikaikan. Dan jangan berhenti berdoa. Walaupun terasa tak layak, tapi Dia maha kaya.

awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, April 24, 2012

Bogel Menuju Tuhan (BMT)

"Oh, aku sendiri. Menepis realiti. Waktu ini." - Zahiril Adzim

Assalamualaikum.

April 7, 2012.
Pagi itu, masih pagi lagi. Pukul 7 pagi kalau tak silap. Bersiap nak pergi berjogging dengan kakak. Sementara tunggu, macam biasa aku ambil kesempatan untuk meng-onlinekan diri sendiri. Buka Facebook dan ternampak di News Feed, status dari ZA yang menyatakan dia ada buat BMT Langsung dari Tangan #2 . Aku dengan teruja terus sergah blog beliau dan terlihat ada entry tentang cara-cara order BMT terus dari beliau. FYI, aku memang dah lama tercari-cari buku beliau. Pergi kedai asyik out of stock aje!

Frankly speaking, sebenarnya taktahu pun sebelum ni beliau ada buat BMT Langsung dari Tangan #1. Hee :D

Dengan teruja, aku terus gegarkan kakak yang tgh lena sambung tidur (ceitt kata nak jogging!) tanpa mempedulikan reaksi dia yang mungkin akan marahkan aku. HAHA aku tak peduli.

"Kak nab, kak nab! Cepatlah bangun, sinilah, tolong belikan buku ni, pleaseeee!" rayu aku. "Buku apa??" respon kakak. "Buku Zahiril Adzim, dia ada jual online ni. Nanti dapat autograf dia sekali..." aku masih terus merayu tanpa putus asa. Kakak yang sebenarnya semalam baru aku maklumkan pada dia aku sedang pening mencari buku ni, memang dah sedia maklum pun aku teruja.

"Tolonglah, pakailah duit hang dulu, nanti orang bayar balik. RM 35 je.."

Kakak pun tanpa berlengah terus pergi ke laptop dan membuat bayaran ke akaun ZA through maybank2u. Thankyou, online banking! Waktu mcm ni barulah aku nampak benefit online banking. Haha ;)

And............

April 24, 2012.






Taraaaaa! :) :)
Banyak sungguh gambar beliau di dalam buku ni. Manis dengan tahi lalatnya itu HAHA
Beruntung isterinya :D

Jam 10 pagi lebih hari ini, posmen membunyikan hon motosikalnya. Ayah pun keluar. Aku dengar dari dalam rumah, posmen tu kata "Nurul Hidayah?" "Ya, ya." kata ayah. HAHA aku sangat teruja. Aku memang tahu apa yang bakal aku terima kurang dari satu minit lagi. Heee.

Beberapa hari sebelumnya, ZA ada meng-reply email kakak, kata beliau maaf sebab belum berkesempatan untuk poskan BMT kerana terlalu busy dengan shooting. Hee takpe takpe, saya tak kisah ;) Thankyou Zahiril Adzim. Thankyou, kakak.

Opss, hutang nanti ada duit orang bayar ye? ;)

Aku kongsikan keterujaan aku dengan love, malang sungguh dia kata "awak kalau cakap pun, bukan saya kenal. haha" Ish, apelah awak ni! Bweeek! :P

Kesian. Eh, sekian. Hee :D

awak tolong LIKE ya ? :)

New one.

Assalamualaikum.

Blog dah baru. Lain macam je rasa. Even benda tak hidup pun boleh berubah, apatah lagi kita yang hidup ni kan?

"Life changes all the time." It really does.

P/S : Kenalah get use dengan suasana baru blog ni nampaknya. Well, I like the old one even more.

Siswa-siswi UiTM, lagi tiga hari keputusan peperiksaan kita akan keluar. I wish you good luck. Be thankful for whatever you gain, cause am sure that is the best for us. As always, Allah knows best. One big smile for you :)

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, April 20, 2012

Kuku.

Jangan mencintai seseorang setinggi langit, kerana langit akan runtuh.
Jangan mencintai seseorang sedalam lautan, kerana lautan akan surut.
Jangan mencintai seseorang seluas dunia, kerana dunia akan hancur, dan
Jangan mencintai seseorang seindah bunga, kerana bunga akan layu.

Cintailah dia seperti kuku, walau sentiasa dipotong, akan tetap tumbuh.
Yang hodoh dibuang.
Dan tumbuh lagi, yang indah bersih.
Sehingga ke akhirnya.

awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, April 10, 2012

Semakin hari semakin sayang.


Assalamualaikum.

Clean and clear. Rasa sangat lega dan tenang. Semoga perasaan ini terus berkekalan, insyaAllah.

Aku cari satu perkataan dalam kamus bahasa, yang mana ia boleh menggambarkan betapa bermaknanya dia dalam kehidupan ini. Tapi, tak jumpa. Semuanya tak tepat. Semuanya tak cukup. Faham?

Dia bukan seorang yang romantik. Dia tak memerlukan ayat yang berbunga-bunga yang boleh buatkan aku jatuh hati pada dia, dia bukan seorang sweet talker. Malah bila aku bertanya meminta satu kepastian, dia dgn tegasnya beraku-kau je. HAHA. Walaupun mcm tu, kata-kata dia tetap buat aku tersenyum. Seolah-olah dia begitu tegas memperkatakan itu.

- "Dear, you are my everything."
- "Sayang, hanya kau yg aku cinta. Tiada lain, hanya kamu."
Seriously speaking, itu bukan dia. Sangat bukan dia :)

Sentiasa berterus-terang, itu ajaran dia kepadaku. Kalau ada masalah, voice out, jangan pendam. Aku sangat senang dengan sikap dia yang mudah dibawa berbincang. Ia buat aku rasa tak kekok untuk meluahkan apa yang aku rasa. Lantaklah kalau aku kena marah pun, yang penting hal itu mesti kena settle.

Dia seorang yang sangat protective. Dia sangat menitik-beratkan soal keselamatan, setiap masa. Aku jatuh hati lagi pada dia. Sangat. Satu hari tu bila kitorang pegi memancing kat JB Waterfront, dia minta aku standby gunting. Kata dia, utk keselamatan kalau ada orang datang serang. Kata dia lagi, tinggalkan beg dalam kereta je, takpayah bawa turun. Kalau apa-apa terjadi, terus lari masuk kereta, tak perlu terkedek-kedek heret barang.

Dia bukan seorang yang suka menabur janji, kecuali jika dia pasti. Walaupun kadang-kadang aku mengharapkan dia berjanji tentang sesuatu, dia tak akan berjanji kalau memang dia tak pasti. Kira boleh kata dia selalu mempersiapkan aku dengan kemungkinan yang paling buruk. Kerana apa? Kerana dia mahu aku selalu bersedia dan tidak sakit di kemudian hari. Aku jatuh sayang lagi pada dia :)

Semakin hari aku semakin jatuh sayang pada dia.


Aku harapkan dia adalah lelaki itu.

Awak, lagi empat tahun kan? Saya akan tunggu awak. Semoga Allah perkenankan rancangan kita. Amiiin.

Kamu orang, doakan kebahagiaan dan kesejahteraan hubungan kami. Selagi dia bukan yang halal bagiku dan selagi aku bukan yang halal baginya, dia masih belum menjadi hak aku dan aku belum menjadi haknya. Aku masih hak ayah aku, dan dia adalah hak mak dia. Doakan kami semoga kami berhak antara satu sama lain satu hari nanti. InsyaAllah.


awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, April 5, 2012

Jodoh itu Milik Kita ♥


Assalamualaikum.

Sekarang jam 5 pagi. Terjaga tadi, then rasa takbole tidur la pulak. Dah la mimpi macam nak ngeri sikit tadi. Errrrr.. Tapi sumpah lawak! Tak faham dengan diri sendiri. Terlampau fikir agaknye -.-

And that is why aku nak cerita sikit pasal ini novel. Ini novel aku baru je habis baca semalam. Best. And what is more, it taught me something.


Jodoh itu Milik Kita by Sara Aisha.

Dahlia, seorang gadis yg kasihan, yg redha menurut kata takdir bila dia terpaksa kahwin dgn orang yang dia langsung tak kenal. Walaupun mcm tu, di awal perkahwinan dia, dia cukup bahagia dgn suami dia, Aariz. Tu lah yang namanya jodoh. Iye tak?

Biasalah, lidah lagikan tergigit, inikan pulak suami isteri. Walau macam mana pun dugaan datang, walau macam mana usaha kita untuk jauh daripada dia, tapi kalau Allah kata "dia memang untuk kamu", itulah yang akan jadi pun. Dia akan tetap untuk kamu.

Hmm.. Lebih kurang macam tu la cerita dia.. Tapi, novel ni ajar aku something.. Nilai kekeluargaan, nilai persahabatan, nilai kepercayaan dan nilai kesetiaan..

Nilai kekeluargaan bila dia patuh kata orang tua.
Nilai persahabatan bila Redza protect Dahlia habis-habisan, macam Dahlia tu adik kandung dia sendiri. Bila Teja selalu je ada untuk Dahlia bila Dahlia memerlukan.

Yang ni pulak, nilai-nilai yg perlu ada pada sesebuah rumah tangga.

Hormat-menghormati.
Macam dalam novel ni, Dahlia sangat menghormati Aariz. Dia tahu jaga maruah suami dia. Walaupun suami dia sakitkan dia, walaupun dia terpaksa tahan perasaan sorang-sorang, dia tetap tak buruk-burukkan suami dia depan orang lain, walaupun depan ibu bapa dan sahabat baik dia sendiri. Suami dia tahu Dahlia macam tu, so suami dia balas semula dengan perkara yang sama. Untung kan :)

Kepercayaan dan kesetiaan. Aariz makan hati bila satu hari tu, tanpa sengaja pun sebenarnya, Dahlia TERtuduh suami dia ada perempuan lain. Gara-gara Aariz terlebih bagi reaksi bila dia dengar Dahlia sebut nama 'Edna'. Yelah, kalau selama ni suami dia tak pernah pun sebut nama perempuan depan dia, tiba-tiba ter over-react bila dengar nama sorang perempuan lain, isteri mana tak TERcuriga kan. Hmm. Tapi wahai isteri-isteri sekalian, jangan tuduh suami kamu ada perempuan lain ye. Berdosa.

Dahlia sebenarnya baik sangat. Sangat-sangat baik. Lepas je macam tu, Dahlia menyesal tak sudah, lagi-lagi bila Aariz marah sangat kat dia. Kata dia, "takutnya kalau Aariz tak maafkan, tak cium bau syurga nanti. Aku berdosa." Lebih kurang macam tu laa.

Dahlia, seorang wanita yang tabah dengan takdirnya, seorang isteri yang setia, yang sentiasa percaya pada suami dia, yang sangat bertanggungjawab, yang yakin pada suami, yang sangat hormat pada suami, yang akan berusaha sedaya upayanya untuk tidak bersangka buruk terhadap suaminya, yang sangat mencintai suaminya..

Dahlia ajar aku semuanya..

# Eh, gaya aku cakap as if aku dah jadi bini orang kan. Hahaha. Bukan apa, untuk renungan bersama. Kenalah praktikkan daripada sekarang kan. Dua hari aku baca novel ni, kena la ada hasil. Dan aku share hasilnya dengan korang semua k. Semoga kita sama-sama dapat manfaat :)

Awak, saya cuba perbaiki diri saya yang serba kekurangan ni ye. Semoga jodoh itu milik kita. Amiiin ♥

Hurmm, next novel apa ye? ;)

awak tolong LIKE ya ? :)