Dear Followers :)

Monday, August 29, 2011

Hey look, I'm talking about love ♥





You don't have to love me as much as I love you,
it's enough if your love comes truly from the bottom of your heart.



I always hope that later on one fine day,
you'll understand what I feel..



And this is fact.
We will never get everything that we want.




Love is too strange.
We will never know when the feeling is going to come
and when it will leave the heart.
Love is blind.
It appears so suddenly regardless the time or the person.
Evil enough, yet so beautiful.


awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, August 27, 2011

S H R ! :')

Assalamualaikum.

Aku tahu aku seorang gadis yang sopan dan santun, tapi tidak sesopan dan sesantun sangat lah. So, memang taklah kalau aku tak pernah memaki hamun atau mencaci atau meninggi suara atau berkata-kata sinis atau apa-apa saja lah kan.

Maka dengan itu, aku bersyukur sebab aku still bernafas lagi dalam bumi Tuhan yang indah walaupun ada banyak cabaran ini. Heee. Terima kasih Tuhan sebab aku still lagi ada peluang untuk memohon ampun dan maaf di atas setiap keterlanjuran kata atau perbuatan yang menyakitkan hati atau jantung atau apa-apa organ dalaman mahupun luaran kamu orang semua. Maaf maaf maaf -.-

Jangan risau, aku tak pernah berdendam. Aku maafkan semua kesalahan yang kau orang pernah buat kat aku. Eh? Tetiba je. Haha =='

By the way, jangan time raya je baru nak minta maaf bagai. Kan kita wajib minta maaf setiap kali kita buat salah. Eh wajib ke? Sukahati aku je an. Tapi itulah yang terbaik kan. So anggap je la wajib. Tuhan suka org yang memaafkan. Tak gitu? :)

SELAMAT HARI RAYA.
JAGA DIRI AWAK SEMUA BAIK-BAIK OKAY.
:)

awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, August 21, 2011

Semua tanpa sedar.

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, kita sekarang dah berada pada sepuluh hari terakhir Ramadhan. Sedih pula rasa hati ini.

-_____-'

Aku seorang manusia yang rugi. Sangat rugi kot. Bulan mulia ini aku tak manfaatkan sebaik-baiknya. Aku tahu malah aku sedar. Entah kat jalan mana yang aku tersangkut, aku sendiri tak pasti. Rugi, ya memang rugi.

Tuhan.. Masa itu pergi dan berlalu terlalu pantas. Ini salah satu tanda dunia dah nak berakhir kan? Belum sempat aku merasainya, dia sudah pergi meninggalkan aku. Masa dan waktu, dari mana kau belajar berlari dan berjalan tanpa henti? -.-

Pejam dan celik, semester aku sekali lagi dah nak berakhir. Rasa macam baru je beberapa hari lepas aku post entry ucapkan selamat menduduki peperiksaan untuk final exam sebelum nie.

Tidaklah, aku bukan nak mengeluh. Memang inilah namanya kehidupan, bukan? Semuanya tanpa kita sedari. Tiba-tiba je ada orang cakap final exam tak lama lagi, tak sampai sebulan pun dari sekarang. Tiba-tiba dia hilang dan pergi. Tiba-tiba dia hadir. Macam tu lah lebih kurang, semuanya tiba-tiba. Tanpa ada persediaan.

Terkadang aku berasa letih dengan kehidupan seorang pelajar. Terkadang aku lelah menjadi seorang gadis yang usianya meningkat dewasa. Ujian dan dugaan itu datang tanpa henti, terkadang bertindih-tindih berebut menghadirkan diri ke dalam hidup aku.

Aku tahu itu semua kehendak Tuhan. Aku harus terus tabah dan sabar. Aku tahu semakin banyak ujian dan semakin sabar kita menempuhi ujian itu, darjat kita akan menjadi semakin tinggi.

Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi semua dugaanMu supaya aku layak untuk dinaikkan darjat di sisiMu. Amiiiin.

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, August 19, 2011

Assalamualaikum.

Aku cuma rindukan gajah aku.
Itu sahaja.

Petang tadi aku tidur termimpikan gajah aku.
Kelakar, bukan?

Gajah,
Jangan lupa makan :)

awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, August 18, 2011

Assalamualaikum.

Aduh, tersentap sekejap.
Tidak marah, tidak geram.
Bukan apa, cuma tidak menyangka.
Kan ada cara lain?

Sikit pun tak minta untuk kau menyesal.
Aku faham itu tanggungjawab.
Faham sangat.

Maaf.

awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, August 14, 2011

Main Gila.

Assalamualaikum.

Dia main gila dengan aku. Serius dia memang saja nak buat aku jadi gila.

Hello, kau takpayah buat macam tue pun aku dah ada potensi nak jadi gila tau. Ergh~

First thing first, aku nampak wall post dekat wall kau, cakap kau dah ada tiket flight. Okay fine, itupun through FB kawan aku. Kau ada cakap, "Peninsular, here I come!"
Aku tarik nafas panjang.

Then few days lepas tue, kau naik status lagi, kau cakap #currently at KLIA. Klau kat kl, bila brbuke ek? :O"
Aku komen, kau tak reply. Instead, kau like je. Fine, aku tarik nafas panjang lagi.

Lepas tue pagi tadi aku bangun, KakSar kejut ajak pergi Kota Tinggi, beli baju raya. Aku macam, 'ah? Kota? Jauhnyaaaa.' tapi still bangun juga pergi mandi dan semuanya.

Lepas mandi aku online. Aku nampak status kau lagi.
"otw to Kota Tinggi Waterfall. singgah2 aje :) aduhhh pening hotak"

Dan aku pula like "WHAT THE HELL??????????"
Kali ini aku tarik nafas yang sangat panjang. Lagi, lagi dan lagi. Sangat panjang.

Oh man, apa yang kau nak sebenarnya? Boleh tak jangan ego terus mendiamkan diri daripada aku?

# Kejap lagi baru nak gerak pergi Kota Tinggi.
Tuhan, apa semua ini? Tolong tunjukkan apa yang terbaik untukku. Aku merayu... :'(

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, August 12, 2011

Unexpected thing will sometimes be real !


Assalamualaikum.

Siapa sangka? Takde siapa pun..
Ini nama dia rezeki Tuhan. Aku cuma mampu berharap rezeki ini sentiasa menjadi milik aku. Amiiin.

Kalau aku berusaha, tak mustahil kan? Tolong sepak aku supaya aku berusaha lebih lagi..
Doa ayah dan mama, InsyaAllah aku takkan pernah terlepas daripada mendapatkan itu..
Restu pendidik, aku akan sentiasa pohonkan. Semoga mereka sentiasa menghalalkan semuanya.
Berkat dan redha Allah pula, akan aku sentiasa minta.

Semua faktor itu sebenarnya faktor yang sangat-sangat mempengaruhi. Minta dijauhkan aku jauh daripada itu semua. Amiiin.

Aku selalu bermimpi menjadi ini, tapi aku tidak pernah menyangka akan menjadi realiti. See, tiada yang mustahil dalam dunia ini kan?

Nak kata aku pandai, tidak, aku tidak rasa aku pandai pun. Sikit pun tidak. Ada lagi yang jauh lebih pandai daripada aku
-.-
Dulu masa sekolah, aku selalu gagal. Sampaikan aku pernah tak lagi rasa sedih bila aku gagal. Serius!

Bila orang cakap aku pandai, aku cuma aminkan. Syukur.
Bila orang kata jealous dengan aku, aku tidak suka. Janganlah, tak perlu jealous dengan aku. Aku bukan ada apa-apa pun..
Bila orang minta tolong, aku akan cuba sedaya upaya aku. Selagi yang aku daya, selagi yang aku mampu.

Manusia semuanya ada kelebihan dan kekurangan sendiri, bukan? Mungkin ini kelebihan yang Tuhan bagi buat aku sekarang. Dan aku akui, aku punya sangat banyak kelemahan. Sangat banyak!

Tapi aku bersyukur sangat sebab Tuhan bagi aku peluang untuk gembirakan hati mama dan ayah. Itu yang paling penting buat aku. Terima kasih, Tuhan. Tolong berikan aku peluang ini lagi boleh? Wink wink ;)

I need to be in a room of improvement. Yes I need to. I have to make some changes, and I am in the process. Blood, thanks for always reminding me not to take things easy anymore. Thanks for keep supporting me. Special thanks for being here with me all the time, holding my hand and walking together with me. May Allah bless us and may the success be ours! Thank you Eka, I love you much! ♥



NUR AFIQAH ASMUNI, MY BLOOD ♥


And to the rest.. Lets move on.. Lets do huge changes.. Lets prove to our lecturers that we too, can be the best! InsyaAllah.. Whatever it is, everything starts from ourselves. Nobody can change you unless you change yourself, in the first place.

All the best, guys! :)


awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, August 9, 2011

Kali ini untuk apa?


Assalamualaikum.

Dia kembali lagi. Ya, dia kembali lagi. Tapi untuk apa? Aku sendiri tak pasti. Tanda tanya yang sebelum nie hampir-hampir hilang menyembunyikan diri, seakan-akan muncul semula bahkan bertambah besar.

Tidak, aku tak ingin meletakkan diri aku sendiri dalam kesusahan lagi. Awal-awal lagi aku diberi amaran supaya tidak lagi meletakkan harapan yang tinggi kepada dia. Kata sahabat, dia tak ingin lihat aku bersedih lagi. Kata sahabat, cukuplah aku menangis kerana makhluk Tuhan itu.

Kepulangan dia sebenarnya memang aku tak jangka. Dia kembali semula setelah genap dua bulan menyepi secara tiba-tiba. Dua bulan, kawan. Dua bulan. Bukan dua hari, bukan dua minggu. DUA BULAN ! Dua bulan tue bukan sekejap, faham?

Dalam tempoh masa tue, aku gigih meneruskan langkah. Bukan mudah untuk seorang gadis comel yang tak berapa nak tabah nie bangkit semula daripada kesakitan semalam. (ok, sila muntah)

Aku bangkit dan jatuh lagi. Bangkit dan jatuh lagi. Ya, memang betul kata seorang teman ini. Kata dia, mendaki gunung itu memang punya banyak cabaran, pasti berkali-kali kita jatuh. Tapi kita perlu bangkit untuk sampai ke puncak, bukan? Kata dia lagi, perubahan mungkin terjadi bila pelangi muncul kembali selepas hujan lebat. (ada org kenal ayat ini? sila buat taktahu -.-)

Pening. Kepala aku pening. Aku tidak hendak. Eh, tidak ke hendak? Pffft ! =='

Dia kembali tapi dia masih menyepikan diri, sebenarnya. Dia tidak lagi suka meninggalkan jejak pada dinding mukabuku aku seperti dulu. Dia tak ubah hanya seperti seorang pegawai penyiasat yang selalu memastikan suspek berada dalam keadaan terkawal, yang hanya memerhati dari jauh. (apa aku merepek nieeeeeeeee!) Hah! Tapi serius, dia seperti lain. Ah, perlu ke aku kisah?

Kata sahabat lagi, berkawan je, jangan suka peningkan kepala sendiri tanya soalan yang takde jawapan.

Tapi, apa point dia muncul semula? Ah, aku sumpah kau jadi manusia, wahai manusia! Kau memang suka kan datang untuk serabutkan hidup aku? Apa ada dalam fikiran kau, lelaki? Apa sebenarnya plan yang kau dah rangka untuk drama nie?

Ah sudah.... Makin serabut kepala otak aku nanti...

Baiklah, at last kan, kata mama juga yang aku paling nak ikut. Kata mama, jodoh maut semuanya di tangan Tuhan. Baiklah mama, saya faham sangat.

Bukan kerja kita dan sikit pun kita takde hak untuk tentukan takdir kita. Jadi, jangan terlalu berharap kerana belum tentu lagi dia jodoh kita dan belum tentu lagi dia bukan jodoh kita. Haha boleh macam tue?

Wahai kau manusia yang bernama lelaki, cukuplah kau buat sekeping hati milik gadis comel yang tak berapa tabah nie gundah-gulana. Berikan kata putus, biar aku terang dan faham.

Lek je ah, gua open minded kayy. Kalau lu nak masuk minang gua pun, cakap je ah. Lu kan suka buat semuanya dgn tiba-tiba an. Kalau tiba-tiba nak minang gua pun boleh je, tapi tunggu gua grad dulu kay. Haa, takyah nak malu-malu. Hahahahahahaa cam klaka =='

Okbai fullstop. :/



Lihatlah
Apa salah hati ini
sampai kau sampai hati buat ia begitu?
Hati ini innocent, faham?



awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, August 7, 2011

Tuhan....

Tuhan, dugaan Kau ini terlalu berat.
Aku tidak kata aku tidak mampu, tetapi aku letih, Tuhan.
Selepas satu demi satu takdir yang Kau tentukan untuk aku.
Aku selalu tertanya-tanya bila hal ini akan berakhir?

Tuhan..
Hanya kepada Kau aku memohon dan berharap.
Hanya Engkau yang tahu segalanya.
Hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik untukku.
Aku malu untuk terus meminta, tetapi kepada siapa lagi, bukan?
Hanya Engkau.

Tuhan Yang Satu...
Aku mohon, Kau berilah aku petunjuk tentang apa yang sedang aku alami.
Engkau perancang terbaik,
Izinkanlah aku melihat bayang-bayang rancanganMu itu
Supaya hati ini sedikit tenang..

:'(

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, August 3, 2011




ARGHHHH !!!




awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, August 2, 2011



Tuhan, kenapa hati ini aku rasakan masih belum sembuh? Tuhan, kenapa ia seperti semakin sakit? Tuhan, tolong bantu aku, tolong.

Bulan ini sungguh mulia. Waktu ini cuma setahun sekali. Belum tentu lagi aku akan ada masa untuk berada dalam bulan yang mulia ini tahun depan. Nanti, jangan menyesal kalau kau tak manfaatkan bulan nie sepenuhnya, ya yaya?

Yaya.. Tuhan itu maha mendengar.. Tak pernah satu saat pun Dia tertinggal untuk mendengar SEMUA kata-kata hambaNya.. Percayalah..



awak tolong LIKE ya ? :)