Dear Followers :)

Monday, September 26, 2011

Tolong pergi jauh rasa kecewa ini :(

Assalamualaikum.

Hampa dan kecewa. Sumpah aku kecewa dengan diri sendiri.

Aku menjawab macam aku takpernah belajar. Ustaz kata baca kehendak soalan betul-betul. Aku tahu. Aku faham dia nak apa. Cuma aku yang tak mampu beri.

Serius soalan dia sebenarnya sangat senang. Aku bukannya tak pernah baca, semua tu aku dah baca, tapi aku lupa. Daya ingatan aku lemah. Bole tolong bantu aku? =='



ARGHH!



Takutnya :(

Aku sangat dan teramat kecewa dengan diri sendiri.
Hmmmmm.

Tuhan, aku dah cuba semampu-mampunya aku, tolong bantu aku...
:(

# Tolong jangan tanya aku pasal exam ekonomi islam, nanti mood aku lari jauhhhhhhhhhhh

awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, September 24, 2011

Senyumlah Ahaii Cek Mek Molek :)

"Kacak luar kacak dalam kacak dengar sini, kalau saya senyum awak mesti senyum sekali." -Senyum by Malique ft. Najwa

Peace be upon you.

:)

Lihatlah senyuman itu, indah bukan? Walaupun ia hanya satu lekuk yang disebabkan oleh satu garisan lurus, ia mampu menenangkan hati siapa-siapa yang melihat.

Bukan senyum sinis.
Bukan senyum palsu.
Tapi senyum ikhlas yang datang dari hati yang tulus mulus suci bersih dan murni.
:)

Hidup ini memang punya pelbagai dugaan. Tak ada siapa pun yang boleh lari daripada dikejar masalah duniawi. Tak ada siapa. Not a thing. Not anyone.

Tetaplah tersenyum, nanti hati sedikit sebanyak akan turut ikut tersenyum. Percayalah, tolong percaya :D

Tak salah untuk menangis, memang tak salah. Kadangkala kita memang perlu menangis untuk lepaskan semua yang terbeban. Menangislah sepuas hati sekali itu, dan berhenti. Biarkan hari-hari yang lain diisi dengan senyuman comel kita pula :)

"Mengerutkan muka ataupun memasamkan muka menggunakan otot muka yang lebih berbanding senyum."

Fakta itu aku pernah terbaca. Ingin kelihatan muda sepertiku? Silalah senyum. Hahahaha :P
#Okay, sila muntah

Motif entry : Sedapkan hati sendiri yang sedang serabut menghadapi peperiksaan akhir semester. Doakan kejayaan saya ye. Semoga kita sama-sama berjaya. Go baby, go! Haha :P



* Semoga sebuah senyuman hari ini
bakal membawa kebahagiaan yang kekal berpanjangan
:)

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, September 16, 2011

Kau sahabat yang semakin menjauh, aku rindu.

"Kubiarkan pena menulis meluahkan hasrat di hati, moga terubat segala keresahan di jiwa, tak pernah ku ingini." - Sahabat Sejati by UNIC

Peace be upon you.

Lewat waktu ini, kau pergi semakin jauh. Jauh dan jauh. Seperti tidak akan kembali lagi.
Kau hampir, seharusnya kau sangat dekat, tapi mengapa tidak?

Dulu dan sekarang terlalu jauh bezanya. Boleh dikira dengan jari montel ini berapa kali sangatlah kita duduk bersama berbual-bual sehingga lewat pagi, sehingga sakit tekak letih bergelak ketawa. Itu semua sudah tidak lagi menjadi kebiasaan aku, sehingga suatu masa itu aku terasa ada kejanggalan antara kita. Sedihnya rasa itu. Kenapa itu terjadi, sayang?

Mereka melihat dan mereka bercakap. Mereka kata aku pasti sedih dengan apa yang terjadi. Aku hanya mampu tersenyum. Seperti ini :|
Yelah, apa lagi yang mampu aku katakan selain tersenyum, bukan? Aku kehilangan kau sebelum tiba waktunya, sayang. Katalah walau apa pun, katakanlah kau tetap di sini, masih tetap sayangkan aku. Aku tahu ia semua benar. Tapi hakikat tetap menyakiti aku, aku sudah kehilangan kau sebelum tiba waktunya.

Aku doakan yang terbaik untuk kau.

Sayang, ada satu persoalan yang sangat besar yang membebani fikiran aku, sebenarnya. Tapi aku tak mampu untuk luahkan. Aku takut dengan jawapan yang akan kau berikan nanti. Takut kalau-kalau jawapan itu akan menyakiti aku, mereka dan paling penting, memakan diri kau sendiri.

Entahlah.

Kau tidak lagi menjadi orang yang tahu tentang setiap inci kisah hidup aku, seperti dulu. Dan aku juga telah jauh tertinggal tentang kisah hidup kau. Suka duka kau, tawa dan tangis kau, tak lagi aku rasakan.

Kau sudah ada kehidupan sendiri, bersama mereka, bakal masa hadapan kau. Tidak lagi bersama kami. Aku sudah faham itu, terlalu faham. Ibu dulu tanggungjawabkan aku untuk menjaga kau, tapi aku tidak mampu menjaga kau sepertimana dia. Aku tak mampu pegang amanah ibu itu. Aku harap dia yang terbaik yang akan menjaga kau. Aku taksuka tengok kau bermasam muka kerana dia menyakiti kau, sebab aku akan turut berasa sakit.

Semoga kau berjaya di dunia dan akhirat, sahabat.


Sometimes the most horrible part in our lives is when the person who used to be too close to us is not anymore be the one
Tahukah kau betapa aku rindu waktu-waktu seperti ini?
:(

awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, September 13, 2011

Takut.

Assalamualaikum.

Aku dan kawan-kawan rasa cukup insecure sekarang nie.

Tuhan, tolong lindungi kami, Tuhan.
Jauhkan kami daripada apa-apa kecelakaan dan kesulitan.
Hanya padaMu kami berserah dan bertawakal.
Amiiin.
-.-

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, September 7, 2011

Nak lagi boleh? :)

Assalamualaikum.

6 September 2011.
Tanjung Balau, Kota Tinggi.

Aku rindu desir ombak yang damai itu.
Aku rindu bunyi air laut yang sangat menenangkan itu.
Aku rindu bintang berjuta yang berkelip itu.
Suasana begitu sangat indah.


Aku rindu semuanya.

awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, September 6, 2011

Suatu pagi di highway itu.

Assalamualaikum.

Waktu itu jam 7 pagi lebih, tarikh itu 3 September 2011.

Perjalanan kami sangat jauh dan meletihkan.
Masa tu, aku mengantuk dan penat.
Tahu, dah banyak kali dipesan dekat TV dan radio, jangan memandu ketika mengantuk.
Aku bukan degil, tidaklah KOT :D
Aku cuma kasihankan si kakak yang letih.
Sudah aku niatkan dalam hati, aku akan berhenti sekiranya berjumpa dengan R&R.

Tapi belum sempat aku jumpa, kereta yang aku pandu sudahpun tergesel dengan divider highway.
Di Pedas Linggi kalau tak silap. Entahlah.
Terkejut. Haha aku memang terkejut.
Terus kakak aku yang pandu pulang sehingga selamat sampai ke rumah.
Untung sahaja kereta masih boleh berfungsi.
Untunglah tidak merempuh terus divider itu.
Seramnya =='

Alhamdulillah kami selamat tiba dengan selamat.
Mama ayah, maaf atas kecuaian itu.
Tak pasal-pasal je kena buang wang ringgit untuk repair itu kan -.-

Terima kasih kerana kalian sangat cool. Sedikit pun tidak marah kepada saya, bukan.
Ayah cool je tanya saya"are you okay?"
Saya sayang ayah.
Saya sayang mama.
Sangat-sangat!

Saya bersyukur kerana dikelilingi oleh orang yang sangat cool dan tidak gelabah.
Ia sangat membantu saya.
Heeeee.
Iloveyou! ♥

awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, September 1, 2011

Bakal lelaki masa depan...


Assalamualaikum :)
Entry kali nie macam ada bau-bau gatal sikit. Harap maklong :P

Ehem.. Lama betul aku tak jumpa Tokbah dengan Tokma tau. Raya nie la baru ada chance nak jumpa. Memang lama betul la. Aicehhh, mcm busy sangat je aku nie an. Hampeh betul
-.-

Bila aku tengok diorang, tiba-tiba macam ada satu perasaan yang terselit dalam hati nie. Fikir aku, "Seronoknya bila tua macam nie. Masih ada yang sayang, ada yang jaga."

Aku masih single. * Eh pentol, statement apa nie? Haha. Serius laa..

Ya, aku masih single. Hidup aku pun still jauh lagi nak pergi, kalau panjang umur. Sebenarnya aku terberangan tadi. Ataupun lebih tepat lagi terfikir dan terbayang macam mana hidup aku berpuluh tahun lagi..

Aku sekarang taklah rasa kekurangan kasih sayang. Syukur aku ada ramai yang sayangkan diri nie. Paling penting mama dengan ayah lah. Kasih sayang diorang kan sangat berbeza daripada siapa pun. Kan? :)

Nanti aku akan ada seorang suami. Nantilah, bukan masa terdekat nie. Hee. Tahu tak, kalau ditakdirkan aku ada boyfriend lagi, aku nak buat dia jadi suami terus. Haha boleh tak macam tue? Kalau aku tak ada boyfriend lagi bagus, nanti bakal suami terus datang rumah minta nak kahwin dengan saya, ok tak bakal suami yang saya taktahu siapa lagi? :)

I am not being over-mature at this age of mine. Aku cuma penat untuk bermain-main lagi.

Nanti bila bakal lelaki masa depan aku cakap "Sudi tak awak jadi mama yang sabar melayan telatah anak-anak saya? Jadi seorang wanita yang tidak lelah menjaga saya sehingga akhir hayat saya?" , aku akan terus pasang niat. Eh adalahh niat dia, mana bole bagitau :P
* Bakal lelaki masa depan, kalau nak propose saya, awak cakaplah sweet-sweet dengan saya tau. Contoh ayat ada kat atas. Hahahahaha, kidding :D

Seorang wanita itu sangat mudah sebenarnya untuk mencium bau syurga. Dan tersangatlah mudah juga untuk menjejaki neraka. Hmm.. Salah satu cara untuk cium bau syurga ialah dengan mentaati suami. Kan?

Aku kan, tidaklah berjanji, cuma akan cuba sedaya upaya untuk buat yang satu itu. Taat pada lelaki masa depan aku. Hidup pasti bahagia, kan?

Bakal suami saya, awak nanti janganlah penat melayan kerenah saya yang bermacam-macam nie. Tau? Awak janganlah cepat sentap kalau saya bergurau. Tau? Saya percaya awak mesti boleh jaga saya dengan baik sampai saya mati, kan?

Nanti setiap kali saya ingin melahirkan, saya nak awak sentiasa ada di sisi saya. Teman saya tau?
Nanti bila kita ada anak-anak, saya nak kita sama-sama didik diorang dengan elok tau. Kita kena tabah dan sabar. Bukan mudah nak didik anak-anak zaman akan datang. Saya nak diorang jadi anak-anak yang soleh, baik, comel, dan yang paling penting, taat pada kita. Saya nak kita jadi kawan baik anak-anak kita yang comel-comel tue. Yang akan sentiasa sayang, prihatin dan ambil berat terhadap mereka. Saya taknak nanti bila kita mati, saya ataupun awak kena seksa dalam kubur sebab anak-anak kita. InsyaAllah. Kita sama-sama doa supaya Tuhan permudahkan, ya awak?

Bakal peneman hidup saya sampai mati.. Nanti bila saya dah tua, saya dah tak mampu nak hiaskan muka saya cantik-cantik untuk awak. Sekarang pun belum tentu saya cantik, apa lagi masa tua nanti. Apa yang saya mampu hiaskan untuk awak cuma hati yang sekeping nie. Hati ini akan sentiasa cintakan awak dan anak-anak kita. Saya janji itu, dengan izin Tuhan.

Awak, saya bukan nak demand lebih, tapi boleh kan kalau awak berusaha lebih untuk keluarga kita? Saya pasti kehidupan kita pada waktu mendatang nanti akan sangat sukar. Bukan mudah untuk cari sesuap nasi nanti. Awak janganlah risau, saya pasti akan bantu awak sedaya mampu saya. Boleh kan? Demi kita dan anak-anak juga..

Awak yang belum saya tahu siapa awak.. Terus terang saya cakap, buat masa sekarang, saya belum pandai memasak. Teruk kan? Tapi saya janji, saya akan belajar sedikit demi sedikit. Nanti saya akan pastikan awak rasa air tangan isteri awak nie :)

Nanti bila kita tua, saya harap anak-anak tak lupakan kita. Saya harap anak-anak akan jaga kita elok-elok macam mana kita jaga mereka. Nanti setiap kali kita selesai solat sama-sama, saya nak awak doa itu tau. Semoga Allah merahmati keluarga kita..

Keluarga kita pasti bahagia kan. Nanti bila hari raya, anak-anak balik rumah kita bawak cucu-cucu kita. Meriahnya. Anak-anak, janganlah waktu raya je baru ingat nak balik rumah. Kalau ada masa terluang, bawaklah isteri atau suami dengan anak-anak korang balik rumah mama tau. Kesian mama dengan papa sunyi dekat rumah. Bakal papa kepada anak-anak saya, awak jangan pulak pergi cari orang lain untuk produce anak-anak baru untuk awak kalau anak-anak kita asyik busy memanjang. Saya kan selalu ada untuk awak ;)

Bakal lelaki masa depan saya, kalau ada apa-apa lagi, nanti saya tambah lagi bila tiba waktunya ok? Awak jangan penat dengar saya bercakap tau. Heee :D


Cuba awak tengok, sweet sangat kan?
♥ ♥ ♥
:)


Comelnya aku berangan. Hahahahaha. Okbai :D

awak tolong LIKE ya ? :)