Dear Followers :)

Tuesday, September 6, 2011

Suatu pagi di highway itu.

Assalamualaikum.

Waktu itu jam 7 pagi lebih, tarikh itu 3 September 2011.

Perjalanan kami sangat jauh dan meletihkan.
Masa tu, aku mengantuk dan penat.
Tahu, dah banyak kali dipesan dekat TV dan radio, jangan memandu ketika mengantuk.
Aku bukan degil, tidaklah KOT :D
Aku cuma kasihankan si kakak yang letih.
Sudah aku niatkan dalam hati, aku akan berhenti sekiranya berjumpa dengan R&R.

Tapi belum sempat aku jumpa, kereta yang aku pandu sudahpun tergesel dengan divider highway.
Di Pedas Linggi kalau tak silap. Entahlah.
Terkejut. Haha aku memang terkejut.
Terus kakak aku yang pandu pulang sehingga selamat sampai ke rumah.
Untung sahaja kereta masih boleh berfungsi.
Untunglah tidak merempuh terus divider itu.
Seramnya =='

Alhamdulillah kami selamat tiba dengan selamat.
Mama ayah, maaf atas kecuaian itu.
Tak pasal-pasal je kena buang wang ringgit untuk repair itu kan -.-

Terima kasih kerana kalian sangat cool. Sedikit pun tidak marah kepada saya, bukan.
Ayah cool je tanya saya"are you okay?"
Saya sayang ayah.
Saya sayang mama.
Sangat-sangat!

Saya bersyukur kerana dikelilingi oleh orang yang sangat cool dan tidak gelabah.
Ia sangat membantu saya.
Heeeee.
Iloveyou! ♥

awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment