Dear Followers :)

Wednesday, December 11, 2013

Jangan pandang belakang.

Assalamualaikum.
:')

Baru-baru ni keputusan JPA PIDN keluar.
Alhamdulillah, ada rezeki aku di situ.
Moga-moga ini yang terbaik untuk aku.
Tuhan kan tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Automatik minda terkebelakang.
Kembali ke zaman Diploma dahulu.
Mulalah terkeluar macam-macam "Kalaulah" dalam otak.

"Kalaulah mata celik waktu tu..."
"Kalaulah aku rajin sikit..."
"Kalaulah diri aku lebih yakin waktu tu..."
Bla bla bla...

Tapi..
Itu semua KALAU..
:')

Kata orang,
Past is past.
Let bygone be bygone.
Learn from the past and make a better future.

Jangan pandang belakang dan terus mara ke depan.

Say Alhamdulillah, Thank you Allah, Thank you Allah.
It's better to be late than never, aite?

p/s: Ini pun.. Kalau bukan Abang yang push suruh apply, entah-entah aku tak apply pun kan. K bye! :p

awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, November 9, 2013

Hidup, teruskan.

Assalamualaikum :')

Sekarang aku percaya, aku rasa sendiri
Penat, lelah
Kalau bukan kerana cita-cita dan impian
Kalau bukan kerana orang tua aku
Kalau bukan kerana masa depan aku
Mungkin aku dah berserah

Tapi
"Don't stop when you give up, stop when you have done."
So, alright.

Terima kasih Mama & Ayah.
For your prayers.
Kerana tak henti mendoakan anak kamu
Kan doa ibu ayah yang paling Tuhan kabulkan
Inshaa Allah

Terima kasih Afiqah Asmuni
For being here with me.
Kerana mencukupkan apa yang aku tidak cukup
Kerana hulurkan tangan ketika aku perlu
Saya sayang awak.

Terima kasih Faizal.
For staying in love with me.
Kerana kasih sayang itu beri aku rasa kuat
Kerana perhatian itu beri aku semangat
Kerana sabar melayan perangai aku
"Walau kau tiada di sini ku tetap ingat semua pesanmu."

Terima kasih Dianah.
For always reminding me to keep being strong.
Kerana ingatan itu sentiasa membuat kau berada di sisi
Kerana nasihat itu sentiasa menguatkan
Kerana gurauan itu sentiasa menceriakan
Aku sayang engkau.

Keep on going, Hidayah.
Perjalanan kamu masih jauh.
Kejayaan itu beribu batu lagi.
Teruskan usaha.
Yakin dengan diri sendiri.
Jangan over confident.
Go with the flow.

Berkorban sekarang tak apa,
Nanti di akhirnya kita boleh senyum.
Inshaa Allah :)


awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, October 8, 2013

Hi :)

Assalamualaikum.

It's been really a while. Last entry bulan April bak hang. Sekarang? OMG, dah Oktober dah!! *jerit over*

Alhamdulillah, life is okay. Rasa bersyukur sangat sebab orang-orang sekeliling beri aura positif.

Special thanks kat Abang sebab dia sangat-sangat-sangat-sangat banyak tolong kita. Dari semua segi, fizikal dan mental. Ni, ni ni ni ni, kita update entry ni pun atas ihsan dia la tauuuuu. Abang kan kena ada sentiasa untuk sokong kita kan. Terima kasih Abang. Kita janji kita belajar betul-betul ya :*

Eh nasib baik kita tak homesick tau. Kita rasa kita ni sebenarnya budak kuat lah. Yaya is strong! Hiks. Oh lupa nak beritahu, sekarang ni kita belajar kat UiTM Segamat, buat Degree in Finance. Kita ada lebih kurang dua tahun lagi nak habis belajar. Kita tak sabar sangat nak habis belajar, lepas tu nak kerja cepat-cepat kumpul duit, lepas tu kita nak kahwin. Aah, memang kita dah gatal sangat nak kahwin pun. In fact, kalau boleh, sekarang juga kita nak kahwin. Haha! :p

Sebenarnya masa berlalu sekejap sangat. Masa mula-mula nak datang Segamat dulu, berat sangat hati nak tinggalkan Johor Bahru. Rasa macam biarlah hari ini hari pertama pergi kelas, dan esok hari terakhir pergi kelas. Tapi it won't happen laa kan sebenarnya, and life goes on.

Pejam celik pejam celik, esok genap sebulan dah pun aku kat sini. Rasa macam sekejap lah pulak. Nanti bulan Disember dah final exam untuk sem ni, dan habis semester ketiga. Hah kejap je kan?

Eh Yaya, don't talk much lah. Can you please just be focus and keep your perseverance until you complete your study? Aim high, act accordingly. For Mama & Ayah, for Abang, for me, and for our future. Ok bye.

Oh ya! Alhamdulillah, 17 November 2013 nanti is my Convocation Dayyyyyyy!! Yeay me! Tak sabar nak jumpa kawan-kawan Diploma nanti. Rindu yang teramat sangat! Inshaa Allah kalau panjang umur :) Hee kbyeeeeeee!

Regards,
Yaya :)

awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, April 4, 2013

Counting days

Assalamalaikum :)

Sedar tak sedar, tiga kertas peperiksaan saya dah tumbangkan. Sekarang tinggal dua saja lagi. Next week on 10th and 12th April. Lepas tu, yeayyyyy graduate!!!!! :D

Alhamdulillah.. Words can't describe how I feel.. So bye!

awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, March 25, 2013

;)

Assalamalaikum.

Hari ini Isnin. Esok Selasa. Lusa hari Rabu. Hari Rabu saya ada peperiksaan. Saya gementar.

Sekarang jam menunjukkan pukul 10.15 pagi. Saya cuma tidur 4 jam sahaja. Dari pukul 1 pagi hingga 5 pagi. Dan sekarang saya terasa sakit kepala tetapi tak boleh tidur. Saya  tahu kenapa. Ini mesti sebab saya telan red bull pagi tadi.

Masih banyak topik yang perlu saya cover. Mungkin petang nanti saya sambung lagi. Duduk di rumah ini ada banyak dugaan. Tv, bilik tidur dan internet. Saya sendiri kena tegas dengan diri sendiri kalau saya nak yang terbaik untuk diri sendiri. Saya tahu.

Maafkan saya. Saya terasa saya perlu cepat bebas daripada semua ini. Saya mungkin akan sangat keletihan tak lama lagi. Saya tahu saya perlu tambahkan sedikit kesabaran kerana saya memang akan bebas tak lama lagi. Kemudian saya akan berehat beberapa bulan sebelum sambung lagi ke peringkat yang lebih tinggi dan mencabar. Tak lah rehat sangat pun beberapa bulan tu sebenarnya, inshaa Allah saya akan kumpul pengalaman bekerja pula. Saya doakan saya mudah mendapatkan pekerjaan sementara selepas graduate Diploma nanti. Aamin.

Okay, sekarang saya nak pergi mandi. Kemudian sambung ulangkaji pelajaran sedikit mungkin? Mungkinlah. Saya harap saya tidur.
Sekian, terima kasih.

awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, March 23, 2013

Pengakhiran.

Assalamualaikum.

Amboi, sudah berbulan-bulan rupanya aku tinggalkan dunia tulisan ini. Rasa rindu. :)

Dah hampir ke pengakhiran Mac 2013 pun. Dah sampai ke penghujung Diploma pun. 12 April 2013 nanti, inshaa Allah tamat sudah perjalanan penuh liku, suka-duka aku sebagai seorang mahasiswi Diploma Perbankan, UiTM JB.

Tiga tahun perjalanan terasa singkat. Mungkin kerana sentiasa dikelilingi sahabat-sahabat tersayang. Perjalanan aku sentiasa ada yang menyokong dan mendukung. Aku bersyukur untuk itu. Sangat bersyukur. Waktu suka dan duka, jatuh dan bangun aku, insan-insan penting sentiasa ada. Keluarga, kesayangan dan sahabat darahku.

Wahai diri, bangkitlah dari kejatuhanmu. Jangan hanya mengeluh kesah tetapi terus leka dengan dunia fantasimu. Letakkan fokus pada yang sewajarnya. Perangi diri sendiri yang kau benci itu. Haaa jangan cuma pandai berkata tapi tak pandai kotakan.

Aku akan rindu kehidupan aku sebagai seorang mahasiswi Diploma Perbankan UiTM JB. Aku akan rindu sahabat-sahabat yang sentiasa mendampingi aku, yang aku boleh minta dan pinjam apa sahaja, yang aku kongsikan semua suka dan duka, kebodohan dan kesengalan. Aku akan sangat rindu. Entah ada lagi tak sahabat macam mereka berdua nanti.

Aku juga bakal rindu tempat itu. Bangunan itu. Tempat di mana aku dipertemukan dengan si jantung hati. Jika dipanjangkan umur dan jodoh, si bakal suami. Tempat itu yang mula menyatukan hati kami.

Tempat itu juga yang menemukan aku dengan sahabat-sahabat. Yang punya pelbagai ragam dan kerenah. Malah pelbagai identiti ;) Tempat itu juga yang memberi aku sejuta ilmu, diturunkan melalui pensyarah-pensyarah yang penyayang dan berdedikasi. Pensyarah yang seperti ibu sendiri. Tiga tahun bersama mereka, bohong kalau aku kata aku tidak sayang mereka semua. Aku sangat-sangat sayang. Allah, aku sudah jadi rindu :'(

Ya Allah, perancanganMu indah sekali. Tak ada siapa pun di muka bumi ini yang mampu tahu dan meneka apa rancanganMu terhadap hidup kami. Kau tentukanlah yang terbaik untuk hidupku. Aku hanya mampu berserah dan berdoa padaMu.

Aku mohon satu peluang, tolong berikan aku kesempatan membahagiakan kedua ibu bapaku dan mengukir senyuman di wajah mereka, kesempatan untuk memenuhi segunung harapan para pensyarah kesayanganku, kesempatan untuk mencapai impian si kesayangan dan kesempatan untuk aku berasa puas hati dan berbangga dengan diri sendiri. Aku mohon itu, Ya Allah. Tolong redhakan perjalananku.

Selamat maju jaya, saya dan rakan-rakan seperjuangan..
Aku sayang kalian..

* Ini jadual peperiksaan akhir saya yang terakhir. Doakan kejayaan saya dunia dan akhirat ye. Aamiin, semoga Allah membalas jasa kalian.

27 Mac 13 - Entrepreneurship
31 Mac 13 - Islamic Banking
3 April 13 - Investment
10 April 13 - Human Resource Management
12 April 13 - Legal Ethics in Banking

awak tolong LIKE ya ? :)