Dear Followers :)

Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum :)

Kadang-kadang tak semua perkara kita boleh ceritakan kat orang lain. Kan? Untuk bercerita pun, perlu cari orang yang sesuai. Yang rasa boleh dipercayai. Yang rasa takkan khianat kita. Kalau silap tempat, buruklah padahnya nanti. Tapi kalau setakat 'rasa' je pun, belum tentu selamat lagi.

Moral of the story : Berceritalah pada SimSimi. Ehhh? Haha :p

P/S: Allah is always be there.

Tajuk entry macam takde kena mengena pulak. Heeheee.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin!

Hmmmmmm...
Laku ke ucapan "maaf zahir batin" tu? Kadang-kadang orang cakap sekadar untuk melengkapkan ucapan raya je kan. Entah ikhlas ke tak tu minta maaf. Errrr bye!



awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, August 10, 2012

30 Years of Marriage

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, all praises be to Allah. On 08/08/82 , 30 years ago, an awesome man has been married with a gorgeous woman. They are then given 9 adorable children. And, I am the fifth! :)

Uhuk uhuk!

So, dua hari lalu was their 30th anniversary. Aku bangga dengan mereka. Walau banyak dugaan dan cubaan, mereka masih kekal bahagia bersama. Tak mudah ye membesarkan 9 orang anak yang masing-masing ada kerenah dan kedegilan masing-masing. Tabah sungguh mereka.

Cuba kalau aku di tempat mereka, belum tentu lagi aku tabah. Tapi, aku harap aku boleh jadi seperti mereka. Seperti mama. Suatu hari nanti aku juga akan menjadi seorang mama. Risaunya. -.-

Mama ayah, terima kasih atas kasih sayang yang kalian curahkan. Tak terhingga nilainya kasih sayang kalian tu. Waktu jatuh dan bangun aku, kalian sentiasa ada. Tak pernah merendahkan anak-anakmu walau kami tidak berjaya.

Terima kasih kerana menjagaku sehingga aku begini. Tak pernah kurang didikan yang kalian berikan. Silap dan salah yang aku lakukan dalam hidup, semuanya berpunca dari diri sendiri, bukan dari kurangnya didikan kalian kerana didikan kalian terhadapku lebih dari cukup.

Siapa kata aku tak reti hidup? Kamu memang silap besar.

Mama ayah, KakDayah sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang mama ayah sampai bila-bila. Waktu ketika nafas ini berhenti pun, orang tetap sayangkan mama dan ayah. Terima kasih untuk semuanya. :) ♥

Oh, Happy Anniversary gula hati saya! Semoga Allah merahmati dan memberkati perkahwinan ini. Semoga kekal hingga ke akhirnya. Semoga mama tetap menjadi seorang isteri yang taat dan ayah menjadi seorang suami yang bertanggungjawab. InsyaAllah.

awak tolong LIKE ya ? :)