Dear Followers :)

Wednesday, December 16, 2015

Positif!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum :)

15.12.2015

Genap 20 hari lewat period. Tak pernah-pernah pun lewat sampai macam ni sekali sebab aku jenis period yang tetap setiap bulan. Tapi aku takde rasa apa-apa symptom orang pregnant pun. Mual ke, muntah ke, mengidam apa-apa ke, semua takde. Cuma kadang-kadang tu ada terasa sakit perut dan pinggang, ingatkan tu sakit pinggang nak period macam biasa.

UPT kit dah lama ada dah, sebab masa bulan 9 haritu ada beli. Masa tu lewat period 13 hari, ingatkan sebab pregnant, rupanya sebab sakit kencing kotor. Syukur tak sempat guna UPT kit tu lagi, darah dah keluar. Kalau tak membazir je, UPT kit tu mahai oi! Kihkih

So, bulan 12 ni bila dah dua minggu lewat masa tu, cakap dekat Abang nak buat urine test, tapi Abang tak kasi, dia suruh tunggu sebulan. Nervous katanya. Cis. Lepastu kebetulan 15hb kami masing-masing ambik cuti nak renew roadtax kereta, jadi cakap kat Abang nak check jugak. Kalau ada apa-apa hal cepat tahu kan. Takut-takut ada benda tak elok ke apa ke.

Pukul 6.00 pagi 15.12.2015, Abang kejut ajak pi buat urine test. Nervous oi masa tu. Terus turun pi toilet, guna first urine released of the day sebab dah baca kat google, semua cakap result paling tepat kalau guna first urine sbb tahap HCG paling tinggi kan. Jeng jeng jeng, celup UPT kit dalam urine 10 saat, lepastu tak sampai seminit dah keluar double line macam gini!


Terang lagi nyata, kan?

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah! Speechless teruk. Abang tak habis-habis cakap "Congrats Sayang." Dalam hati aku, congrats apanya, bukan ke ni kejayaan dia jugak? Hahahaha. Rasa macam tak percaya. Alhamdulillah, walaupun impian untuk bunting pelamin tak kesampaian (hahaha!), tapi Allah masih beri aku peluang untuk kandungkan anak dalam rahim ni. Inshaa Allah sampai cukup 9 bulan nanti! Amin!

Ha lepastu Abang terus ajak pergi klinik. Tapi lepak-lepak dulu kat rumah, pukul 9 pagi jugak lah baru sampai klinik kesihatan. Nurse tanya je buat urine test kat mana and memang positive ke, lepastu dia terus buatkan buku pink. Eh, takyah check lagi sekali ke aku betul-betul pregnant ke tak. Lol. Terus je buat urine test untuk tengok air kencing kotor ke tak, lepastu ambil darah untuk ujian saringan thalasemia dengan HIV, lepastu masuk bilik jumpa nurse untuk ambil berat badan, dan check kandungan.

Nurse kata baby baru 6 minggu 6 hari, dan dia kira-kira, tarikh dijangka bersalin awal bulan 8 tahun 2016. Inshaa Allah, moga-moga anakku panjang umur dan membesar dengan sihat dan kuat. Nanti 4 Januari 2016 kena datang klinik untuk scan baby. Huhu, banyak hari lah nampaknya nak kena cuti kerja ni.

Tolong doakan saya dan baby baik-baik saje!
Amin ya rabbal alamin.


awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, November 25, 2015

Hidup baru :)

Assalamualaikum.

25 November 2015.

Alhamdulillah setelah hampir tiga minggu mengecat, mengemas dan meng-install barang-barang, hari ini merupakan hari pertama kami dengan rasminya akan memulakan kehidupan baru berdua.
Ya, betul-betul berdua. Syukur rezeki terjumpa rumah comel yang sewanya kami mampu bayar.

Sekarang ni kat office. Balik je pukul 6 nanti terus balik rumah sewa, dah tak balik rumah mertua dah. Fuh! Nervous & excited.

Wish us luck.
Amin.


awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, September 29, 2015

Satu bulan sudah berlalu! :)

Assalamualaikum :)



Alhamdulillah, hari ini genap sebulan kami sebagai suami isteri, sejak 29 Ogos 2015 yang lalu.
Alhamdulillah, semuanya baik-baik je setakat ni.
Alhamdulillah, terima kasih Allah pinjamkan dia sebagai seorang suami.
Alhamdulillah, aku bahagia.

Semoga Allah permudahkan untuk kita mengharungi segala suka dan duka, pahit dan manis bersama.
Semoga Allah kekalkan dan mekarkan perasaan sayang dalam diri kita selamanya.
Semoga Allah kurniakan kita zuriat yang soleh dan solehah, yang boleh kita harapkan bila kita tua nanti.
Semoga Allah jaga ikatan perkahwinan kita ini dari sebarang kesulitan dan keburukan yang boleh merosakkan rumahtangga.
Semoga Allah redha dan berkati perjalanan hidup kita bersama.

Dengan setiap nafasku,
Dengan seluruh jiwaku,
Dengan sepenuh hatiku,
Dan seumur hidupku,
Cinta ini untukmu, Abang.


awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, September 7, 2015

Saya dah kahwin!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, 9 hari sudah bergelar seorang isteri kepada Muhammad Faizal.
Terkadang tu ada lagi rasa tak percaya.
Bila pandang muka dia, masih lagi terdetik "ya Allah, betul ke dia ni suami aku, nak kena taat kat dia ni. Beso betul tanggungjawab aku"
Masih tak percaya.
Masih dalam proses penyesuaian.

Tapi aku bahagia.
Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas nikmatMu ini.
Semoga Engkau menjadikan dia seorang suami
yang mampu mendidik,
yang mampu membimbing,
dan mampu mencintaiku selama hayatku.

Nah, kita belanja sikit gambar kahwin kita.

#290815 #NabxAidil #HidayahxFaizal #doublewedding #mywedding #sister



Photographer @mfiahpicture


Makan beradab @ Dewan Pusat Latihan, UTM Skudai
Deco & Bridal : D'Sani Bridal


Solemnization. Lafaz akad at 09.42 a.m.


My family.


Brides & Grooms with my beloved parents.


My blood sisters - Afiqah & Dianah
Apikah the talented mak andam yang mekapkan I for both majlis nikah and majlis resepsi.
Dianah yang mai rumah awal tolong packing kan goodies.
They both yang temankan I pi buat inai, ambil dulang hantaran, pakaikan inai, pakaikan mask, pergi dewan tengok bridal punya kerja, etc etc. They both helped me so much!
I  love you both foreverrrr!!


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Majlis berjalan dengan lancar.
Habis je majlis, malam tu memang lepak gila, penat tokleh nak cakap macam mana.
Huhu.

Suami,
I love you sampai mati.
Semoga ikatan perkahwinan ini kekal bahagia sehingga ke syurgaNya.
Amin ya rabbal alamin.



awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, August 27, 2015

#Countdown

02 HARI.

Cinta ini
Jangan disia-siakan.

Cinta ini
Kita jaga hingga ke akhirnya.

Cinta ini
Kita bawa sampai ke Sana.

Cinta ini
Moga Allah redha.


-----------------------------------------------------------

Nervous macam hape je!
:(

May Allah ease.



awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, August 26, 2015

#Countdown

03 HARI.

Baik engkau,
Baik aku,
Tiada yang sempurna.
Tetapi aku harap
"KITA" akan menuju kesempurnaan
Bersama.


------------------------------------------------------------
Dah agak dah.
Hectic week.
Tak sabar nak selesai.

May Allah ease!!



awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, August 25, 2015

#Countdown

04 HARI.

Bakal suamiku,
Selamat datang dalam setiap hariku.

Bakal suamiku,
Selamat merasa setiap manjaku.

Bakal suamiku,
Selamat terima setiap lemahku.

Bakal suamiku,
Selamat mencintaiku apa adanya aku.


-------------------------------------------------------------------

Ya Allah, mudahkanlah.
Ya Allah, lancarkanlah.
Ya Allah, berkatilah.

Amin.

awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, August 24, 2015

#Countdown

05 HARI.

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu, Sayang.


---------------------------------------------------------------
Minggu ni ulang alik Skudai - Masai lah nampaknya.
Jom kita packing goodiessssss!
Huhu

May Allah ease.

awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, August 22, 2015

#Countdown

07 HARI.

Jodoh
adalah rahsia Allah.
Ajal
juga rahsia Allah.
Sudah tertulis di luh mahfuz
tentang semua takdir kita.
Hanya Tuhan yang bisa menentukan.


-----------------------------------------------------------------

Hai. Hari ini Sabtu.
Saya kerja half day.
Harini nak pulun settle kan apa yang patut.

May Allah ease.



awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, August 21, 2015

#Countdown

08 HARI.

You are not just my friend
You are my love.

You are not just my love
You are my heart.

You are not just my heart
You are my life.

You are not just my life
You are my everything.


-------------------------------------------------------------------
Esok hujung minggu terakhir sebagai seorang bujang.
Tanggungjawab ayah nak habis dah.
Lepasni semuanya tergalas atas bahu si suami.

May Allah ease.

awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, August 20, 2015

#Countdown

09 HARI.

Make sure
you marry someone
who laughs
at the same thing
you do.


--------------------------------------------------------------
Allah!
Single number dah.
Berdebar tak payah cakap la.
This is something that will change my life 360 degrees.

May Allah ease.

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, August 19, 2015

#Countdown

10 HARI.

You don't marry
the person
you can live with..
You marry
the person
you can't live without.


-------------------------------------------------------------
Bila nak kahwin?
Minggu depan.

May Allah ease.

awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, August 18, 2015

#Countdown

11 HARI.

The happiest people
do not have
the best of everything.
They
just make
the best of everything.


------------------------------------------------------------------
May Allah ease!!!

awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, August 17, 2015

#Countdown

12 HARI.

I don't need a
perfect one.
I just need
someone
who can make me feel that
I am the only one.


--------------------------------------------------------------------

Hari ini hari Isnin.
Allah, ini hujung minggu terakhir aku sebagai tanggungan Mama dan Ayah.
Hari Sabtu depan aku bakal menjadi seorang isteri kepada seorang Faizal.
Jika diizinkan Allah, inshaa Allah.

Allah, permudahkanlah.
May Allah ease.

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, August 14, 2015

#Countdown

15 HARI.

Sharing a life together
is sharing steps in time.
The music is different
to each of us,
but how beautiful
the dance.


--------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, the final result has been announced.
Alhamdulillah, I am unofficially graduated from Bachelor in Business Administration (hons.) Finance.
Can't wait for the convocation day.
This time, he will attend the ceremony as my husband.
Inshaa Allah.
:)

May Allah ease.

awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, August 13, 2015

#Countdown

16 HARI.

Forever
is a long time.
But I wouldn't mind spending it
by your side.


-----------------------------------------------------------------
I really am looking forward for our honeymoon.
Tioman Island,
wait for us and witness our love!
Hehehh

May Allah ease.

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, August 12, 2015

#Countdown

17 HARI.

Marriage is a
Bond.
Hold together by a glue called
Love.


♥ 
---------------------------------------------------------------
May Allah ease.

There are times that I feel sad because I can't get all I want.
Perasaan serba-salah tak pernah menyenangkan.
Terkadang risau juga apa orang kata.
Tapi this is for once in a lifetime.
Ah pi lantaklah.

awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, August 11, 2015

#Countdown

18 HARI.

Relationships last long
not because they were destined to last.
But because
two brave people
made a choice to keep it,
fight for it,
and
to work for it.


-----------------------------------------------------------------

Last night meeting pasal walimah dengan Mama, Ayah n kak Nab.
Alhamdulillah, dah discuss few things yang belum settle.
Dah delegate tugas masing-masing untuk follow up dengan third parties.
Doakan semoga semuanya berjalan lancar.

May Allah ease. Amin.


awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, August 10, 2015

#Countdown

19 HARI.

Once in a while
In the middle of an ordinary life
Love gives us a
Fairytale.

--------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim.

Hmm. The day is getting closer. Setiap kali fikir, hati berdebar. Haha.
Hanya mampu berdoa semoga semua dipermudahkan.
Setiap kali jumpa Abang, masing-masing cakap "Tinggal __ hari je.."
Berdebar.

Ya Allah, permudahkanlah.

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, August 7, 2015

#Countdown

22 HARI.

I like when you smile
but
I love it
when I am the reason.



--------------------------------------------------------------

Oit tak lama lagi lepasni tinggal belas-belas hari je.
Everyday I wake up in the morning, I ask myself, like seriously you're going to be a wife, Hidayah?
NERVOUS and takut gila! Haih

I hope everything is going to be fine. Inshaa Allah.

May Allah ease.




awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, August 6, 2015

#Countdown

23 HARI.

I give my hand to you
with all my heart.
I can't wait to live my life
with you,
I can't wait to start.


-------------------------------------------------------------------
May Allah ease.

No much time left and there are still a few things unsettled.
Worry :(

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, August 5, 2015

#Countdown

24 HARI.

You are my
every reason,
every hope
and
every dream
I have ever had.
No matter what happens to us in the future,
everyday we are together
is the greatest day of my life.
I will always be yours.


--------------------------------------------------------------------
May Allah ease.


awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, August 4, 2015

#Countdown

25 HARI.

I love you
For all that you are
All that you have been
and
All you are yet to be.



--------------------------------------------------------------------
May Allah ease. Amin.

Dah mula banyak berfikir untuk majlis. Kadang-kadang rasa excited. Kadang-kadang rasa stress. Yang sebenarnya, penat. Tak sabar nak selesai majlis.


awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, August 3, 2015

#Countdown

26 HARI.

From this day forward,
You shall not walk alone.
My heart will be your shelter
and
My arms will be your home.



--------------------------------------------------------------------
P/s: No #countdown post during weekends.

May Allah ease. May Allah bless.


awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, July 31, 2015

#Countdown

29 HARI.

Love is not about how much you say "I love you",
but how much you can prove that it is true.



--------------------------------------------------------------
Moga Allah permudahkan. Amin.

awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, July 30, 2015

#Countdown

30 HARI.

Terciptanya seorang wanita dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dan dekat jua di hati untuk dikasihi.

Moga Allah permudahkan. Amin.

------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah dah selesai proses permohonan nikah. Paling best, tak kena interview! Yeay!

Tips untuk tak di interview :
1) Datang nak dekat2 waktu rehat pejabat
2) Datang nak dekat2 waktu balik kerja

Hihihi



awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, July 16, 2015

Rayaaa

Assalamualaikum.

16 Julai 2015 - hari terakhir Ramadhan 1436H.
Terlaluuuuuu pantas masa berjalan. Sekejap sangat dah habis sebulan.

Esok dah raya, tapi raya tahun ni tak ada rasa langsung. Mungkin sebab lebih memikirkan event 44 hari lagi. Fuh!

Alhamdulillah, harini berakhir minggu kedua aku bekerja. Dah tak menganggur lagi, yeay! :D
Aku sedang membina tapak pekerjaan aku di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kota Putri, Masai sebagai Costing Officer. Al maklumlah, di Pasir Gudang ni terlalu sinonim dengan kilang-kilang yang hidup seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Nak buat macam mana, lepas bernikah nanti kena bermastatutin ke Pasir Gudang, so kena lah siap-siap bekerja kat kawasan sini je. Lebih prefer fikir kesenangan long term. Inshaa Allah, Tuhan permudahkan semua.

Esok nak raya, tapi company suruh kerja lagi harini. Cuma dapat balik awal je pukul 3 petang. Fuh 50 minit lagi nak balik! Petang ni lepas Asar terus gerak ke Bangi dengan Kak Nab. Dua-dua berdarah manis. Doakanlah mudah-mudahan perjalanan kami pergi dan balik dengan selamat. Amin.

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin! :)
Inshaa Allah hari raya tahun depan bersama suami pula :)

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, July 1, 2015

Midnight Thoughts.

Hi Assalamualaikum.

1st July 2015 and there comes the new petrol price. Thank you PM. What a BEAUTIFUL news for us rakyat marhaen :')

Anyways.. Alhamdulillah today is the 14th day of Ramadhan. May this Ramadhan brings a lot of good things to us, inshaa Allah. Someone said, Ramadhan is all about losing sins, not losing weight :) Hopefully Allah grants us the strength to overcome the struggles in our lives. Despite the worsening economic condition and the rising living standards, I strongly believe that the rizq comes from Allah alone. We put effort and leave the rest to Allah to decide what is best for us.

By the way, Hi, I have completed my Bachelor in Finance :) I am currently waiting for the final result that is expected to be announced in this coming August. Doakan yang baik-baik ya. Amin. Dah dua minggu since I submit final report of my thesis, that means dah dua minggu I duduk rumah and now dah mula mereput. Hihi.

Actually I am trying so hard to get a job as soon as possible. Everyday I login the Jobstreet and apply for whatever vacancies that interests me. Tapi sampai sekarang masih belum ada rezeki. Takpe, Allah knows best. Maybe He wants me to spend as much time as I have with my family before I move out to my future husband's place kot.

As for now, I have attended 3 job interviews, but none of it has yet to call me to report duty. I know I failed one, another two will be known in a week time and after raya. So I actually writing this post to voice out what is crossing my mind at 1.30a.m today. I was thinking of things I should improve during the job interviews. The "I should have said this.. I should have done that.." are disturbing my mind and causing me not to sleep until now.

So, here goes the list of the things I should improve for the next job interviews (my own point of view) :
  • A better voice projection
  • More practice on speaking skill
  • Improve confidence level
  • Convince the employer that I am worth to be hired by any means (puji je diri sendiri banyak-banyak! Jangan malu!)
  •  A better answering skill. Orang tanya sepatah, kau jawab sepatah. Go die like that. (*marah diri sendiri)
  • Show interest on the job they offer! (Walaupun clueless je pasal position tu. Lol)
And maybe many more to be discovered when I attend more job interviews in the future inshaa Allah. Yes, it is not easy to find a job when we do not have experience, but we can never know what we are capable of until the chance is given out!

Ya Allah Tuhan yang maha pemberi rezeki, bukakanlah khazanahMu di langit dan di bumi untukku dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain. Apa yang aku rancangkan ialah supaya aku cepat-cepat dapat kerja dan at least boleh tolong si bakal suami sedikit sebanyak untuk tampung kos majlis kami nanti (tinggal 59 hari je lagi! Sigh). Tapi mungkin perancangan Allah pula lain. Takpe, kita percaya rezeki itu ada dan Allah sentiasa tahu dan akan putuskan yang terbaik untuk hambaNya.

Selamat malam dan selamat bersahur. Semoga berjumpa lagi :) 

 

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, April 1, 2015

Hello, 1st April.

Assalamualaikum!

Hello, 1st April.

What a start of the day. I woke up late for work. Kahh.

Hello, GST!

I've been nervous waiting for you to start being implemented since yesterday. Dah macam nervous nak tunggu result exam. Kept thinking of what's gonna happen after the implementation today. Dah fikir macam-macam dah ni.

After all, we can do nothing unless to face it. Knew it from the start that 2015 is gonna be a tougher year for us all. Sedikit demi sedikit mula terasa ke'tough'annya. Heh. Kalau mulut ikut bising complaint here and there, aku tak fikir boleh mengubah apa-apa. Melainkan, kena hadap jugak.

:)
Senyum dan tak perlu kata apa-apa.
Life is so much better if we stop complaining, inshaa Allah.
Rakyat marhaen macam kita pun ada rezekinya dari Allah. Percayalah.
Inshaa Allah.



awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, March 18, 2015

Gundah.

Assalamualaikum.

Hati ini tidak tenang.
Gundah-gulana.
Dari pagi tadi, hati ini rasa tak sedap langsung.
Risau, sedih, terluka, semuanya ada.
Entah kenapa.

Ada sesuatu dalam fikiran.
Tapi untuk mencari jalan keluar, buntu.
Yang ada cuma jalan mati.

Semakin lama usia perkenalan kita dengan seseorang, semakin kita tidak kenal siapa dia sebenarnya.

Ya Allah, tunjukkanlah aku kebenaran. Aku sayang sahabat-sahabatku.
:(



awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, February 16, 2015

Selangkah lagi.


Assalamualaikum :)

Syukur teramat sangat, perjalanan ke penghujung Degree in Finance cuma tinggal selangkah je lagi. Last semester, tiada kelas, cuma perlu lengkapkan praktikal dan project paper. Currently tengah praktikal kat UTMSPACE, Skudai. Alhamdulillah, dekat sangat dengan rumah. Nice environment, tak stress langsung.

13 Februari 2015, Jumaat.
Keputusan peperiksaan semester 5 DiF keluar. Macam biasa, email dari sims@salam.uitm.edu.my sentiasa mendebarkan. Selawat dan buka. Allah.. Terima kasih ya Allah. Terima kasih beri aku peluang sekali lagi. Sekali lagi, lebih sangat daripada apa yang aku jangkakan. Alhamdulillah :'(

Aku gembira kerana dapat menggembirakan orang-orang kesayangan aku sekali lagi.
"Alhamdulillah, tahniah Kak Dayah. Mabruk."
"Tahniah sayang. Terima kasih sebab belajar rajin-rajin untuk kita.."

What else do I want? Nothing.

Enam bulan 13 hari lagi.
Inshaa Allah, dengan izinNya, jika dipanjangkan umur dan jodoh, aku dan dia bakal menempuh kehidupan baru bersama. Masih dalam proses persiapan, sebenarnya baru 20% yang siap. Hehe. Harap-harap Allah permudahkan. Jangan risau tentang rezeki, inshaa Allah Tuhan dah janjikan ada rezeki untuk orang yang berkahwin. Amin.

Kehidupan lepas berkahwin? Lagilah aku risau. Ya Allah.... Semoga yang baik-baik saja berlaku.

Bye.





awak tolong LIKE ya ? :)