Dear Followers :)

Sunday, May 29, 2011

Cinta internet

Assalamualaikum ,

Entah kenapa tadi aku buka new tab dan terus mencari laman web google kemudian aku taipkan pula 'cinta internet' .

Beberapa kisah aku temukan . Ada yang baik ada yang buruk . Entahlah . Aku tak pasti dalam kategori apa aku sekarang .

Memang betul pertemuan di internet teramat sukar untuk aku selak kejujuran dan keikhlasan dia .
Apa yang aku harapkan cuma petunjuk dari Ilahi dan gerak hati nurani ini sendiri .
Dan yang lain , aku serahkan pada Tuhan .

Aku mula takut untuk terlalu berharap kerana tiada yang pasti . Aku tidak boleh terlalu kecewa andai suatu hari nanti benda tidak seperti yang aku harapkan .

Andai suatu hari nanti kisah kami terhenti tiada pengakhiran , janganlah kamu semua ketawakan aku sebab itu bukan apa yang aku inginkan . Tolonglah bersama aku dan berikan kata-kata semangat .

Tapi ketahuilah kamu wahai jejaka , aku sentiasa mendoakan dan mengharapkan satu ending yang membahagiakan untuk kisah kita berdua . Ketahuilah aku mengharapkan kejujuran dan keikhlasan daripada kau , kerana aku sudah memberikannya pada kau lama dahulu .

Kalian , tolong doakan kebahagiaan aku . Semoga Allah memberkati .

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, May 27, 2011

A love letter

DEAR YOU,

"To love is to risk not being loved in return
To hope is to risk pain
To try is to risk failure
But risk must be taken because the greatest hazard in life is to risk nothing ."

I don't need to see you to care
I don't need to hear your sweet voice to miss
I don't need to know you well to love
I don't even need you to be here to keep thinking of you

Because all I need is nothing but confidence ,
for I doubt myself , sometimes

I am taking this risk
to love you .
So I build confidence
by arranging the hopes and trust ,
the belief and an endless waiting ,
the patience and the determination ,
the faith and the loyalty .

I put them all together in one proper order
very tightly
The sweat wets me , all the way
I shed a tear , few times
and I felt a lil' bit tired

But it is all seems nothing
Because
High confidence is the only thing
that I need and want

I supply all my heart
FOR YOU
And the only demand
that I will accept is
FROM YOU

I hope the destiny is on my side , with you .

"In the arithmetic of love , one plus one equals everything , and two minus one equals nothing."



H.A ♥

Yours sincerely ,
NURUL HIDAYAH KHAIRUDIN

awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, May 26, 2011

He is There



Even the tiniest feeling of sadness inside us , He will be able to know and understand .
Allah is there , always there .

awak tolong LIKE ya ? :)

Bantu aku , tolong bantu aku

Assalamualaikum ,

Sudah aku katakan , Tuhan tak akan berhenti menguji hambaNya . Setelah nikmat yang Kau beri , kini Kau menguji aku lagi .

Kau menguji keikhlasan aku . Kau menguji kesabaran aku . Kau menguji aku pada setiap titik lemahku . Tuhan , ampunkan aku jika aku menangis tatkala ujian Kau aku hadapi . Aku cuba menjadi sekuat yang boleh , tapi apalah daya aku sebagai hambaMu yang lemah .

Hati aku seperti hampa . Jiwa aku seperti kosong . Air mata ini tidak mampu lagi menitik . Andai aku boleh perah kornea mata aku seperti kain buruk supaya habis kering-kontang setiap titis air mata ini , aku akan lakukan .

Tuhan , andai ini takdir yang Kau tentukan , aku harap Kau tunjukkan hikmahnya seberapa segera . Aku gerun mengenangkan keadaan hidup yang bakal aku lalui sebentar lagi .

Aku tahu aku masih ada Kau , Tuhan Yang Esa . Sampai bila-bila pun Kau tak akan pernah meninggalkan hambaMu keseorangan . Aku tahu itu .

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, May 25, 2011

Assalamualaikum

Ah sudah . Aku mula rasa takut .
Tolong jangan dibuat main hati yang sekeping ini .
Hati ini innocent .
Tolong faham .

Janganlah tebing yang aku bina
Yang sudah berusia enam belas bulan itu
Hancur berkecai begitu sahaja
Payah sungguh aku susun batu-bata itu elok-elok
Aku simenkan lagi
Jangan sia-siakan itu
Tolong .

Kau semakin jauhkah ?
Atau perasaan aku sahaja ?
Janganlah lepas kau buat seluruh sendi aku sejuk
Janganlah lepas kau buat setiap sudut di hati aku ini
tumbuh dengan bunga-bunga mekar mewangi

Aku akan cuba faham hal yang satu itu .

Tuhan ,
seperti biasa
aku mohon
Kau bantulah aku , Tuhan .

awak tolong LIKE ya ? :)

Apa lagi yang perlu aku minta?

Assalamualaikum :')

Alhamdulillah . Taktahu nak kata this is above or below my expectation . Semua pun Tuhan yang tentukan . Whatever it is , syukur sepuluh juta kali syukur aku panjatkan ke hadrat Illahi . InsyaAllah will do better next time .



Anywayss , result aku menurun seh ==' And I expected that pun sebenarnya . Subject yang aku bajet boleh score dapat A+ , aku dapat A je . Subject yang aku target lulus cukup makan atau nak sedap sikit at least dapat B , aku dapat A- . Errr , kira okay lah kot kan ?

What else could I ask for ? Bersyukur sangat lah kan . Harapnya sampai graduate pun , cikgu tak akan ajar aku huruf lain selain yang satu itu . Tak akan ada huruf lain yang boleh mencacatkan pandangan aku setiap kali aku log in student portal . InsyaAllah . Amiiin .

Ya , aku mengaku sem nie aku agak terejal dan nakal . Betul la eh orang kata nombor dua nie macam nakal sikit ?

Pernah kan dengar orang-orang tua kata anak kedua nie nakal . Ya , agak laaa . Kakak aku tue nakal sikit . Kahkah :P

Time sekolah menengah , form two aku memang nakal . See , dua jugak ?

Then , sem dua nie pun aku agak nakal . Atau erti kata lain , terejal , masuk air . Apa-apa jelah perkataan yang terlintas kat fikiran korang . Lagipun , sem dua nie lah macam-macam masalah melanda bagaikan banjir tsunami yang tiada belas kasihan memuntahkan segala isinya tanpa banyak berfikir .

So , aku kira memang layak pun result aku menurun . Jangan nak cakap banyak-banyaklah , ini semua takdir . Terima la dengan hati yang ikhlas dan redha . Betul tak ?

Terima kasih , Tuhan . Lepas aku lalui macam-macam ujian , Kau beri pula aku nikmat satu demi satu . Terima kasih banyak-banyak . Betullah setiap yang berlaku ada hikmahnya . Serious betul , tak tipu .



Anywayss , tahniah kawan-kawan semua . Tahniah , tahniah dan tahniah . We did our best , so terimalah grand prize daripada Allah nie . Walau apa pun , kalau ada yang rasa kurang sana sini , this is not the end of our lives , so keep on living and keep on working hard . We always have a room of improvement . Jadi , jangan sia-siakan dan paling penting , bersyukur .

Terima kasih mama & ayah untuk doa-doamu .
Terima kasih lecturers untuk kesabaran dan ilmu-ilmu kalian .
Dan yang paling penting , terima kasih Allah atas nikmatMu ini .
Terima kasih :')

Alhamdulillah :') Will do better next time , InsyaAllah . Amiin~

********
Eh hei kali nie aku dapat share happiness aku nie dengan dia . Seronoknya :D

awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, May 24, 2011

Dah pakai Head & Shoulder pun masih kusut lagi

Assalamualaikum

Kusut di kepala nie terlalu kusut , sampai aku sendiri taktahu macam mana nak rungkaikan . Sangat kusut !

Aku tahu Head & Shoulder takboleh membantu . Aku tahu Rejoice 'guna jari pun boleh' tak mampu bantu aku juga .

Then ?

Aku terlalu kusut . Aku taknak berprasangka buruk . Aku taknak ikhlas aku lenyap . Aku taknak , tidak hendak sama sekali .

Janganlah fikir orang itu nak ambil kesempatan . Mungkin dia betul-betul perlukan bantuan .
Bila orang susah , aku perlu tolong kan ? Bila nak tolong , kita kena ikhlas kan ? Then , macam mana ?

Aku kusut . Takut nak fikir keadaan masa depan . Harapnya semua baik-baik je . Harapnya keadaan tak bertambah buruk .

Argh ! Biarlah aku ikut apa kata takdir .

**********
H.A , aku ingin kongsi kekusutan aku nie dengan kau . Imissyou .

awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, May 23, 2011

Ini adalah satu amaran keras terhadap diri sendiri

Assalamualaikum

Aduh . Tadi sebelum tekan new post , aku kira banyak yang aku nak muntahkan . Siapa yang bawa lari semua loya di jari nie ?

Hurm .

Aku fikir dan fikir lagi . Aku renung dan renung lagi . Sampai tembus semua yang aku renungkan . Huh !

Aku perlu jadi manusia yang bersyukur . Betul ?
Aku perlu tahu nikmat Tuhan untuk hamba-hambaNya berbeza . Betul ?
Aku perlu tahu aku takboleh iri hati terhadap orang lain . Betul ?
Aku perlu tahu kalau aku buat itu , Tuhan akan marah . Betul ?

Eh tidak ! Aku bukan iri hati tentang kasih sayang . Cukup sempurna kasih sayang yang aku dapat . Aku tahu sungguh aku tidak pernah kekurangan kasih sayang . Bukan juga hal ehwal kewangan . Alhamdulillah aku masih mampu makan dan minum , aku tidak kebulur dan aku masih ada tempat berlindung .

Eh tidak ! Aku bukan nak buat maksiat . Minta dijauhkan .

Aku cuma cemburu bila orang lain bebas begitu , tapi aku tidak . Jangan salah faham dengan 'bebas begitu' . Ia adalah satu perkara yang baik ya , sila ambil perhatian .

Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan yang tersendiri . Kan aku dah cukup tahu itu . Mengapa mesti kau fikirkan lagi hal ini wahai cik adik manis tak berapa nak manis ? Cubalah bersyukur dan terima apa adanya nikmat Tuhan itu .

Jangan lupa , ada lagi yang lebih teruk daripada kau . Tolong ucapkan Alhamdulillah .

Biasalah aku , suka nak buat semak kepala otak sendiri . Boleh cakap aku LOSER ? Pfft ~

awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, May 22, 2011

Kalau kau tampar aku sekarang pun , aku akan tetap tersenyum

Assalamualaikum :)

Title takbole blah kan ? Haha

Sorry , rasanya takbole nak menaip dengan elok nie . Rasa lainnnn sangat . Jantung nie dari tadi dup dap dup dap laju gila . Takboleh nak berhenti senyum pula tue . Haha

Tadi lepas tolong mama masak , terus je online FB . First thing yang aku nampak dekat home ialah status dia . Kahkah . Lainn gilaaa . Kau nie H.A , membawa perubahan yang sangat buat aku tergamam lah . Speechless habis .

First sekali yang aku nampak , dia dah tukar nama FB . Tujuh bulan kitorang ber-FB , dia guna nama 'Aq Encik Akaun' je . Sekali tadi dia dah tukar dahhh . Nervous habis aku , taktau nak kata apa . Haha

Second , profile picture dia pun dah lain ! Oh myyyyyyy , seriously jantung aku dah bergegar nie . Hahahaha . Nervous tahap tak ingat dah nie weh .

Aku macam dah tak kenal tauu mula-mula . Haha . Nasib baik nama kau tue aku dah pahat elok-elok dalam ingatan aku nie . Cara dia menaip pun aku dah kenal sangat :)

Tolong . Tolong aku . Aku dah kritikal nie . Aku sekarang dalam ICU . Ehemm , Infection Cinta of You . Wink wink ;)

Perut yang rasa lapar tadi pun tiba-tiba rasa macam dah kenyang gila untuk sepuluh hari . Hahaha ! :P

H.A , kau dah buat kesalahan besar tau ! Kau dah buat jenayah yang paling berat tau . Hm . Sampai hati kau curi organ paling penting dalam tubuh aku nie . Kau dah curi hati aku ! Polis kata kau kena denda penjara seumur hidup . Nak duduk dalam penjara aku tak ? Hahahahahaha :P

Lastly but not leastly , aku sayang kau sampai bila-bila dengan izin Tuhan . Take care ! :)

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, May 20, 2011

It's been seven months ♥ :)

Assalamualaikum :)

Today is 20th May 2011 . Oh there's nothing important pun about the date . It's just the number 20 yang aku nak highlight-kan kat sini :)

H.A , just in case you remember , it's been 7 months tau since we first met each other on Facebook :) Remember 20.10.2010 ? :D

ada tyme x men komen2 ? smntara diriku mc on9 nie~ ahahaa
October 20, 2010 at 2:47pm · · · See Friendship
    • Nurul Hidayah Khairudin ahaha .gile la ayat dye . hee bole je , no biggie :D
      October 20, 2010 at 2:49pm ·
    • Rahsia :P
      dunia nie kekurangan wa owg2 puitis~ so, ehemm~!
      ahaa! sja je nie : )
      well, study g ker? mlas nk tgk area info, bek tnya trus ~ xD
      October 20, 2010 at 2:50pm ·
    • Nurul Hidayah Khairudin haha . alright then , jom la jadi puitis . hee . emm yeah , study lagi . next week final exam dahh . hbu ? study lagi ?
      October 20, 2010 at 2:52pm ·
    • Rahsia :P aq keje dh~ mat karen : ))
      bertrima kc lar ngan aw umah korank da sumber elektrik hahha XD
      owh, kusus ape? : ))
      gud luck then!
      October 20, 2010 at 2:53pm ·
    • Nurul Hidayah Khairudin haha . nak kena ke berterima kasih kat kaw ? mcm takpayah je bole takk ? huhu . dip in banking je . ahh thanks a lot :D nervous doe ..
      October 20, 2010 at 2:56pm ·
    • Rahsia :P ahaha~ ada lar aku serang pendawaian umah koe nie xD
      aduhh, rumit tue ~
      October 20, 2010 at 2:57pm ·
    • Nurul Hidayah Khairudin mak aihh , tragis betul cite kaw ni . haha . dh brp lama kaw keje jadi mat karen ke ?
      October 20, 2010 at 3:02pm ·
    • Rahsia :P ‎2 tahun~ kira *fresh* lg arr~
      hehee . . kay lar.
      aq nk out dh~ bwt btul2 exam tue : ))
      keep in touchie~
      October 20, 2010 at 3:04pm ·
    • Nurul Hidayah Khairudin ohh okay , kaw pun keje elok2 eh . thanks btw . k no biggie , take care :D
      October 20, 2010 at 3:05pm ·

Nama Facebook dia aku tukarkan . Kalau sape yang tahu tue , untung laaaaa :P

See the date ? So , nie sebenarnya conversation first kitorang . Memang dari dulu pun dia tak pernah online lama-lama macam aku nie . His life must be very busy kot ? Hehe . Lagipun adik dia pernah cakap , dia tak interested kot dalam social networks bagai nie . Wallahualam .

Untuk baca blog aku nie pun , aku rasa macam tak mungkin je dia buat kan . Kalau dah FB pun tak sampai sejam , stay lama-lama kat blog memang tak ah . Kan ? Hehe

Nak tahu tak , setiap kali kalau kitorang ter-online sama-sama kan , aku rasa sangaaaat excited tau . The worst is , tangan aku sejuk terus . Cuaca tengah panas pun aku boleh rasa sejuk . Rasa macam nak terberak pun ada kadang-kadang tue . Hahaha . Lebih kurang macam rasa nervous nak menyanyi depan sejuta orang kot . Haha :P Ini serious tau . I do not kid you , wey .

Seingat aku kan , tujuh bulan itu terlalu bermakna sebab jangka masa tue telah mengajar aku banyaaaaaaaaaaaak benda .

Bila aku dapat tahu dia masuk wad , jantung aku macam nak luruh . Serious risau gila . Entah berapa orang aku ajak pergi terbang sana walaupun aku tahu macam mustahil je kan . Haha . Tiap-tiap saat aku tunggu berita daripada adik dia . Bila adik dia cakap dia dah sedar , siap boleh ketawa , aku lega taktau nak describe macam mana . Lega sangat . Aku ada suruh adik dia capture gambar dia dalam wad , tapi adik dia kata dia tak bagi . Caittt =='

Dulu bila tiba-tiba je aku nampak status dia 'in a relationship' , aku sentap habis kot . Frust gila , haha . Aku segan ah nak admit , tapi tue la , memang aku frust habis ah . Hehe . Then , aku tunggu punya tunggu , last-last dia explain kat aku . Aku pun ok je ah kan . Sampai satu saat rasa macam keadaan tegang , dia boleh hilangkan diri pulak .

Lama aku tunggu . Dia siap deactivate FB lagi . Bila aku rindu , aku taktau nak tengok apa , aku taktau nak baca apa . Ye ah , selama nie kalau aku rindu , aku godeh-godeh la album profile picture dia kan . Kalau aku rindu , aku khatam balik komen-komen kitorang dulu . Rasanya dah berpuluh kali aku khatamkan . Hahaha

Aku ketuk kepala kau nak tak H.A ? Hahahaa ! :P

To go through all these things kan , ranking pertama yang aku perlu ada of course lah KESABARAN . Hihi :D Itu je yang most important tau . Kalau takde kesabaran , rasanya tak mungkin aku update entry nie . Ahaks =='

Buat pengetahuan korang , aku tak pernah sangat interested nak berkawan dengan lelaki yang aku kenal ONLY THROUGH FB . That's so not me lah okay . Selalunya , berkawan dua tiga hari , lepas tue terus je masing-masing buat hal sendiri . So I wonder why lah dengan H.A nie , aku TERRRRinterested pulak -___-

Dah lah friends dia masa mula-mula aku kenal dia dulu , tak cecah seratus pun . Sepatutnya laaaagi lah aku tak berminat nak be friends dengan dia . Ini tak , bukan je interested , siap excited lagi . Pfft ! Hahaha . Tapi , apa orang kata , dah takdir Tuhan kan . Tuhan yang gerakkan hati aku untuk keep in touch dengan dia :D

Kita mula dengan kawan biasa , dan sampai sekarang pun sebenarnya masih sama :D Tak pernah kita declare apa-apa . Cuma perasaan itu mungkin berbeza . I am talking about my feeling by the way , I'm not so sure about yours :)

Anyways , bukankah perasaan itu datang dari Tuhan ? Bukankah gerak hati itu Tuhan yang bagi ?

Semua orang ragu-ragu dengan apa yang aku buat sekarang tau . Tunggu dan terus menunggu . Yelah , semua orang pelik sebab aku terus setia berharap pada kau . Sedangkan kita tak pernah texting on the phone . Bercakap dengan kau , sekalipun aku tak pernah . Jumpa kau jauh berkali-kali , memang tak lah kan .

Dan kau tak pernah janjikan aku apa-apa . Yang itu aku respect pada kau , H.A :)
Kiranya boleh la kot kalau aku nak rasa kau macam bukan typical lelaki yang suka tabur gula dekat makanan manis . Hehe

Medium perhubungan kita cuma FACEBOOK . Kan ?

Mungkin Tuhan nak lindung kita . Alhamdulillah :)

Everybody wonders .

Tapi , aku tak kisah . Aku dah puas berfikir , dan gerak hati aku kata teruslah tunggu . Gerak hati aku kata , suatu hari nanti aku pasti tak akan menyesal . Dia kata lagi , jangan risau sebab Tuhan itu adil .

Bukan ke good things come to those who waits?

I hope so , amiiiin ~ :)

Nak tahu tak , kalau suatu hari nanti Allah pinjamkan kau kat aku , aku nak tanya kau banyaaaaak soalan . Heee :D

And to be honest , aku sayang kau . Aku errr .. errr .. aku punya hati kau dah curi tauu , lamaaa dulu . Heeee . Harapnya berbaloi lah kan :D

******
Ada ternampak status lecturer aku tadi , dia kata macam nie ;

The problem with guys : They make you believe they love you when they don't
The problem with girls : They make you believe they don't love you when they do

Saya , sila jangan sentap :)

If you love something , set it free . If it comes back to you , it's yours . If it doesn't , it never was .

So , Que sera sera . If he's meant to be mine , he will be mine , no matter what . If he's not , he won't , no matter what :)

* Ok fine , sebenarnya baru tahu takde point pun aku tukar nama tue . Muahaha :P

awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, May 19, 2011

Manusia , Malaikat dan Syaitonnirajim

Assalamualaikum :)

Post kali nie aku copy & paste je , so jom share :)

Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah ??

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....

Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.


Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..

Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?


Manusia - aku telah berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..

2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)

3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je..


Tengok la syaitan selalu bawak kita jadi sesat . Tue pun nak ikut lagi ke? Dah terang lagi ber-torchlight syaitan adalah musuh kita yang nyata . Orang kata , kalau bermusuh , kemaafan itu ubat yang mujarab . Tapi kalau bermusuh dengan syaitan nie , nak maafkan ke ? Ahaks =='


awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, May 18, 2011

Tuhan itu memang Maha Penyayang :)

Assalamualaikum :D

Semalam ada pergi satu program yang diceramahkan oleh Pak Madani , dari Indonesia ya ibuk-ibuk bapak-bapak sekalian :D

Ceramah itu yaaa katanya untuk pelajar-pelajar IPT . Naaaaa . Pengantarnya panjang berjela , pointnya sikit bangat . Tapi apa pun , yang penting adalah contentnya yang mampat dan padat . Bukan begitu bapak-bapak , ibuk-ibuk yang dirahmati Allah sekalian ? (sila baca dgn slang indonesia)

HAHA :P

Okay , aku ringkaskan je lah ya .

Ada tiga tips untuk menjadikan setiap hari-hari kita lebih baik dan terus membaik .

Pertamanya , pasang NIAT .
Kedua , pasang TARGET .
Dan ketiga , pasang SRATEGI .

So sebenarnya hari nie aku nak cakap pasal kaitan niat dengan betapa penyayangnya Tuhan kita , mengikut pandangan aku . U olls yang bijaksana bijaksini nak tahu ?

Ehem .

Niat itu yang paling utama . Tiap-tiap perkara kecil yang kita buat pun boleh jadi amalan kalau awal-awal lagi nawaitu kita baik .

Percaya tak tolong buka pintu boleh jadi pahala ?
Percaya tak update blog boleh jadi pahala ?

Percayalah . Tolong percaya .
Asalkan niat kita baik .
Dan kadang-kadang , niat itu boleh jadi lebih baik daripada amalan kita sendiri .
Hebat kan Islam ? :)

Pernah tak korang plan something , tapi selalu je ada halangan ? Mesti rasa macam nak mengamuk kan ? Tapi pernah tak korang terfikir apa hikmahnya bila plan kita tue tak menjadi ?
Mungkin sebab ada yang tak kena dengan niat kita .

Tak faham ?

Okay , contohnya :
Si lelaki plan nak pergi jogging dengan si gadis . Baik tak niat diorang ? Nak pergi sihatkan badan , bersenam . Tapi dalam pada masa yang sama , dorang plan nak berromentik pulakk kat taman rekreasi tue ha .

So kat situ niat dia dah jadi tak baik kan ? Nak tengok betapa Allah sayangnya hamba Dia , Dia jadikan ibu si lelaki tiba-tiba je nak guna kereta . Then tak dapatlah diorang nak jogging sebab takde transport . Si gadis nie pulak takreti bawa kereta . Maka , tak jadi la diorang nak berromentik bagai .

See ? Nampak tak Allah sayang kita ? Nampak tak Allah sebenarnya nak lindungi kita daripada perkara-perkara buruk ataupun dosa ? Tak rasa bersyukur ke bila kita sebenarnya tanpa sedar dah terselamat daripada buat dosa ?

So apa-apa pun , bersyukurlah . Setiap apa yang jadi kat kita tue sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita . Allah itu Maha Mengetahui , Allah itu Maha Melihat , Allah itu Maha Berkuasa .

Pernah korang dianiaya ? Difitnah mungkin ? Jangan melatah . Jangan sedih . Tapi bersyukurlah dan sentiasa redha dan terima segala takdir dengan hati yang terbuka . Cukuplah kalau korang tahu Allah itu sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar dan orang-orang yang sabar . Cukup , terlalu cukup . Itu memang pasti .

Allah akan sulitkan keadaan kalau kita berniat jahat dan Allah akan permudahkan urusan kita kalau kita berniat baik . Percaya tak sekarang ?

Kalau rasa macam kita tak terlindung daripada buat dosa , maksudnya bila nak buat dosa je selalu line clear , takde halangan , aku rasa baik kita duduk dalam bilik diam-diam , fikir balik apa yang kita dah buat ataupun bahasa skematiknya muhasabah diri semula .

Taknak ke Tuhan lindung kita daripada dosa maksiat semua tue ? At least takde lah bertambah dosa kita yang memang dah banyak nie . Kan ?

Whatever it is , it's all up to you . It depends on yourself :)

Kalau aku sendiri , aku dah ada terrrrrlalu banyak dosa . Aku kena belajar daripada kesilapan lampau . It is a MUST . Sedaya upaya aku beri peluang kepada perubahan . Aku taknak cakap "Kalau masa boleh diputarkan balik , aku memang takkan buat ini buat itu ." , sebab kan tak elok guna perkataan "Kalau" :)

Menyesal memang menyesal . Tapi kenalah jadikan yang lepas sebagai pengajaran . Kalau dah tahu tak elok , cepat-cepat la berusaha tinggalkan . Perkara yang baik-baik pula jangan maintain-kan , tapi teruslah upgrade-kan .

So , moral of the story :
1) Niatlah yang baik-baik , insyaAllah Allah permudahkan semua urusan kita .
2) Bersyukurlah dengan semua ketentuan Tuhan , sebab boleh jadi itu yang terbaik untuk kita . Allah kan Maha Mengetahui :)
3) Bila ditimpa musibah , sebenarnya Allah nak naikkan darjat kita sebagai hambaNya , taaaapi orang-orang yang bersyukur dan bersabar dan tak lari daripada jalan Allah apabila ditimpa musibah je yang akan dinaikkan darjat . Ingat itu !

Tahu tak Allah akan uji kita pada kelemahan kita ? Sebabnya , Allah nak kita sentiasa tingkatkan diri kita dan jadi seorang yang lebih baik . Bila dah diuji , la tahzan . Jangan bersedih . Tapi carilah penyelesaiannya . Bukan dengan bunuh diri , tapi dengan kembali kepada jalan Allah yang terang-benderang , yang jalannya bukan sahaja ada lampu jalan tapi siap dengan spotlight , dengan lampu warna-warni lagi . Cantik kan ? :)

Berikan peluang kepada perubahan . Silakan :D
Wassalam ..

awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, May 16, 2011

Guru itu mahal harganya


Assalamualaikum ,

Aku mula dengan pengetahuan yang total kosong . Sejak lahir , guru pertama aku ialah persekitaran . Keluarga dan kawan-kawan . Guru utama aku of course la mama dengan ayah .

Mama ajar aku ABC & 123 . Mama ajar aku membaca , menulis , mengira .

Untuk pengetahuan semua , aku pergi tadika dulu tak sampai seminggu pun . Aku yang taknak . Mama aku dulu pernah jadi guru besar dekat tadika aku tu , lorong sebelah rumah je . Dekat je . So , aku taknak belajar dekat tadika , aku nak belajar dekat rumah je . Aku taknak berkawan .

Melarat sampai sekolah rendah , aku taknak pergi sekolah . Tapi kena paksa . Yelah , kalau tak pergi sekolah , nak jadi apa ? Tabah betul cikgu aku masa darjah satu . Sanggup dia pujuk aku jangan menangis . Teruk betul aku nie dulu . Orang lain seronok jumpa kawan , aku takut nak berkawan . Ahaks . Sampai darjah enam pun sebenarnya aku agak selalu ponteng sekolah . Untung je UPSR aku dapat Straight A's .

Aku still ingat lagi , cikgu BM aku mesti akan ketuk tangan pakai pembaris kayu kalau ade kesalahan ejaan . Lepas tu kena salin perkataan tue banyak-banyak kali . Perkataan famous yang selalu salah emm , 'berkerja' , sepatutnya 'bekerja' kan ? Cikgu Alinah , saya tak lupa :) Sebab kena ketuklah , saya jadi apa saya sekarang :D

Cikgu Matematik aku pula selalu soal sifir setiap kali awal kelas dia . Kalau tak dapat jawab , dapat la hadiah 'roti kering' . Sakit wehh , sumpah sakit kena rotan dengan 'roti kering' dia tue . Hehe .

Banyak lagi kot cerita dekat sekolah rendah . Aku rindu . Terima kasih , cikgu .

Bila masuk sekolah menengah aku dah tak suka ponteng sekolah . Aku dah pandai berkawan . Aicehh . Kat sini aku jumpa lebih ramai lagi cikgu . Hmm . Nak cerita semua memang aku tak larat .

Tapi paling aku ingat , masa aku Form 2 . Dulu masa aku Form 2 , aku nakal . Siap kena panggil dengan cikgu disiplin lagi . Huahua . Nie semua gara-gara perangai kitorang satu geng yang selalu masuk kelas BM lambat . So cikgu BM kitorang ingat kitorang ponteng kelas dia , then dia pun mengadu dekat cikgu disiplin . Apa lagi , dapatlah habuannya . Tak pasal-pasal je cikgu disiplin minta autograf kitorang untuk simpan dalam kad merah . Heee :D

Setiap kali hari guru , mesti masing-masing busy nak cari hadiah bagi dekat cikgu . Aku pun tak ingat hadiah apa yang pernah aku bagi . Ahaks . Bila hari guru je , mestilah ada sambutan kan . So adalah persembahan apa semua . Aku rindu .

Sekarang dah masuk universiti , tak ada kot sambutan hari guru . Tak ada persembahan nyanyian , lakonan segala bagai lagi . Dah tak adanya aku nak buat persembahan silat untuk sambut VIP of the day . Aku rindu .

Tapi walau apa pun , cikgu-cikgu nie juga yang bagi aku ilmu sampai aku jadi apa aku sekarang . Walaupun tak ada apa yang boleh dibanggakan , tapi sekurang-kurangnya aku masih lagi jadi seorang insan yang tahu bezakan mana baik mana buruk . Alhamdulillah .

Terima kasih Tuhan sebab bagi aku cikgu-cikgu yang awesome .
Terima kasih Mama & Ayah sebab jadi cikgu terbaik .
Terima kasih cikgu-cikgu SK Taman Universiti 2 .
Terima kasih cikgu-cikgu Sekolah Agama Taman Universiti .
Terima kasih cikgu-cikgu SMK Taman Universiti .
Terima kasih cikgu-cikgu tuisyen .
Terima kasih pensyarah-pensyarah UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru .
Terima kasih . Terima kasih sangat-sangat .

Sepuluh juta kali terima kasih pun tak mampu nak balas jasa kalian semua . Semoga Tuhan memberkati kalian .

Memories .

Aku dulu pernah jadi cikgu tadika . Aku tahu macam mana rasanya nak menghadapi students yang nakal . Aku tahu macam mana harapan cikgu untuk students faham apa yang kita ajar . Aku tahu macam mana rasanya jadi seorang pendidik . Apa yang paling perlu adalah , KESABARAN .

Rindunya :/


Akhir kata ,
SELAMAT HARI GURU , GURU-GURU .

Sincerely Yours,
NURUL HIDAYAH KHAIRUDIN

awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, May 15, 2011

How do you picture yourself in 10 years?

Assalamualaikum :)

Hari ini aku dengan Kak Nab join satu program dengan some of ex-SMIHians dekat Tasik UTM Skudai . FYI , kitorang tak sekolah kat SMIH tue pun dulu . So , rasa macam quite alienated lah kan sebab diorang jumpa kawan-kawan lama , you all tau lah kan macam mana kalau si gadis-gadis dah lama tak jumpa . That was not a problem , though .

We should be at IKRAM's office at 7.30 am tau actually , tapi all of my family members ter-overslept . Huh -_-
Aku tersedar je dah pukul 7.20 am , then terus kejut Kak Nab and mama ayah pun terbangun sekali . Hee , takdela kelam kabut sangat kan , tak elok . Chill sudah :P Then , aku terus pergi mandi and qada' solat Subuh (astaghfirullah al azim) . Lastly , by 8 am juga baru bertolak pergi pejabat IKRAM .

Sampai-sampai je kat sana , keadaan sangat lengang . Ingatkan dah kena tinggal . Rupa-rupanya ada lagi yang lebih lambat daripada kitorang . Hehe . Then ada kakak yang handle program kitorang nie datang , then bawak kitorang pergi Tasik UTM . Oh , sebenarnya aku dengan Kak Nab taktau pun ape akiviti hari ini and even kat mana pun kitorang taktau . To be honest , sebenarnya mama yang suruh kitorang pergi program nie :) Kitorang main redah je tau . Huuu ^^

We were so blur okay ? Just imagine lah macam mana nak mingle dalam group yang kita tak kenal and even kalau kenal pun , tak pernah berbual . Yeahyeah , we had to face the situation . And once again , that was not a problem :D We just followed the flow and alhamdulillah , everything was fine , just fine :)

The first thing we did is having our breakfast . Some of senior SMIH yang plan program nie buat macam potluck lah , bawa makanan sikit-sikit and share kan . We , the juniors , tinggal makan je . Hee :D

Lepas tummy kitorang full , then baru mula next aktiviti . Mula-mula sekali of course lah ada sesi taaruf kan , ataupun lebih dikenali dengan sesi suai kenal . Ahaks , most of them memang dah kenal each other kan . Then ada one moment , bila aku pandang kiri , tiba-tiba je a cousin of mine , Aishah ada dekat situ , selang beberapa orang daripada aku :D

Typical sesi taaruf lah , kenalkan nama semua , tapi this time ada difference sikit . We had to add an adjective that begins with the same initial letter as our nicknames . Okay , aku punya Handsome Hidayah . Err , weird ? Lantak pi lah . Huahua :P Ada la lebih kurang 30 orang kot dalam piknik nie .

And then kitorang main games called as "Tirai Ukhuwah" dengan "Belalang Belatuk" . Alright , rasanya tak payah la nak cerita macam mana games tue . All I can say is , the games were good and I enjoyed :)

So here we go the main topic of the entry . Heeeeeee :D (Panjang sangat ke mukadimah tue?)
Jom aku share , rasa tak elok kalau aku simpan untuk diri sendiri je .

So macam nie , Kak Maryam , senior SMIH as well as my neighbour ada bagi macam satu tazkirah la kot eh . Dia cerita pasal angan-angan . Angan-angan masa kat Syurga nanti . Pernah korang terbayang secara spesifik tak macam mana keadaan kita kalau kita masuk Syurga nanti?


Kak Maryam ada cerita nanti kita bila kat Syurga , bayangkanlah nanti ada perjumpaan dengan Mus'ab Umair . Korang tau kisah dia ? Then lepas jumpa dengan Musab Umair , lepas dia cerita sendiri kisah hidup suka duka dia kat dunia , dia nak minta diri . Kata dia , "Aku ada perjumpaan dengan Rasulullah." dan dia bawa kita semua yang di Syurga jumpa Rasulullah sekali .

Korang bayangkanlah kita dapat jumpa Rasulullah . Korang nak jadi apa ? Pembuat air Rasulullah ? Tukang urut Rasulullah ? Subhanallah , seronok sangat kan ? Rasulullah pun cerita kisah Baginda semua . Walaupun kita konon-konon dah tahu semua kisah , tapi berbeza kan kalau dengar sendiri dari mulut Rasulullah ? Perasaan tue pasti berbeza , memang berbeza .

Habis je Rasulullah bercerita , kita semua ada perjumpaan lagi , tapi kali nie tak semua boleh pergi . Hanya hamba-hamba yang dipilih Rasulullah sahaja yang akan mengikutnya bertemu dengan Allah SWT , Tuhan Yang Mencipta dan Yang Berkuasa . Maka menangis penuh menyesallah yang tak terpilih itu .

Sedih aku dengar , rasa macam nak menangis . Entah layak ke tidak aku masuk Syurga pun , aku taktahu . Inikan pula nak berjumpa dengan Pencipta kita :'(

What's the point of life kalau kita tak dapat jumpa Pencipta kita ? Maka sia-sialah hidup kita , kawan-kawan .

Kenapa ? Kenapa tak dapat jumpa Tuhan yang mencipta kita ? Kenapa ? Sebab amal kita tak cukup banyak . Sebab dalam dunia , kita tak berjihad pada jalan Allah . Tahu apa maksud jihad ? Jihad maksudnya buat dengan sungguh-sungguh sampai kita tak larat . Lebih kurang macam tue la , wallahualam .

Kalau tak silap aku , kalau daya ingatan aku nie tak nazak lagi , Musab Umair kan yang kena pilih antara ibu dengan Islam ? Correct me if I'm wrong . Tahu tak dia sangat close dengan ibu bapa dia , dia anak emas parents dia , dan dia sangat kaya . Tapi dia sanggup tinggalkan semua tue demi Islam . Syahid dia di jalan Allah . Kalau dulu dia pakai baju ala-ala Calvin Klein , yang branded semua lah kan , tapi lepas dia pilih Islam instead of kesenangan dia semua , baju dia compang-camping . Koyak sana sini .

Kata Kak Maryam , lebih mulia tau hamba yang berpakaian compang-camping kerana menegakkan kebenaran agama Islam daripada manusia yang berpakaian lawa-lawa , yang mukanya cantik , handsome takde jerawat sebiji pun . Dahsyat kan ?

So , pilihlah , nak mulia di mata Allah ke nak mulia di mata manusia ?

How do you picture yourself in 10 years ?

Kalau tanya soalan nie , mesti ramai yang jawab ;

"10 tahun lagi saya dah ada kereta mewah , Lamborghini ke , FairLady ke , Ferrari ke . Mana-mana pun bolehlah ."

"10 tahun lagi saya dah ada keluarga yang bahagia , isteri yang cantik , anak-anak yang comel ."

"InsyaAllah 10 tahun lagi saya dah jadi seorang peguam , doktor , arkitek , pensyarah , blabla . Gaji sebulan emmm , adalah dalam 10K ."

Pernah tak korang dengar mana-mana orang jawab macam nie ;

"InsyaAllah 10 tahun lagi saya dah lulus nak masuk Syurga , saya boleh jumpa Rasulullah , saya boleh jumpa Pencipta kita ." (Amiiiiin~)

Kenapa kecil sangat cita-cita kita ? Bila kita mula nak usaha untuk melayakkan diri masuk Syurga nie ? Rasa dah cukup ke amal nak masuk Syurga , nak jumpa Allah ?

Takpayah cakap jauh-jauh lah , tengok diri sendiri je cukup . Dosa aku nie agak-agaknya dah sama banyak dengan berapa biji gunung lah kan ? Entah amalan aku nie cukup ke tak untuk cukupkan syarat nak masuk Syurga kan . Nak cukupkan solat fardhu pun still liat lagi . Hmmmm .

Hello , Syurga tue mahal tau , jangan ingat nak beli FairLady je mahal , nak jejak Syurga tue , jauh lebih mahal harga dia tau . So apa lagi , jom lah mula menabung wahai sahabat handai sekalian .

Berubahlah ke arah kebaikan . Jangan tangguh lagi . Kita pun taktau sampai bila kita hidup dalam dunia nie . Kan rugi kalau kita mati sebelum sempat bertaubat . Kan rugi kalau kita mati sebelum sempat kita penuhkan tabung kita . Kan rugi kalau kita tak dapat jumpa Pencipta kita . Kan rugi kalau kita gagal nak jejakkan kaki ke Syurga Firdaus . Rugi takkkkk ?

Jangan malas-malas , nanti Allah pun malas dengan kita .
Jangan kata "Nantilah aku solat" , nanti Allah pun kata "Nantilah aku bagi pahala."
Jangan kata "Malaslah nak buat baik." , nanti Allah kata "Malaslah aku nak bagi Syurga."

Tak takut ke?

Nanti bila sampai masa Malaikat Izrail datang nak cabut nyawa , boleh ke kita nak cakap "Tunggu sekejap , aku nak bertaubat . Aku belum bersedia nak mati lagi . Amal aku belum cukup . Aku takut kalau aku mati , aku tak dapat jumpa Tuhan . Aku janji aku akan buat baik banyak-banyak . Boleh tak bagi aku sikit masa? "

TAK ADA MAKNANYA . IN YOUR DREAM . JANGAN HARAPLAH .

Dalam al-Quran ada cakap , kita tak akan dapat sesaat lebih atau kurang pun kalau ajal kita dah sampai . Kalau Allah kata pukul 2.30 petang kita ditarik nyawa , tepat pukul 2.30 lah kita akan mati . Tak lebih satu saat , tak kurang satu saat pun .

Tak takut ke ?

So , renunglah diri sendiri . How do you picture yourself in 10 years ? Pilihlah sama ada nak jadi seorang usahawan yang berjaya ataupun seorang umat yang berpakaian compang-camping macam Musab Umair tue . Semoga kita sama-sama mendapat redha dan berkat Allah .

Jomlah kejar Akhirat , janganlah sibuk kejar dunia je .

Hm , rasanya cukuplah . Harap-harap ada yang terkesan , walaupun sikit . Kalau banyak , lagi bagus . InsyaAllah aku boleh dapat pahala sekali kan :)
Semua yang baik datang dari Allah , yang buruk datang dari aku sendiri . Wassalam .

awak tolong LIKE ya ? :)