Dear Followers :)

Sunday, May 15, 2011

How do you picture yourself in 10 years?

Assalamualaikum :)

Hari ini aku dengan Kak Nab join satu program dengan some of ex-SMIHians dekat Tasik UTM Skudai . FYI , kitorang tak sekolah kat SMIH tue pun dulu . So , rasa macam quite alienated lah kan sebab diorang jumpa kawan-kawan lama , you all tau lah kan macam mana kalau si gadis-gadis dah lama tak jumpa . That was not a problem , though .

We should be at IKRAM's office at 7.30 am tau actually , tapi all of my family members ter-overslept . Huh -_-
Aku tersedar je dah pukul 7.20 am , then terus kejut Kak Nab and mama ayah pun terbangun sekali . Hee , takdela kelam kabut sangat kan , tak elok . Chill sudah :P Then , aku terus pergi mandi and qada' solat Subuh (astaghfirullah al azim) . Lastly , by 8 am juga baru bertolak pergi pejabat IKRAM .

Sampai-sampai je kat sana , keadaan sangat lengang . Ingatkan dah kena tinggal . Rupa-rupanya ada lagi yang lebih lambat daripada kitorang . Hehe . Then ada kakak yang handle program kitorang nie datang , then bawak kitorang pergi Tasik UTM . Oh , sebenarnya aku dengan Kak Nab taktau pun ape akiviti hari ini and even kat mana pun kitorang taktau . To be honest , sebenarnya mama yang suruh kitorang pergi program nie :) Kitorang main redah je tau . Huuu ^^

We were so blur okay ? Just imagine lah macam mana nak mingle dalam group yang kita tak kenal and even kalau kenal pun , tak pernah berbual . Yeahyeah , we had to face the situation . And once again , that was not a problem :D We just followed the flow and alhamdulillah , everything was fine , just fine :)

The first thing we did is having our breakfast . Some of senior SMIH yang plan program nie buat macam potluck lah , bawa makanan sikit-sikit and share kan . We , the juniors , tinggal makan je . Hee :D

Lepas tummy kitorang full , then baru mula next aktiviti . Mula-mula sekali of course lah ada sesi taaruf kan , ataupun lebih dikenali dengan sesi suai kenal . Ahaks , most of them memang dah kenal each other kan . Then ada one moment , bila aku pandang kiri , tiba-tiba je a cousin of mine , Aishah ada dekat situ , selang beberapa orang daripada aku :D

Typical sesi taaruf lah , kenalkan nama semua , tapi this time ada difference sikit . We had to add an adjective that begins with the same initial letter as our nicknames . Okay , aku punya Handsome Hidayah . Err , weird ? Lantak pi lah . Huahua :P Ada la lebih kurang 30 orang kot dalam piknik nie .

And then kitorang main games called as "Tirai Ukhuwah" dengan "Belalang Belatuk" . Alright , rasanya tak payah la nak cerita macam mana games tue . All I can say is , the games were good and I enjoyed :)

So here we go the main topic of the entry . Heeeeeee :D (Panjang sangat ke mukadimah tue?)
Jom aku share , rasa tak elok kalau aku simpan untuk diri sendiri je .

So macam nie , Kak Maryam , senior SMIH as well as my neighbour ada bagi macam satu tazkirah la kot eh . Dia cerita pasal angan-angan . Angan-angan masa kat Syurga nanti . Pernah korang terbayang secara spesifik tak macam mana keadaan kita kalau kita masuk Syurga nanti?


Kak Maryam ada cerita nanti kita bila kat Syurga , bayangkanlah nanti ada perjumpaan dengan Mus'ab Umair . Korang tau kisah dia ? Then lepas jumpa dengan Musab Umair , lepas dia cerita sendiri kisah hidup suka duka dia kat dunia , dia nak minta diri . Kata dia , "Aku ada perjumpaan dengan Rasulullah." dan dia bawa kita semua yang di Syurga jumpa Rasulullah sekali .

Korang bayangkanlah kita dapat jumpa Rasulullah . Korang nak jadi apa ? Pembuat air Rasulullah ? Tukang urut Rasulullah ? Subhanallah , seronok sangat kan ? Rasulullah pun cerita kisah Baginda semua . Walaupun kita konon-konon dah tahu semua kisah , tapi berbeza kan kalau dengar sendiri dari mulut Rasulullah ? Perasaan tue pasti berbeza , memang berbeza .

Habis je Rasulullah bercerita , kita semua ada perjumpaan lagi , tapi kali nie tak semua boleh pergi . Hanya hamba-hamba yang dipilih Rasulullah sahaja yang akan mengikutnya bertemu dengan Allah SWT , Tuhan Yang Mencipta dan Yang Berkuasa . Maka menangis penuh menyesallah yang tak terpilih itu .

Sedih aku dengar , rasa macam nak menangis . Entah layak ke tidak aku masuk Syurga pun , aku taktahu . Inikan pula nak berjumpa dengan Pencipta kita :'(

What's the point of life kalau kita tak dapat jumpa Pencipta kita ? Maka sia-sialah hidup kita , kawan-kawan .

Kenapa ? Kenapa tak dapat jumpa Tuhan yang mencipta kita ? Kenapa ? Sebab amal kita tak cukup banyak . Sebab dalam dunia , kita tak berjihad pada jalan Allah . Tahu apa maksud jihad ? Jihad maksudnya buat dengan sungguh-sungguh sampai kita tak larat . Lebih kurang macam tue la , wallahualam .

Kalau tak silap aku , kalau daya ingatan aku nie tak nazak lagi , Musab Umair kan yang kena pilih antara ibu dengan Islam ? Correct me if I'm wrong . Tahu tak dia sangat close dengan ibu bapa dia , dia anak emas parents dia , dan dia sangat kaya . Tapi dia sanggup tinggalkan semua tue demi Islam . Syahid dia di jalan Allah . Kalau dulu dia pakai baju ala-ala Calvin Klein , yang branded semua lah kan , tapi lepas dia pilih Islam instead of kesenangan dia semua , baju dia compang-camping . Koyak sana sini .

Kata Kak Maryam , lebih mulia tau hamba yang berpakaian compang-camping kerana menegakkan kebenaran agama Islam daripada manusia yang berpakaian lawa-lawa , yang mukanya cantik , handsome takde jerawat sebiji pun . Dahsyat kan ?

So , pilihlah , nak mulia di mata Allah ke nak mulia di mata manusia ?

How do you picture yourself in 10 years ?

Kalau tanya soalan nie , mesti ramai yang jawab ;

"10 tahun lagi saya dah ada kereta mewah , Lamborghini ke , FairLady ke , Ferrari ke . Mana-mana pun bolehlah ."

"10 tahun lagi saya dah ada keluarga yang bahagia , isteri yang cantik , anak-anak yang comel ."

"InsyaAllah 10 tahun lagi saya dah jadi seorang peguam , doktor , arkitek , pensyarah , blabla . Gaji sebulan emmm , adalah dalam 10K ."

Pernah tak korang dengar mana-mana orang jawab macam nie ;

"InsyaAllah 10 tahun lagi saya dah lulus nak masuk Syurga , saya boleh jumpa Rasulullah , saya boleh jumpa Pencipta kita ." (Amiiiiin~)

Kenapa kecil sangat cita-cita kita ? Bila kita mula nak usaha untuk melayakkan diri masuk Syurga nie ? Rasa dah cukup ke amal nak masuk Syurga , nak jumpa Allah ?

Takpayah cakap jauh-jauh lah , tengok diri sendiri je cukup . Dosa aku nie agak-agaknya dah sama banyak dengan berapa biji gunung lah kan ? Entah amalan aku nie cukup ke tak untuk cukupkan syarat nak masuk Syurga kan . Nak cukupkan solat fardhu pun still liat lagi . Hmmmm .

Hello , Syurga tue mahal tau , jangan ingat nak beli FairLady je mahal , nak jejak Syurga tue , jauh lebih mahal harga dia tau . So apa lagi , jom lah mula menabung wahai sahabat handai sekalian .

Berubahlah ke arah kebaikan . Jangan tangguh lagi . Kita pun taktau sampai bila kita hidup dalam dunia nie . Kan rugi kalau kita mati sebelum sempat bertaubat . Kan rugi kalau kita mati sebelum sempat kita penuhkan tabung kita . Kan rugi kalau kita tak dapat jumpa Pencipta kita . Kan rugi kalau kita gagal nak jejakkan kaki ke Syurga Firdaus . Rugi takkkkk ?

Jangan malas-malas , nanti Allah pun malas dengan kita .
Jangan kata "Nantilah aku solat" , nanti Allah pun kata "Nantilah aku bagi pahala."
Jangan kata "Malaslah nak buat baik." , nanti Allah kata "Malaslah aku nak bagi Syurga."

Tak takut ke?

Nanti bila sampai masa Malaikat Izrail datang nak cabut nyawa , boleh ke kita nak cakap "Tunggu sekejap , aku nak bertaubat . Aku belum bersedia nak mati lagi . Amal aku belum cukup . Aku takut kalau aku mati , aku tak dapat jumpa Tuhan . Aku janji aku akan buat baik banyak-banyak . Boleh tak bagi aku sikit masa? "

TAK ADA MAKNANYA . IN YOUR DREAM . JANGAN HARAPLAH .

Dalam al-Quran ada cakap , kita tak akan dapat sesaat lebih atau kurang pun kalau ajal kita dah sampai . Kalau Allah kata pukul 2.30 petang kita ditarik nyawa , tepat pukul 2.30 lah kita akan mati . Tak lebih satu saat , tak kurang satu saat pun .

Tak takut ke ?

So , renunglah diri sendiri . How do you picture yourself in 10 years ? Pilihlah sama ada nak jadi seorang usahawan yang berjaya ataupun seorang umat yang berpakaian compang-camping macam Musab Umair tue . Semoga kita sama-sama mendapat redha dan berkat Allah .

Jomlah kejar Akhirat , janganlah sibuk kejar dunia je .

Hm , rasanya cukuplah . Harap-harap ada yang terkesan , walaupun sikit . Kalau banyak , lagi bagus . InsyaAllah aku boleh dapat pahala sekali kan :)
Semua yang baik datang dari Allah , yang buruk datang dari aku sendiri . Wassalam .

awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment