Dear Followers :)

Monday, May 2, 2011

All down but something bigger comes up

Assalamualaikum :)

Akhirnya , sem dua dah selesai . Final exam dah tamat . Nak kata lega , tak la sangat sebab aku ade tak sampai sebulan pun untuk hilangkan semua penat lelah . Tak apa , ini semua kita namakan dia LIFE . Kan ?

Semalam last paper , Marketing . Macam biasa , killer paper dia bagi last-last . Konon-konon macam nak bagi kesempatan untuk students catch up yang blur-blur dan buat revision la kan . Tapi bagi students yang taktau menghargai masa macam aku , setiap masa terluang tue aku gunakan untuk tidur . Hebat tak ? Yelah , ingat tak penat ke menghadap buku je memanjang ?

Lagipun kan penah cakap , to reach the top , u don't have to be a bookworm . Just stay cool and give your best . Haha taktau la makhluk mana yang berani cakap macam tue . Habis kalau knowledge aku zero , stay cool je la eh? Nak give the best macam mananya ? Hadoi =='

Eh , back to the topic . Subjek Marketing nie bolehlah aku cakap macam kakak subjek Management yang aku dah bakar sem lepas . Ramai orang cakap Marketing nie lagi simple dan mudah drpd Management . Entah kat mana silap aku , aku tak rasa macam tue pun :D Mungkin sebab aku tak catch up kot , lagipun chapter dia lebih banyak . Huhhh =='

Malam before exam , aku dengan Yana stay up untuk habiskan 12 chapters tue . Orang lain sume macam dah rileks je , tak baca buku sungguh-sungguh pun macam kitorang . Diorang dah tidur , kitorang still belum tidur . Diorang dah bangun , kitorang still belum tidur juga . Sakitnya hati :'(


Bila sampai chapter 9 , rasa macam dah tak larat sangat . Bukan fade up , tapi sungguh , kami tak larat . Setakat itu je kudrat yang ada . Apa yang dah cuba hafal , kami revise balik . Chapter 10 sampai 12 kami redha je . Nasib baik mama rileks je cakap kalau dah tak larat , takpayah la paksa . Hihi :D

10 minit sebelum gerak pergi dewan peperiksaan , aku baca sepantas kilat chapter 10 sampai 12 . Memang aku baca je , tak masuk apa-apa pun dalam otak . Pfft ==' Tak , aku tak menyesal . Cuma , subjek inilah yang aku paling nervous untuk aku hadap . Subjek Marketing memang seekor pembunuh . Dia telah membunuh hati aku . (dramatik tak? :P)

Inilah kali pertama aku masuk dewan peperiksaan dengan air mata yang tertitis . Hati aku sedih . Sebak . Aku sangat risau kalau Yana keluar sangat awal sebab dia macam sudah jatuh tertimpa tangga . Kata dia , dia dah terlupa semua yang dia dah study . Aku taknak dia repeat paper sebab aku tahu nanti sakit :'(

Bila duduk , tangan aku menggigil . Aku macam takde kudrat untuk menulis , apatah lagi berfikir . Puas aku berdoa , puas aku merintih pada Tuhan sebelum aku mula menjawab soalan . Sungguh , aku risau keadaan Yana . Macam peha kanan kena cubit , peha kiri terasa juga . Alhamdulillah , mungkin Allah bagi kekuatan itu pada kami . Terima kasih , Tuhan .

Satu jam berlalu . Dua jam berlalu . Yana masih setia duduk di belakang aku . Alhamdulillah , mungkin dia berusaha untuk menjawab . Aku sedikit lega . Aku pula , dah selesai menjawab , ada soalan yang aku tinggalkan sebab memang tak terlintas langsung dalam fikiran nie apa jawapan dia . Dan aku tak mampu untuk perah otak aku yang sudah kering . Apa yang aku mampu lakukan , berdoa semoga Allah ilhamkan jawapan untuk soalan tue .

Tapi bila Yana dah keluar dewan , aku tak mampu tunggu lagi . Aku pasrah . Then aku pun ikat kertas jawapan dan keluar meninggalkan dewan peperiksaan . Lalu aku pun jejak Yana untuk sama-sama kami selesaikan masalah yang masih belum selesai . Buat pertama kalinya aku keluar dewan sebelum waktunya .

Kami penat . Kami tak cukup tidur . Kami penat otak . Kami penat badan . Kami penat . Sangat penat .

Mama , Ayah , Puan Zu , saya minta maaf kalau saya takdapat bagi yang terbaik . Hanya itu yang saya mampu :/

Ya Allah , permudahkan urusan kami , Tuhan . Aku tahu ini ketentuanMu tapi Kau permudahkanlah . Kuatkanlah hati Yana , tenangkan hati orang-orang di sekelilingnya . Aku tak pernah rasa penat untuk memohon pertolongan daripadaMu kerana aku yakin Kau sedang mendengar . Kau perkenankanlah doaku , Tuhan . Amiin ~


Damn tired .

awak tolong LIKE ya ? :)

4 comments:

  1. tertitis air mata aku bace yg ini :'(
    aku tak sangka ape yg aku ckp effect kat kau.kecian kau :( aku mintak maaf , ye yaa..
    anyway, kite dah cuba yg terbaik yg termampu. even kite bece last minute, tp, kite tetap dah usaha, kan? kpd Allah je lah tmpat kite berserah sekarang nie :) ILUSFDM

    ReplyDelete
  2. hehe . mane bole tak effect , u're part of my life . yup yup , kita dah cuba yg terbaik . tawakal je skg nie :D I love you so fuckin damn much too . huahua :P

    ReplyDelete
  3. hehehe :) romantik gak kau nie kekadang . haha :P bukan kekadang lah. selalu kau romantik :)

    ReplyDelete
  4. hahaha . memang la aku romantik :) untunglaaa nanti laki aku . eh? puji diri sendiri la pulak :P

    ReplyDelete