Dear Followers :)

Wednesday, May 18, 2011

Tuhan itu memang Maha Penyayang :)

Assalamualaikum :D

Semalam ada pergi satu program yang diceramahkan oleh Pak Madani , dari Indonesia ya ibuk-ibuk bapak-bapak sekalian :D

Ceramah itu yaaa katanya untuk pelajar-pelajar IPT . Naaaaa . Pengantarnya panjang berjela , pointnya sikit bangat . Tapi apa pun , yang penting adalah contentnya yang mampat dan padat . Bukan begitu bapak-bapak , ibuk-ibuk yang dirahmati Allah sekalian ? (sila baca dgn slang indonesia)

HAHA :P

Okay , aku ringkaskan je lah ya .

Ada tiga tips untuk menjadikan setiap hari-hari kita lebih baik dan terus membaik .

Pertamanya , pasang NIAT .
Kedua , pasang TARGET .
Dan ketiga , pasang SRATEGI .

So sebenarnya hari nie aku nak cakap pasal kaitan niat dengan betapa penyayangnya Tuhan kita , mengikut pandangan aku . U olls yang bijaksana bijaksini nak tahu ?

Ehem .

Niat itu yang paling utama . Tiap-tiap perkara kecil yang kita buat pun boleh jadi amalan kalau awal-awal lagi nawaitu kita baik .

Percaya tak tolong buka pintu boleh jadi pahala ?
Percaya tak update blog boleh jadi pahala ?

Percayalah . Tolong percaya .
Asalkan niat kita baik .
Dan kadang-kadang , niat itu boleh jadi lebih baik daripada amalan kita sendiri .
Hebat kan Islam ? :)

Pernah tak korang plan something , tapi selalu je ada halangan ? Mesti rasa macam nak mengamuk kan ? Tapi pernah tak korang terfikir apa hikmahnya bila plan kita tue tak menjadi ?
Mungkin sebab ada yang tak kena dengan niat kita .

Tak faham ?

Okay , contohnya :
Si lelaki plan nak pergi jogging dengan si gadis . Baik tak niat diorang ? Nak pergi sihatkan badan , bersenam . Tapi dalam pada masa yang sama , dorang plan nak berromentik pulakk kat taman rekreasi tue ha .

So kat situ niat dia dah jadi tak baik kan ? Nak tengok betapa Allah sayangnya hamba Dia , Dia jadikan ibu si lelaki tiba-tiba je nak guna kereta . Then tak dapatlah diorang nak jogging sebab takde transport . Si gadis nie pulak takreti bawa kereta . Maka , tak jadi la diorang nak berromentik bagai .

See ? Nampak tak Allah sayang kita ? Nampak tak Allah sebenarnya nak lindungi kita daripada perkara-perkara buruk ataupun dosa ? Tak rasa bersyukur ke bila kita sebenarnya tanpa sedar dah terselamat daripada buat dosa ?

So apa-apa pun , bersyukurlah . Setiap apa yang jadi kat kita tue sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita . Allah itu Maha Mengetahui , Allah itu Maha Melihat , Allah itu Maha Berkuasa .

Pernah korang dianiaya ? Difitnah mungkin ? Jangan melatah . Jangan sedih . Tapi bersyukurlah dan sentiasa redha dan terima segala takdir dengan hati yang terbuka . Cukuplah kalau korang tahu Allah itu sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar dan orang-orang yang sabar . Cukup , terlalu cukup . Itu memang pasti .

Allah akan sulitkan keadaan kalau kita berniat jahat dan Allah akan permudahkan urusan kita kalau kita berniat baik . Percaya tak sekarang ?

Kalau rasa macam kita tak terlindung daripada buat dosa , maksudnya bila nak buat dosa je selalu line clear , takde halangan , aku rasa baik kita duduk dalam bilik diam-diam , fikir balik apa yang kita dah buat ataupun bahasa skematiknya muhasabah diri semula .

Taknak ke Tuhan lindung kita daripada dosa maksiat semua tue ? At least takde lah bertambah dosa kita yang memang dah banyak nie . Kan ?

Whatever it is , it's all up to you . It depends on yourself :)

Kalau aku sendiri , aku dah ada terrrrrlalu banyak dosa . Aku kena belajar daripada kesilapan lampau . It is a MUST . Sedaya upaya aku beri peluang kepada perubahan . Aku taknak cakap "Kalau masa boleh diputarkan balik , aku memang takkan buat ini buat itu ." , sebab kan tak elok guna perkataan "Kalau" :)

Menyesal memang menyesal . Tapi kenalah jadikan yang lepas sebagai pengajaran . Kalau dah tahu tak elok , cepat-cepat la berusaha tinggalkan . Perkara yang baik-baik pula jangan maintain-kan , tapi teruslah upgrade-kan .

So , moral of the story :
1) Niatlah yang baik-baik , insyaAllah Allah permudahkan semua urusan kita .
2) Bersyukurlah dengan semua ketentuan Tuhan , sebab boleh jadi itu yang terbaik untuk kita . Allah kan Maha Mengetahui :)
3) Bila ditimpa musibah , sebenarnya Allah nak naikkan darjat kita sebagai hambaNya , taaaapi orang-orang yang bersyukur dan bersabar dan tak lari daripada jalan Allah apabila ditimpa musibah je yang akan dinaikkan darjat . Ingat itu !

Tahu tak Allah akan uji kita pada kelemahan kita ? Sebabnya , Allah nak kita sentiasa tingkatkan diri kita dan jadi seorang yang lebih baik . Bila dah diuji , la tahzan . Jangan bersedih . Tapi carilah penyelesaiannya . Bukan dengan bunuh diri , tapi dengan kembali kepada jalan Allah yang terang-benderang , yang jalannya bukan sahaja ada lampu jalan tapi siap dengan spotlight , dengan lampu warna-warni lagi . Cantik kan ? :)

Berikan peluang kepada perubahan . Silakan :D
Wassalam ..

awak tolong LIKE ya ? :)

2 comments: