Dear Followers :)

Saturday, May 7, 2011

Baris , sedia !


Nanti
Kalau dia kata
"Selamat tinggal"
Jangan aku menangis
Senyum , jangan sampai tertitis air mata itu
Gelaklah , gelak sepuas hatiku
Gelakkan kebodohan diri sendiri
Jangan salahkan dia
Sebab memang bukan salah dia
Tapi silap aku

Tak pernah dia kata cinta
Cuma rindu
Tak pernah dia janjikan apa-apa
Cuma kata-kata

Expect for the best ,
Be prepared for the worst .
Aku pegang .
Aku akan pegang itu .

Nanti
Jika dia kata
"Sudikah kau menjadi yang halal bagiku?"
Menangislah
Bukan sedih , bukan
Tapi terlalu gembira
Senyumlah sampai ke telinga pun
Tiada siapa kisah
Syukur sejuta kali syukur
Itu nikmat Tuhan ,
Jangan pernah lupa itu .
Dan
Ingin aku tunjukkan kebodohan diri sekali lagi
Aku harapkan itu .

Tidak ,
Aku tidak kata aku bodoh sayangkan dia
Cuma aku bodoh kerana terlalu mengharap
Sila berhenti berharap .

Memang kata hati aku cakap
Tulang rusuk aku , dia yang punya
Tapi belum tentu lagi
Itu kata hati aku
Belum tentu kata Tuhan lagi

Yang Di Atas sana ada
Sentiasa ada
Jangan aku bimbang
Tolong jangan bimbang

Bersiap sedialah dengan ketentuan Tuhan yang Satu itu .
:)



awak tolong LIKE ya ? :)

3 comments:

  1. kak dayah, bukan dia tulang rusuk hang. hang tu yg tulang rusuk dye. sila lah betul kan entry anda. kang hang yg jd lelaki pulak. dye perempuan, ape lah hang nie. :) anyway . love u ;)

    ReplyDelete
  2. muahahaha . yeke? aaaaa ok2 , terima kasihlah ya :) love u more ♥

    ReplyDelete