Dear Followers :)

Sunday, May 29, 2011

Cinta internet

Assalamualaikum ,

Entah kenapa tadi aku buka new tab dan terus mencari laman web google kemudian aku taipkan pula 'cinta internet' .

Beberapa kisah aku temukan . Ada yang baik ada yang buruk . Entahlah . Aku tak pasti dalam kategori apa aku sekarang .

Memang betul pertemuan di internet teramat sukar untuk aku selak kejujuran dan keikhlasan dia .
Apa yang aku harapkan cuma petunjuk dari Ilahi dan gerak hati nurani ini sendiri .
Dan yang lain , aku serahkan pada Tuhan .

Aku mula takut untuk terlalu berharap kerana tiada yang pasti . Aku tidak boleh terlalu kecewa andai suatu hari nanti benda tidak seperti yang aku harapkan .

Andai suatu hari nanti kisah kami terhenti tiada pengakhiran , janganlah kamu semua ketawakan aku sebab itu bukan apa yang aku inginkan . Tolonglah bersama aku dan berikan kata-kata semangat .

Tapi ketahuilah kamu wahai jejaka , aku sentiasa mendoakan dan mengharapkan satu ending yang membahagiakan untuk kisah kita berdua . Ketahuilah aku mengharapkan kejujuran dan keikhlasan daripada kau , kerana aku sudah memberikannya pada kau lama dahulu .

Kalian , tolong doakan kebahagiaan aku . Semoga Allah memberkati .

awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment