Dear Followers :)

Tuesday, June 28, 2011

Awak dah besar ♥ :)


Assalamualaikum ,

Jam 0000 sekarang nie .

Awakkk , selamat hari lahir ! Kalau ikut FB awak , birthday awak harini kan ? Aku tak lupa pun -____- Hmm , tiba-tiba aku rasa macam sedih lah . Rindu yang sangat membuak-buak nie . I've been waiting for this day long time ago . Dulu aku berangan nak jadi orang pertama yang wish birthday kau . Tapi malangnya jejak kau pun aku tak nampak .

H.A ,

Selamat 22 tahun ! Apa khabar kau kat sana ? Kalau kau tengah makan sekarang nie , jangan tersedak kay . Aku tengah sebut nama kau berulang-ulang kali dalam hati ini . Aicehh =='

Kau selalu berikan aku persoalan yang tak ada jawapan , Rie . Atas alasan apa kau buat semua nie kat aku ? Suka-suka atau hobi ? Aku nakkkkkk sangat tahu . Hmmm ...

H.A , semoga hari ini membawa seribu erti untuk kau . Manalah tahu kau ada jumpa gadis yang buatkan kau tertambat hati ke , aku doakan kau bahagia dengan dia . Manalah tahu hari ini kau naik pangkat ke kan , aku doakan kau sentiasa berjaya dalam hidup tak kira di dunia mahupun akhirat .
Manalah tahu hari ini kau teringat kat aku ke , aku doakan kau sentiasa ingat kat aku . Eh , macam tersasar jauh pulak -_____-'

H.A , tolong jaga diri kau baik-baik . Mungkin dah sampai masa aku teruskan hidup dan biasakan diri untuk terus hidup tanpa kau . Orang kata kalau kita sayang seseorang , biarkan dia pergi . Kalau dia kembali , itu bermakna Tuhan dah takdirkan dia untuk kita . Kalau tidak , maksudnya dia tak pernah ditakdirkan untuk kita . Atau ayat yang lebih tepat sebenarnya , tawakkal jelah . Tuhan itu tahu semuanya , bukan ?

Aku teruskan hidup tak bermakna aku melupakan kau . Aku masih menanti , cuma aku membuka lebih ruang untuk diri aku sendiri supaya aku boleh jadi lebih tenang .
Ahad lepas bila aku tengok tv3 , aku terletak harapan kau keluar TV tau ! Haha . Mana la tahu kau ada kat Jom Heboh tue kan . Tapi tak ada :/

H.A , semoga kau sentiasa bahagia di sana . Aku nak sangat tengok kau senyum selalu . Kau jaga diri baik-baik tau , jangan sampai patah riuk lagi . Aku risau . Kau pun dah besar kan , harus lebih matang dalam semua aspek :)

Walaupun satu minit , aku tak pernah terlepas daripada TERfikirkan kau setiap hari , H.A . Okay lah , aku membebel sorang-sorang pun takde guna kan . Bukannya kau ada pun untuk baca benda nie . May Allah bless you always , awak . Jangan lupa solat tau . Assalamualaikum .


Happy birthday to you ,
Happy birthday to you ,
Happy birthday to H.A ,
Happy birthday to youuuuuuu !

awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, June 26, 2011

Tolong beritahu ini adalah apa


"Dunia ini cukup indah, bukan? :)"

Satu struktur ayat itu kau pernah tujukan kepada aku dulu , pada 22 April 2011 yang lalu .

Ya , dunia ini memang indah . Penuh dengan warna berseri , penuh dengan warna suram dan muram . Tahu tak , sebenarnya dunia ini akan lebih indah kalau kau ada di sini . Tahu tak , dunia ini akan lebih indah jika apa yang aku alami sekarang sebenarnya hanyalah mimpi . Tapi sayang , sudah 22 hari kau hilang tanpa berita sekali lagi .

Susah aku nak katakan apa yang aku rasa sekarang ni . Apa yang berlaku sekarang sebenarnya adalah satu petunjuk atau satu ujian ? Yang perlu aku lakukan ialah terus menunggu atau cuba melupakan ?

Jika ini sebenarnya adalah satu petunjuk daripada Tuhan , akukah yang sebenarnya yang suka membutakan mata dan menulikan telinga ? Akukah yang sengaja memilih untuk tidak celik ? Tapi bagaimana boleh aku tahu yang sebenarnya ini adalah petunjuk ?

Sebaliknya jika ini adalah ujian , mana mungkin aku berputus asa ? Tidak pernah sehari pun aku tidak berfikir tentang kau . Walaupun yang hadir itu cuma bayangan , aku masih tetap terasa akan kehadiran kau . Gerak hatikah itu ? Jika ini bukan ujian , akukah yang telah melumpuhkan hati ini ?

Aku bingung . Andai satu hari nanti dia kembali lagi , reaksi apa yang perlu aku beri ? Tak lekang memberikan senyuman atau merajuk mendiamkan diri atau meluahkan sakit yang terpendam ini ?

Sangat rumit dan sangat sulit , bukan ?

Tuhan , jika sebenarnya ini adalah satu petunjuk , tunjukkanlah kepada aku . Jika sebenarnya apa yang aku lakukan ini tersasar daripada takdir hidupku , Kau tolong betulkan aku .

awak tolong LIKE ya ? :)

Surat Cinta Buat Sahabat

Wahai sahabat ,

Salam aku hulurkan .

Bukan inginku berkasar denganmu . Bukan inginku mengabaikanmu . Aku cuma mencuba untuk merelakan . Kerana semakin lama aku semakin terasa ada pencuri yang telah mengambil kau dari aku . Namun , aku cepat-cepat membetulkan fikiran itu semula . Aku faham jurang perbezaan kasih sayang antara sahabat dengan kekasih . Ya aku tahu , perasaan itu lain dan berbeza .

Aku sepatutnya faham keadaan kau , betul kan ? Bila kau tak dapat menghadirkan diri pada event pertama aku , sebak hati aku terlalu dalam . Hati ini terlalu sangat terasa . Rasa macam aku tak dapat sokongan yang aku perlukan daripada kau . Tapi aku faham kau ada hal yang lebih penting daripada itu . Aku tahu sangat kau bukan sengaja . Aku tahu kau sentiasa support aku , kan ?
Tutuplah hal ini , basah keyboard aku , habis basah kuyup baju aku . Huhu -__-
Aku perlukan sokongan daripada kau . Ya , mereka ada dan mereka beri aku support , sangat hampir sempurna tapi belum sempurna . Aku bersyukur kalian ada sebagai pendorong semangat aku . Sangat-sangat bersyukur .

Sayangku ,

Ya , aku pun rasa kita semakin jauh . Cubalah kira berapa kali kita lepak bersama-sama , bercerita itu dan ini . Cubalah kira berapa kali kita bergelak ketawa bersama-sama waktu kita makan bersama .
Tapi itu tak bermakna kau jauh di hati aku . Tidak pernah sesekali . Sebenarnya , aku terlalu bimbangkan kau . Banyak hal yang aku bimbangkan . Tapi aku cuba positifkan diri , aku rasa kau tahu jaga diri . Kan ? Aku ingin kita sama-sama bahagia dunia dan akhirat . Itu sahaja sayang , itu sahaja .

Sayang , janganlah kata tiada siapa boleh teman kau untuk itu ini bila dia dalam keadaan sekarang . Siapa aku ? Siapa kami ? Kami kan ada ? Nak aku katakan , cuma tak berupaya . Aku takut kalau-kalau jawapan kau nanti buat rasa ini bertambah . Kerana itu aku lebih suka berdiam diri . Bukan bermakna aku tak ingin mendengar . Aku cuma ingin kau tahu , aku sentiasa ada bila-bila masa jika kau perlukan aku .

Memang aku cukup terasa selama ini , tapi aku hanya akan mentertawakan diri aku sendiri kalau mata aku bengkak untuk kali kedua , untuk alasan yang sama . Untuk aku lawan rasa itu , sebenarnya aku terpaksa bersikap begitu . Aku tak ingin rasa kehilangan sekali lagi walaupun hakikatnya aku sedang mengalaminya . Kau pun tahu , sebenarnya yang paling sakit itu adalah apabila kita menipu diri kita sendiri . Kan ?

Akhir kata , rasa sayang ini terhadap kau sedikitpun tak pernah kurang , dan tak akan . Cuma itu yang perlu aku katakan . Aku mohon maaf andai ada kata-kata atau perlakuan dari diri ini yang mengecilkan hati kau , yang membuat kau berjauh hati . Ketahuilah kau wahai sahabat , aku mengharapkan yang terbaik untuk kita semua . Semoga Tuhan melindungi persahabatan kita dunia dan akhirat .

Aku rindu kau . Sungguh aku sangat rindukan kau . Ingat tak aku ada cakap kat kau aku rindu kau waktu kita dalam kelas ? Aku betul-betul memaksudkannya . Waktu itu aku sebak . Subjek Macroeconomics tiba-tiba je jadi subjek yang paling menyedihkan waktu tue . Serius .

When I tell you I love you , I don't say it out of habit or to make conversation , but I really meant it and to remind you that you are someone important in my life .

Yours Sincerely,
KakDayah


awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, June 24, 2011

Dia kata , aku terima

Assalamualaikum ,

Rasa rindu nak berblogging membuak-buak macam air mendidih pulak tiba-tiba . Hee :D

As usual , aku sebagai hamba Allah yang hina dan lemah hanya menurut apa kata Dia .
Dia kata aku demam , aku cuba tabah melawan rasa sakit ini .
Dia kata aku penat , aku rehat dan cuba berusaha lagi .
Dia kata aku rindu , aku cuba neutralkan rasa itu .
Dia kata aku gembira , aku bersyukur ber-Alhamdulillah .

I know you are somewhere out there , somewhere far away . I want you back . I want you back .


awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, June 11, 2011

Tinggalkan aku dengan tanda tanya ini

Assalamualaikum ,

Sudahlah . Malas aku nak fikir lagi . Aku cukup terasa . Perlu ke mereka buat macam tue ? Apa yang aku dah buat sampai macam tue sekali mereka perlakukan aku ?

Aku cukup terasa . Sangat terasa . Teramat sangat terasa .

Kalau boleh aku jeritkan , aku memang akan lakukan . Percayalah .

Tapi apakan daya aku tak mampu . Apa yang aku mampu ? Hanya redha dengan apa yang terjadi . Pasrah atas takdir yang Tuhan dah tentukan untuk aku .

Lagu 'Bertemu Cinta' nyanyian Mila jadi background sound semasa aku menaip entry ini . Cukup menyayat hati aku , cukup untuk buat aku tersentap .

Terima kasih atas semuanya .

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, June 10, 2011




Never give up on someone you can't go a day without thinking about .
Love like you've never been hurt .








* H.A ,
Aku akan tetap berdegil untuk mencintai kau .

awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, June 5, 2011

Kenapa buat lagi?

Assalamualaikum ,

Aku sentap lagi . Dan lagi . Dan lagi .

Aku cukup tak faham .

Kalau ini cara kau uji aku , aku akan tetap bertahan . Kalau perlu berterus-terang tentang sesuatu , sila lakukan . Aku akan lebih menghormati kau jika kau begitu . Asalkan aku tidak rasa sakit begini , lagi dan lagi .

Aku cukup sakit . Aku cukup perit . Tolong , jangan buat lagi . Ikhlas aku minta tolong . Jangan buat aku begini . Jangan pergi tanpa pesan .

Aku cuba positifkan diri , kau mungkin ada sebab yang tak dapat dielakkan yang memerlukan kau buat begini .
Aku cukup bahagia jika kau ada .
Aku cuma manusia biasa yang punya hati dan perasaan .

Semoga kau kembali lagi . Aku akan tetap tunggu jika kau mahu .
Tapi kalau kau perlu tinggalkan aku , sila berlaku jujur . Aku lebih rela daripada kau pergi tanpa pesan .

awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, June 4, 2011


IamsorrythatIloveyou.

awak tolong LIKE ya ? :)

Semester baru bermula lagi

Assalamualaikum ,

Intake baru nie terlalu ramai sampaikan ramai student lama yang terpaksa disepak terajang ditendang keluar dari kolej kediaman . Siapa-siapa yang memang mengharapkan kolej , tak ready dengan rumah sewa memang menghadapi masalah .

Untung saja aku dan kawan-kawan dah siap sedia cari rumah sewa dari sem lepas lagi . Tak ada la kelam-kabut sangat , dah well prepared pun .

So , kira dah seminggu sebenarnya aku duduk di tempat baru nie . So far everything is okay . Masalah-masalah kecil yang macam budak-budak tue aku malas nak ambil kisah . Buat menyakitkan hati je , ya tak ? Sukahati kau lah nak jalan macam gajah ke , nak hempas pulas pintu macam itu je la kali terakhir kau boleh pegang pintu ke , blabla .

Asalkan kau tak kacau hidup aku dan kawan-kawan , FULLSTOP .

Jangan nak cari pasal sangat , parah kau nanti . Aku diam-diam hati berisi tau . Haa takut tak takut tak ? :P

By the way , aku seronok je tinggal dengan kawan-kawan yang tiga orang tue :D Betullah , apa yang Allah tentukan itu yang terbaik . Walaupun tak la luas ruang kitorang , tapi ok je kan ? Bersyukur dengan apa yang ada . Nanti kita cari yang lebih selesa ok ? :)

Oh yes , subjek untuk sem nie aku tahu mereka lebih tough . Korang semua tolong doakan aku tau ? Semoga Allah memberkati .

Hurmm . Seminggu aku busy , tak ada apa-apa khabar pun yg aku dapat daripada kau . Rindu doe -_______-

Hmm , till then .

Wa bila hi taufik wal hidayah , assalamualaikum :D (i blaja arab language tau u olls , haruslah cakap arab sikit . hikhik)

awak tolong LIKE ya ? :)