Dear Followers :)

Sunday, June 26, 2011

Surat Cinta Buat Sahabat

Wahai sahabat ,

Salam aku hulurkan .

Bukan inginku berkasar denganmu . Bukan inginku mengabaikanmu . Aku cuma mencuba untuk merelakan . Kerana semakin lama aku semakin terasa ada pencuri yang telah mengambil kau dari aku . Namun , aku cepat-cepat membetulkan fikiran itu semula . Aku faham jurang perbezaan kasih sayang antara sahabat dengan kekasih . Ya aku tahu , perasaan itu lain dan berbeza .

Aku sepatutnya faham keadaan kau , betul kan ? Bila kau tak dapat menghadirkan diri pada event pertama aku , sebak hati aku terlalu dalam . Hati ini terlalu sangat terasa . Rasa macam aku tak dapat sokongan yang aku perlukan daripada kau . Tapi aku faham kau ada hal yang lebih penting daripada itu . Aku tahu sangat kau bukan sengaja . Aku tahu kau sentiasa support aku , kan ?
Tutuplah hal ini , basah keyboard aku , habis basah kuyup baju aku . Huhu -__-
Aku perlukan sokongan daripada kau . Ya , mereka ada dan mereka beri aku support , sangat hampir sempurna tapi belum sempurna . Aku bersyukur kalian ada sebagai pendorong semangat aku . Sangat-sangat bersyukur .

Sayangku ,

Ya , aku pun rasa kita semakin jauh . Cubalah kira berapa kali kita lepak bersama-sama , bercerita itu dan ini . Cubalah kira berapa kali kita bergelak ketawa bersama-sama waktu kita makan bersama .
Tapi itu tak bermakna kau jauh di hati aku . Tidak pernah sesekali . Sebenarnya , aku terlalu bimbangkan kau . Banyak hal yang aku bimbangkan . Tapi aku cuba positifkan diri , aku rasa kau tahu jaga diri . Kan ? Aku ingin kita sama-sama bahagia dunia dan akhirat . Itu sahaja sayang , itu sahaja .

Sayang , janganlah kata tiada siapa boleh teman kau untuk itu ini bila dia dalam keadaan sekarang . Siapa aku ? Siapa kami ? Kami kan ada ? Nak aku katakan , cuma tak berupaya . Aku takut kalau-kalau jawapan kau nanti buat rasa ini bertambah . Kerana itu aku lebih suka berdiam diri . Bukan bermakna aku tak ingin mendengar . Aku cuma ingin kau tahu , aku sentiasa ada bila-bila masa jika kau perlukan aku .

Memang aku cukup terasa selama ini , tapi aku hanya akan mentertawakan diri aku sendiri kalau mata aku bengkak untuk kali kedua , untuk alasan yang sama . Untuk aku lawan rasa itu , sebenarnya aku terpaksa bersikap begitu . Aku tak ingin rasa kehilangan sekali lagi walaupun hakikatnya aku sedang mengalaminya . Kau pun tahu , sebenarnya yang paling sakit itu adalah apabila kita menipu diri kita sendiri . Kan ?

Akhir kata , rasa sayang ini terhadap kau sedikitpun tak pernah kurang , dan tak akan . Cuma itu yang perlu aku katakan . Aku mohon maaf andai ada kata-kata atau perlakuan dari diri ini yang mengecilkan hati kau , yang membuat kau berjauh hati . Ketahuilah kau wahai sahabat , aku mengharapkan yang terbaik untuk kita semua . Semoga Tuhan melindungi persahabatan kita dunia dan akhirat .

Aku rindu kau . Sungguh aku sangat rindukan kau . Ingat tak aku ada cakap kat kau aku rindu kau waktu kita dalam kelas ? Aku betul-betul memaksudkannya . Waktu itu aku sebak . Subjek Macroeconomics tiba-tiba je jadi subjek yang paling menyedihkan waktu tue . Serius .

When I tell you I love you , I don't say it out of habit or to make conversation , but I really meant it and to remind you that you are someone important in my life .

Yours Sincerely,
KakDayah


awak tolong LIKE ya ? :)

1 comment: