Dear Followers :)

Thursday, July 16, 2015

Rayaaa

Assalamualaikum.

16 Julai 2015 - hari terakhir Ramadhan 1436H.
Terlaluuuuuu pantas masa berjalan. Sekejap sangat dah habis sebulan.

Esok dah raya, tapi raya tahun ni tak ada rasa langsung. Mungkin sebab lebih memikirkan event 44 hari lagi. Fuh!

Alhamdulillah, harini berakhir minggu kedua aku bekerja. Dah tak menganggur lagi, yeay! :D
Aku sedang membina tapak pekerjaan aku di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kota Putri, Masai sebagai Costing Officer. Al maklumlah, di Pasir Gudang ni terlalu sinonim dengan kilang-kilang yang hidup seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Nak buat macam mana, lepas bernikah nanti kena bermastatutin ke Pasir Gudang, so kena lah siap-siap bekerja kat kawasan sini je. Lebih prefer fikir kesenangan long term. Inshaa Allah, Tuhan permudahkan semua.

Esok nak raya, tapi company suruh kerja lagi harini. Cuma dapat balik awal je pukul 3 petang. Fuh 50 minit lagi nak balik! Petang ni lepas Asar terus gerak ke Bangi dengan Kak Nab. Dua-dua berdarah manis. Doakanlah mudah-mudahan perjalanan kami pergi dan balik dengan selamat. Amin.

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin! :)
Inshaa Allah hari raya tahun depan bersama suami pula :)

awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment