Dear Followers :)

Saturday, March 23, 2013

Pengakhiran.

Assalamualaikum.

Amboi, sudah berbulan-bulan rupanya aku tinggalkan dunia tulisan ini. Rasa rindu. :)

Dah hampir ke pengakhiran Mac 2013 pun. Dah sampai ke penghujung Diploma pun. 12 April 2013 nanti, inshaa Allah tamat sudah perjalanan penuh liku, suka-duka aku sebagai seorang mahasiswi Diploma Perbankan, UiTM JB.

Tiga tahun perjalanan terasa singkat. Mungkin kerana sentiasa dikelilingi sahabat-sahabat tersayang. Perjalanan aku sentiasa ada yang menyokong dan mendukung. Aku bersyukur untuk itu. Sangat bersyukur. Waktu suka dan duka, jatuh dan bangun aku, insan-insan penting sentiasa ada. Keluarga, kesayangan dan sahabat darahku.

Wahai diri, bangkitlah dari kejatuhanmu. Jangan hanya mengeluh kesah tetapi terus leka dengan dunia fantasimu. Letakkan fokus pada yang sewajarnya. Perangi diri sendiri yang kau benci itu. Haaa jangan cuma pandai berkata tapi tak pandai kotakan.

Aku akan rindu kehidupan aku sebagai seorang mahasiswi Diploma Perbankan UiTM JB. Aku akan rindu sahabat-sahabat yang sentiasa mendampingi aku, yang aku boleh minta dan pinjam apa sahaja, yang aku kongsikan semua suka dan duka, kebodohan dan kesengalan. Aku akan sangat rindu. Entah ada lagi tak sahabat macam mereka berdua nanti.

Aku juga bakal rindu tempat itu. Bangunan itu. Tempat di mana aku dipertemukan dengan si jantung hati. Jika dipanjangkan umur dan jodoh, si bakal suami. Tempat itu yang mula menyatukan hati kami.

Tempat itu juga yang menemukan aku dengan sahabat-sahabat. Yang punya pelbagai ragam dan kerenah. Malah pelbagai identiti ;) Tempat itu juga yang memberi aku sejuta ilmu, diturunkan melalui pensyarah-pensyarah yang penyayang dan berdedikasi. Pensyarah yang seperti ibu sendiri. Tiga tahun bersama mereka, bohong kalau aku kata aku tidak sayang mereka semua. Aku sangat-sangat sayang. Allah, aku sudah jadi rindu :'(

Ya Allah, perancanganMu indah sekali. Tak ada siapa pun di muka bumi ini yang mampu tahu dan meneka apa rancanganMu terhadap hidup kami. Kau tentukanlah yang terbaik untuk hidupku. Aku hanya mampu berserah dan berdoa padaMu.

Aku mohon satu peluang, tolong berikan aku kesempatan membahagiakan kedua ibu bapaku dan mengukir senyuman di wajah mereka, kesempatan untuk memenuhi segunung harapan para pensyarah kesayanganku, kesempatan untuk mencapai impian si kesayangan dan kesempatan untuk aku berasa puas hati dan berbangga dengan diri sendiri. Aku mohon itu, Ya Allah. Tolong redhakan perjalananku.

Selamat maju jaya, saya dan rakan-rakan seperjuangan..
Aku sayang kalian..

* Ini jadual peperiksaan akhir saya yang terakhir. Doakan kejayaan saya dunia dan akhirat ye. Aamiin, semoga Allah membalas jasa kalian.

27 Mac 13 - Entrepreneurship
31 Mac 13 - Islamic Banking
3 April 13 - Investment
10 April 13 - Human Resource Management
12 April 13 - Legal Ethics in Banking

awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment