Dear Followers :)

Friday, September 16, 2011

Kau sahabat yang semakin menjauh, aku rindu.

"Kubiarkan pena menulis meluahkan hasrat di hati, moga terubat segala keresahan di jiwa, tak pernah ku ingini." - Sahabat Sejati by UNIC

Peace be upon you.

Lewat waktu ini, kau pergi semakin jauh. Jauh dan jauh. Seperti tidak akan kembali lagi.
Kau hampir, seharusnya kau sangat dekat, tapi mengapa tidak?

Dulu dan sekarang terlalu jauh bezanya. Boleh dikira dengan jari montel ini berapa kali sangatlah kita duduk bersama berbual-bual sehingga lewat pagi, sehingga sakit tekak letih bergelak ketawa. Itu semua sudah tidak lagi menjadi kebiasaan aku, sehingga suatu masa itu aku terasa ada kejanggalan antara kita. Sedihnya rasa itu. Kenapa itu terjadi, sayang?

Mereka melihat dan mereka bercakap. Mereka kata aku pasti sedih dengan apa yang terjadi. Aku hanya mampu tersenyum. Seperti ini :|
Yelah, apa lagi yang mampu aku katakan selain tersenyum, bukan? Aku kehilangan kau sebelum tiba waktunya, sayang. Katalah walau apa pun, katakanlah kau tetap di sini, masih tetap sayangkan aku. Aku tahu ia semua benar. Tapi hakikat tetap menyakiti aku, aku sudah kehilangan kau sebelum tiba waktunya.

Aku doakan yang terbaik untuk kau.

Sayang, ada satu persoalan yang sangat besar yang membebani fikiran aku, sebenarnya. Tapi aku tak mampu untuk luahkan. Aku takut dengan jawapan yang akan kau berikan nanti. Takut kalau-kalau jawapan itu akan menyakiti aku, mereka dan paling penting, memakan diri kau sendiri.

Entahlah.

Kau tidak lagi menjadi orang yang tahu tentang setiap inci kisah hidup aku, seperti dulu. Dan aku juga telah jauh tertinggal tentang kisah hidup kau. Suka duka kau, tawa dan tangis kau, tak lagi aku rasakan.

Kau sudah ada kehidupan sendiri, bersama mereka, bakal masa hadapan kau. Tidak lagi bersama kami. Aku sudah faham itu, terlalu faham. Ibu dulu tanggungjawabkan aku untuk menjaga kau, tapi aku tidak mampu menjaga kau sepertimana dia. Aku tak mampu pegang amanah ibu itu. Aku harap dia yang terbaik yang akan menjaga kau. Aku taksuka tengok kau bermasam muka kerana dia menyakiti kau, sebab aku akan turut berasa sakit.

Semoga kau berjaya di dunia dan akhirat, sahabat.


Sometimes the most horrible part in our lives is when the person who used to be too close to us is not anymore be the one
Tahukah kau betapa aku rindu waktu-waktu seperti ini?
:(

awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment