Dear Followers :)

Tuesday, April 24, 2012

Bogel Menuju Tuhan (BMT)

"Oh, aku sendiri. Menepis realiti. Waktu ini." - Zahiril Adzim

Assalamualaikum.

April 7, 2012.
Pagi itu, masih pagi lagi. Pukul 7 pagi kalau tak silap. Bersiap nak pergi berjogging dengan kakak. Sementara tunggu, macam biasa aku ambil kesempatan untuk meng-onlinekan diri sendiri. Buka Facebook dan ternampak di News Feed, status dari ZA yang menyatakan dia ada buat BMT Langsung dari Tangan #2 . Aku dengan teruja terus sergah blog beliau dan terlihat ada entry tentang cara-cara order BMT terus dari beliau. FYI, aku memang dah lama tercari-cari buku beliau. Pergi kedai asyik out of stock aje!

Frankly speaking, sebenarnya taktahu pun sebelum ni beliau ada buat BMT Langsung dari Tangan #1. Hee :D

Dengan teruja, aku terus gegarkan kakak yang tgh lena sambung tidur (ceitt kata nak jogging!) tanpa mempedulikan reaksi dia yang mungkin akan marahkan aku. HAHA aku tak peduli.

"Kak nab, kak nab! Cepatlah bangun, sinilah, tolong belikan buku ni, pleaseeee!" rayu aku. "Buku apa??" respon kakak. "Buku Zahiril Adzim, dia ada jual online ni. Nanti dapat autograf dia sekali..." aku masih terus merayu tanpa putus asa. Kakak yang sebenarnya semalam baru aku maklumkan pada dia aku sedang pening mencari buku ni, memang dah sedia maklum pun aku teruja.

"Tolonglah, pakailah duit hang dulu, nanti orang bayar balik. RM 35 je.."

Kakak pun tanpa berlengah terus pergi ke laptop dan membuat bayaran ke akaun ZA through maybank2u. Thankyou, online banking! Waktu mcm ni barulah aku nampak benefit online banking. Haha ;)

And............

April 24, 2012.






Taraaaaa! :) :)
Banyak sungguh gambar beliau di dalam buku ni. Manis dengan tahi lalatnya itu HAHA
Beruntung isterinya :D

Jam 10 pagi lebih hari ini, posmen membunyikan hon motosikalnya. Ayah pun keluar. Aku dengar dari dalam rumah, posmen tu kata "Nurul Hidayah?" "Ya, ya." kata ayah. HAHA aku sangat teruja. Aku memang tahu apa yang bakal aku terima kurang dari satu minit lagi. Heee.

Beberapa hari sebelumnya, ZA ada meng-reply email kakak, kata beliau maaf sebab belum berkesempatan untuk poskan BMT kerana terlalu busy dengan shooting. Hee takpe takpe, saya tak kisah ;) Thankyou Zahiril Adzim. Thankyou, kakak.

Opss, hutang nanti ada duit orang bayar ye? ;)

Aku kongsikan keterujaan aku dengan love, malang sungguh dia kata "awak kalau cakap pun, bukan saya kenal. haha" Ish, apelah awak ni! Bweeek! :P

Kesian. Eh, sekian. Hee :D

awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment