Dear Followers :)

Tuesday, April 10, 2012

Semakin hari semakin sayang.


Assalamualaikum.

Clean and clear. Rasa sangat lega dan tenang. Semoga perasaan ini terus berkekalan, insyaAllah.

Aku cari satu perkataan dalam kamus bahasa, yang mana ia boleh menggambarkan betapa bermaknanya dia dalam kehidupan ini. Tapi, tak jumpa. Semuanya tak tepat. Semuanya tak cukup. Faham?

Dia bukan seorang yang romantik. Dia tak memerlukan ayat yang berbunga-bunga yang boleh buatkan aku jatuh hati pada dia, dia bukan seorang sweet talker. Malah bila aku bertanya meminta satu kepastian, dia dgn tegasnya beraku-kau je. HAHA. Walaupun mcm tu, kata-kata dia tetap buat aku tersenyum. Seolah-olah dia begitu tegas memperkatakan itu.

- "Dear, you are my everything."
- "Sayang, hanya kau yg aku cinta. Tiada lain, hanya kamu."
Seriously speaking, itu bukan dia. Sangat bukan dia :)

Sentiasa berterus-terang, itu ajaran dia kepadaku. Kalau ada masalah, voice out, jangan pendam. Aku sangat senang dengan sikap dia yang mudah dibawa berbincang. Ia buat aku rasa tak kekok untuk meluahkan apa yang aku rasa. Lantaklah kalau aku kena marah pun, yang penting hal itu mesti kena settle.

Dia seorang yang sangat protective. Dia sangat menitik-beratkan soal keselamatan, setiap masa. Aku jatuh hati lagi pada dia. Sangat. Satu hari tu bila kitorang pegi memancing kat JB Waterfront, dia minta aku standby gunting. Kata dia, utk keselamatan kalau ada orang datang serang. Kata dia lagi, tinggalkan beg dalam kereta je, takpayah bawa turun. Kalau apa-apa terjadi, terus lari masuk kereta, tak perlu terkedek-kedek heret barang.

Dia bukan seorang yang suka menabur janji, kecuali jika dia pasti. Walaupun kadang-kadang aku mengharapkan dia berjanji tentang sesuatu, dia tak akan berjanji kalau memang dia tak pasti. Kira boleh kata dia selalu mempersiapkan aku dengan kemungkinan yang paling buruk. Kerana apa? Kerana dia mahu aku selalu bersedia dan tidak sakit di kemudian hari. Aku jatuh sayang lagi pada dia :)

Semakin hari aku semakin jatuh sayang pada dia.


Aku harapkan dia adalah lelaki itu.

Awak, lagi empat tahun kan? Saya akan tunggu awak. Semoga Allah perkenankan rancangan kita. Amiiin.

Kamu orang, doakan kebahagiaan dan kesejahteraan hubungan kami. Selagi dia bukan yang halal bagiku dan selagi aku bukan yang halal baginya, dia masih belum menjadi hak aku dan aku belum menjadi haknya. Aku masih hak ayah aku, dan dia adalah hak mak dia. Doakan kami semoga kami berhak antara satu sama lain satu hari nanti. InsyaAllah.


awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment