Dear Followers :)

Sunday, February 5, 2012

Tolonglah sedar.

Assalamualaikum.

Kita mula dari bawah dan terus ke atas. Andai mendaki penuh hati-hati, mungkin peratusan tersungkur itu lebih rendah berbanding berlari terkejar sana-sini. Fokus pun penting.

Aku dah terjatuh. Sakit. Tapi mungkin kerana bukan berseorang, impaknya kurang. "Bodoh kau manusia. Tak sedar diri." - kata-kata aku kepada diri sendiri

Kenapa? Kenapa melampau-lampau degil penyakit malas ni? Kenapa? Bukan tak dibasuh, malah sering. Bukan ke aku sepatutnya lebih bermotivasi, aku kini punya tujuan tambahan. Aku mula fikir masa depan. Tapi kenapa masih malas?

"KALAU AKU LEBIH RAJIN, AKU BOLEH DAPAT LEBIH." Tolong tanamkan kuat-kuat dalam kepala otak itu, boleh Yaya?

Bukan ini kali pertama entry motivasi diri sendiri, dah banyak kali, tapi masih macam ni. Dasar tak sedar diri punya Yaya. T_T

Jangan lupa, mama ayah berhabis duit untuk biarkan kau terus hidup. Tak pernah nak berkira. Kalau aku kira-kira, mungkin lagi banyak daripada loan PTPTN. Tu belum kira doa yang diorang kirim lagi kan. Banyaknya tak terkira. Kalau kau terus malas, macam mana nak balas balik pengorbanan mama ayah ni?

Mama letakkan harapan yang tinggi pada kau. Jangan kecewakan mereka. Tolonglah, rajinlah wahai Nurul Hidayah Khairudin. Tolonglah, aku merayu pada diri sendiri.

# Asyik membebel tapi tak buat apa-apa pun takboleh jugak ye, Cik Yaya. Tolong bertindak segera.


awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment