Dear Followers :)

Friday, March 23, 2012

Jantung ♥


Dia, Muhammad Faizal Md Noor. Dia, jantungku. Dia, duniaku.
Dia, aku ingin jadikan yang terakhir buatku.
InsyaAllah.

Jujur, bukan mudah untuk capai apa yang kami capai sekarang. Halangan dia, dan halangan aku. Terlalu banyak. Penuh sabar aku menempuh semuanya, dengan segala kekuatan diri yang lahir dari sekeliling dan dalam diri, syukur aku mampu. Dia pun pernah muntahkan kata-kata seperti ini. "Sabar, ganjarannya pasti besar nanti."

Aku ambil kata-kata itu sebagai pembakar semangat. Sabar, sesuatu yang manis pasti sedang menunggu. Bukan tak pernah aku rasa putus asa, bukan tak pernah aku rasa seperti ingin mengalah.

"My brain says get over him, he's not worth it. But my heart says don't give up, this is just the beginning."

Mungkin ini pun salah satu faktornya kenapa aku bertahan. Yes, that was just the beginning. Permulaan rapuh sebegitu akhirnya punya kesudahan yang menarik. Terima kasih, Tuhan.

Plot cerita kami memang penuh konflik. Sangat tak mudah. Dia pening, aku pening. Sampai ada satu masa terasa, "mungkin lepaskan semua lebih baik." Ah, syukur itu tak terjadi. Kalau tidak, hm......

Awak,
Bukan senang kan kita nak dapat apa yang kita ada sekarang? Dengan izin Tuhan, saya takkan sia-siakan semua ni. Sedaya-upaya saya, saya akan cuba kuat untuk tempuh apa saja dugaan yang datang.

Sayang, saya minta maaf, saya terlalu tak sempurna. Selalu saja cemburu kerana satu hal itu. Bukan saya suka nak cemburu, tapi perasaan itu datang tanpa diundang. Kalau boleh, saya pun tak ingin nak ada perasaan tu, buat hati tertusuk duri je ade la. Huh. Sekarang saya sedang cuba sekolahkan hati saya ni. Saya cuba, ye awak. Saya tak janji. Tapi saya cuba sedaya upaya. Saya bukan tak yakin dengan awak tau, saya cuma rasa insecure setiap kali macam tu. Sedih dgn diri sendiri. Saya minta maaf :(

Awak, tak lama je lagi. Lepas ni saya terpaksa lalui hari-hari saya tanpa awak di depan mata saya setiap hari :'( Errr.. Perasaan 'tu' takkan berubah walau macam mana pun, kan? Awak akan tetap sentiasa ada untuk saya, kan? Saya pun macam tu. Kita kan kuat. Jarak dan waktu takkan memisahkan kita kan awak, sebab perasaan kita yang bergabung tu lebih kuat untuk lawan tu semua kan awak, kan kan kann. Mesti bergabung tau, kalau tak bergabung, tak ke mana ler. Hmm

Awak, baik buruk awak, saya terima awak seadanya. Saya tak perlukan yang sempurna untuk dicintai, saya cuma perlukan seseorang yang mencintai saya dengan sempurna. Seperti awak :')

Saya sayangkan awak, terlalu banyak. Harapan saya pada hubungan kita tinggi, awak. Awak pun tahu apa yang saya nak, kan? :)



Emmm.. Macam kenal tak? Hihi..

Mungkin ini boleh membantu kita kekalkan kebahagiaan kita sampai akhir nanti. Siapa tahu? Kita cuba yang terbaik ye sayang :')

HACKS ♥,
NurulHidayahKhairudin

awak tolong LIKE ya ? :)

2 comments: