Dear Followers :)

Sunday, July 4, 2010

MDS

Assalamualaikum ! heyy :)

rite .. let me tell you the most important thing . sepanjang MDS , aku hanya sempat memberaki dua kali sahaja , dengan keadaan yg sangat tidak puas . ngaaaa how terrible it is -__- heee .

ok .. first day kat sana mcm biase la , berada dlm keadaan org yg tak kenal sape2 . masuk je bilik , ade sorg je kat situ . bilik aku kat tingkat empat ya kawan-kawan . sekian terima kasih . huu . so glad that i have my parents . dorang teman aku naik atas , dan tolong aku angkat barang sikit . love you so very the much lahh mama ngan ayah . kesian mama , even though aku tau kaki dye tak kuat sangat pun , dye still bersemangat nak naik atas tengok bilik aku . ngaa .

second day , third day , forth day , blabla diteruskan ngan segala jenis taklimat yg sangat bermakna dan berfaedah . aku sangat menyayangi para PM yg baik hati dan comel-comel belaka . MDS walaupun meletihkan , tapi aku tau ia sangat menyeronokkan . bila dah hbs je MDS ni , aku rase mcm flying without wings lahh pulak , sbb dh tkde org guide . and still aku rasa mcm aku bukan budak U , tapi still bdk skola . ohhh this is dangerous aite .. rindu juga makanan free yg sedap-sedap semuanya . hehe .

aku paling seronok masa malam perasmian MDS . ohh , i'm part of choir group . hee . kumpulan koir kami dilatih oleh abg ramdzan hanya selama dua hari sahaja . tapi aku sangat berpuas hati dengan hasilnya . hee . aku diarah oleh abg ramdzan utk menggunakan suara soprano . dengan nafas yg agak semput-sempit , aku berjaya juga . hee . kami menyanyikan lagu-lagu tema dengan penuh semangat ! hee . dan aku sangat suka dengan persembahan lakonan oleh mereka , dan gimik mereka , dan sangat berbangga juga apabila kak ayesha , ketua PM memuji dan mengatakan dia amat berbangga dengan kami kerana berjaya menyempurnakan malam tersebut dengan jayanya . hehe .

kebiasaan aku di sana , setiap kali ada kuliah subuh atau kuliah maghrib , aku akan berasa sangat mengantuk dan keletihan . letih sebab terpaksa berkejar-kejar dalam segala hal . malangnya ada la juga beberapa kali aku tertidur semasa ceramah sedang diperdengarkan . hehe .

pada suatu pagi yang tenang , aku dan semua roomates aku bangun semula sesudah matinya kami dalam keadaan yg sangat comel . haha . dila yg bangun dulu . dia lihat pada jam telefon bimbitnya : 6.30 . dan berkata " tak mungkin 6.30" lalu mencari jam tangannya . "6.30 ! weyyy bangun semuaaa !! " Rasa Sukma pula melihat pada langit dan berkata " cerahnya langit pagi ni " . ngaa kitorg sume bangun lambat ! ahh habis rongak subuh kitorg :( nasib baik masa tuu budak2 lain sume tgh naik nak hantar telekung masuk bilik . kitorg pun sepantas dan seefisiennya tukar baju && gosok gigi , lepas tu terus turun dengan muka baru bangun tido untuk bercover line . huhhh gila tak gila ?

aku sangat happy dengan kehidupan baru aku . aku sudah bole mula menerima cara hidup baru aku . tapi aku sedih sebab MDS dah habis , aku rindu kat PM-PM yg baik hati dan comel , aku sedih sebab Shahira pindah segamat , dan aku terkilan sebab Titin && Dila kena tukar bilik . selamat datang Erni , Mardhiah dan sorang senior aku . sekian terima kasih .

awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment