Dear Followers :)

Wednesday, May 23, 2012

Main masak-masak

Assalamualaikum :')


Ini tomyam Thai asli. Acane, menggiurkan tak? (perasan) :P
100% aku yang masak semalam, dengan resipi yang aku cuba dari website myresipi.com.
HAHA. Cuma mintak bantuan mama untuk merasa cukup garam ke tak, sebab petang tu aku puasa. Percubaan persendirian pertama ni, aku kurang puas hati. Rasa macam ada yang tak cukup. Walaupun family kata dah sedap, tapi next time aku akan improve kan lagi. Lebih pedas, perhaps? ;)

Practice makes perfect. Honestly speaking, aku memang tak pandai memasak. Lagi-lagi kalau masak lauk. Setakat telur dadar, nasi goreng tu, aku pro lah. Aicehhh, yeye je. Haha. Haritu masak lauk sardin pun, aku bedal je. Nasib baik ada rasa. Awwwww sangat menyentuh jiwa dan perasaan kan? Emm.. Jangan sedih-sedih. Yang tak pandai boleh jadi pandai kalau belajar :')

Masak tomyam ni pun sebab LMD aku sibuk suruh belajar masak memandangkan cuti sem ni aku asyik melepak je dekat rumah 24 jam. Okay GajahSaya yang kuat makan, I have done the first menu. Tapi kesian awak tak dapat rasa kan. Tu lah, jauh sangat rumah tu. Lepas ni nak menu apa pulak? I am thinking of labu masak lemak lah, macam sedap je? What say you? Hehehe

Berbekalkan semangat yang dibekalkan oleh pembekal semangatku, ditambah lagi dengan sokongan padu dari ibu, ayah, dan keluarga, saya, Nurul Hidayah Khairudin, dengan ini BERAZAM untuk lebih RAJIN belajar memasak. Buat keluarga bakal mertua, jangan risau, by the time saya kahwin dengan bakal suami saya nanti, insyaAllah saya akan pastikan dia takkan sempat rasa lapar. HAHAHAHAHA :P

Okbye!

awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment