Dear Followers :)

Wednesday, November 7, 2012

Tahi itu busuk.

Assalamualaikum.

Semakin panjang waktu kita mengenali seseorang, semakin kita tidak kenal akan dia.

Kerana itu aku malas untuk mengenali orang. Ragamnya aneh-aneh belaka.
Jika aku berkawan, aku berkawan dengan ikhlas.
Jika aku menolong, aku tak mengharap sebarang balas.
Jika berselisih faham, aku ingin semuanya jelas.
Aku sentiasa cuba jadi seorang kawan yang terbaik bagi semua.

Aku tidak betah mempunyai ramai kawan yang dekat denganku. Yang sentiasa tahu gerak-geriku. Atau yang sentiasa nampak bayang aku. Kerana semakin ramai, semakin hidup aku terdedah dengan segala durjana dunia.

Bila aku ada kawan baru, aku cuba untuk terima setiap baik dan buruk dia. Aku cuba untuk selesa dengannya. Aku cuba untuk meletakkan kepercayaan aku pada dia, walau tidak banyak, sedikit pun jadilah. Duduk bersama bercerita tentang kisah hidup, dan apa sahaja.

Tapi itu semua tak lama. Bila aku sudah selesa dengannya, bila aku sudah mula percaya padanya, dia lemparkan aku tahi. Tahi, tahu? Busuk, jijik! Hampir saja tahi itu mengotori sebuah ikatan suci persahabatan yang telah terjalin hampir tiga tahun. Mujur cepat aku cuci dan samak.

Di sini aku ingin bertanya, pernah bersalahkah kami terhadap kau? Jika ya, katakan. Aku tak pernah meminta untuk kau memohon maaf, tapi aku inginkan penjelasan yang jelas. Aku muak melihat kau berpura-pura seolah-olah kau tidak melakukan apa-apa.

Mungkin bila aku bercerita, maksud cerita yang aku ingin sampaikan itu kau salah faham. Bila aku bercerita tentang ABC, kau bercerita semula kepada orang lain ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ, padahal yang kau tahu cuma ABC. Huh, kelakar! Lagi pula, perlu ke kau ceritakan semula cerita aku pada orang lain?

I made up my mind. No more stories, no more anything to share with you. I don't believe you anymore. That is it.

Aku tak pernah minta pun semua ni terjadi. Mungkin aku yang tak cukup bagus untuk jadi kawan kau. Aku minta maaf.

Memang dalam hidup ini masalah tak pernah habis. Siapa yang tak mengenali diri kita akan sentiasa mencemuh kita jika dia dengar yang buruk-buruk tentang kita. Masalahnya, betul ke apa yang dia dengar tu? Yang kita ni pulak, tak tahu-menahu pun pasal cerita buruk seburuk kain buruk tu.

Biarkan, bagus lah macam tu. Lebih baik tak tahu dan teruskan hidup macam biasa. Daripada tahu kemudian mula ada perasaan sakit hati. Cukuplah dosa yang dah terlampau banyak ni, takperlu tambah dengan dosa membenci orang lain pula. Tak gitu?

"Smile and let everyone knows that you are a lot stronger than you were yesterday." :)



awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment