Dear Followers :)

Monday, July 18, 2011

I guess this is the end of our story.


Saya dah buat keputusan. Saya dah fikir lama, buah rambutan yang belum masak dulu pun sekarang dah masak ranum tunggu saya buat keputusan.

So, saya rasa cukuplah setakat ini cerita awak dalam hidup saya. Saya takkan mungkin lupa kehadiran awak dalam hidup saya, insyaAllah sampai mati pun saya akan ingat. Terlalu banyak yang saya dah lalui sepanjang perkenalan saya dengan awak yang tak sampai setahun ini. Saya tahu nanti bila tiba 20 Oktober, saya pasti akan rindukan awak. Tapi tak apa, sebab itulah saya buat keputusan untuk biarkan awak pergi dari hidup saya sekarang supaya nanti bila tiba waktu itu, saya tak adalah sedih sangat.

Saya tak adalah kuat mana pun macam yang awak fikirkan. Sebab saya manusia, perempuan pula. Memang tidaklah saya kuat seperti besi keluli. Tapi saya tak akan mengalah. Ini hidup saya dan awak tak berhak untuk buat saya terus sedih. Hidup saya pada umur saya sekarang, sepatutnya saya gembira. Saya masih ada banyak tanggungjawab lain, bukan untuk fikirkan awak sahaja.

Saya rasa, eloklah kalau awak terus diam seperti sekarang. Saya harap awak tak kembali dalam hidup saya untuk buatkan hidup saya gundah-gulana lagi. Saya mohon awak janganlah muncul secara tiba-tiba lagi, sebab kalau itu terjadi, saya mungkin akan lemah lagi.

Awak tahu, lagu ini terlalu bermakna buat saya. Air mata saya boleh jatuh setiap kali saya hayati lagu ini. Saya rasa sedih sangat. Saya taknak tanya kenapa awak buat semua ini dekat saya sebab kalau saya tanya, awak kena jawab dan kalau awak kena jawab, maknanya awak kena muncul lagi dalam hidup saya. So I guess you better keep it low, please do.

Ya, mungkin inilah takdir yang dah tersurat untuk saya. Tak apa, saya terima dengan tabah. Saya tak suka jadi perempuan lemah. Awak tak perlu minta maaf sebab saya dah maafkan awak. So mulai saat ini, saya lepaskan awak dari hidup saya. Mungkin ingatan saya masih belum boleh lepaskan awak, tapi tak apa, slow and steady lah. Saya harap awak selalu sihat dan bahagia dalam hidup awak, Haizal Amri. Saya pasti akan rindukan nama awak.

Wahai hatiku yang sekeping ini, maaf aku sudah terlalu banyak membiarkan kau terluka. Aku akan berusaha sebaik mungkin untuk buat kau kembali berwarna ceria. Dengan izin Tuhan, aku tak akan jatuhkan kau pada orang yang salah lagi. Aku harap Tuhan akan tolong aku. Aku harap kau tak sedih lagi. Aku minta maaf, hati.

awak tolong LIKE ya ? :)

2 comments:

  1. bukan senang untuk terima kenyataan yg perit, sayang. tp itu tak mustahil. kadang2 kite terpaksa lepaskan org yg kite sayang untuk menjaga hati kite dimasa akan dtg. cinta itu terlalu indah bila ianya untuk orang yg betul2 milik kite kan? sayangi seseorang yg pandai menghargai kite. kenali die sebaik2 nye, sbb sye nak tgk awk bahagia. bukan bermuram durja bila awk bukak muka buku awk. muka buku kan laman sosial yg patutnya mmberi impak positif, bukan negatif. kan? :D so, be strong ! i know u can. im here with u. we r here to support u. i love u . and WE LOVE YOU , sayang !

    ReplyDelete
  2. Ya, org tahu tue. Org rasa dah tiba waktunya org celikkan mata org yg dah lama buta nie. Hm. Harap-harap lepas nie lelaki yg Tuhan dah takdirkan utk org muncul. Taknak sakit-sakit lagi :( Thanks my dear, i love you olls juga :)

    ReplyDelete