Dear Followers :)

Thursday, November 25, 2010

kalau , kalau , kalau

Assalamualaikum :)

"KALAU , KALAU , KALAU"

Heeee :D orang ckp , dalam hidup nie jangan ade perkataan "kalau" sebab tak elok . kenapa yaa ?
benda nie buat aku terfikir . so aku search punya search kat google , and then ternampak satu blog sorang mamat nie . sorry ya , nak pinjam kejap . sharing is caring kan ? teehee :D

Sebenarnya , perkataan kalau nie hanya bole digunakan pada masa-masa yg tertentu je . dan ade masa lain pulakk , perkataan tu dilarang oleh syarak utk digunakan . pelik ? tapi mmg itu la kenyataannya .

Alright , bila masa kita takbole guna perkataan 'kalau' tu ?

Penggunaan perkataan KALAU yg dilarang ialah: apabila berlaku sesuatu yg buruk atau nasib malang bagi seseorang, lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat, takkan jadi macam ni…”, dan seumpamanya.

kenapa mcm tu ?

penggunaan kalau seperti ini adalah amalan syaitan, sebagaimana dalam hadis sahih muslim menyebut: Nabi bersabda: “Jangan kamu berkata: Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah: ini takdir Allah, apa yg dia kehendaki akan berlaku. sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.”
kenapa ‘kalau’ membuka pintu syaitan?
kerana:
1) ia membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yg payah untuk dihilangkan.
2) ia merupakan satu adab yg buruk terhadap ALlah yang mentaqdirkan setiap sesuatu.

Apa pulakk keadaan yg bole guna perkataan 'kalau' nie ?

menggunakannya untuk mengajarkan ilmu, atau kebaikan, atau untuk bercita-cita untuk mendapatkan suatu yg baik. maka ia dibolehkan menyebut ‘kalau’.

sebagaimana dalam quran dan hadis ada perkataan ‘kalau’ untuk mengajar.
-Firman ALlah maksudnya “Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada tuhan lain selain Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini.”
-Hadis Nabi dalam menyebut kisah Musa dan Khidir: “Kalau Musa sabar, nescaya ALlah akan menceritakan lagi kepada kita tentang cerita mereka”
aha . sorry saudara , saya mintak copy paste sikit ya . hmm so mcm tu lahh cerita dia . oke , skg aku faham sefaham-fahamnya . korang mcm mane ? ;) so , be careful in ur words yahh :D tata ~!

awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment