Dear Followers :)

Tuesday, October 25, 2011

Hidup ini kelakar, bukan?


"Atas nama cinta, yang Allah janjikan secebis daripada cintaNya.. Tak salah kalau kita yakinkan hati dan turut katanya.. Mungkin ada luka, mungkin ada sakit.. Tapi itu juga kan daripada Allah? Kalau Dia hanya bagi gembira, kita takkan hargai apa yang kita ada..Percayalah pada hati.."
- Bikash Nur Idris


Peace be upon you.

HAHAHAHA (ambil mood kelakar sesuai dengan tajuk di atas, please)

Hidup ini memang kelakar. Terkadang bila imbas kembali hidup zaman muda dulu, boleh buat kita senyum sendiri. Betullah kata orang, kenangan pahit bila diingat kembali, boleh buat kita tergelak. Kenangan manis bila kita ingat semula boleh buat kita menangis. :)

Hidup ini kelakar. Kadang-kadang kita tersepit dengan sebuah kehidupan. Macam ditelan mati mak diluah mati bapak. Complicated-nya hidup sampai ada suatu masa rasa macam nak lari daripada dunia penuh tipu daya ni. Tapi, kita masih hidup hari ni dengan senyuman dan tangisan yang silih berganti. Kelakar, tapi tak mampu ketawa sebab pahitnya lebih terasa. Kalau senyum pun, terpaksalah paksa, kan.

Kelakarnya hidup ini. Apa yang kita nak, kadang-kadang berlalu pergi macam tu je. Sebaliknya yang paling kita taknak tu lah yang datang bergolek depan mata. Macam aku, yang paling aku taknak dan takpernah nak buat, sekarang terjadi. Apa lagi yang aku boleh buat selain ikut kata takdir? Terus bersabar dan ikut rentak kehidupan ni. Itu saja. Apa yang aku mampu cuma harapkan yang terbaik untuk kehidupan aku, dan dia. Kelakar kan?

Satu saat kita boleh ketawa sampai nak pecah perut. Satu saat yang lain kita boleh menangis tersedu-sedu. Tawa dan tangis ibaratkan cuma ada satu garisan pemisah yang sangat halus. Kelakar betul, dua benda itu macam satu kontra yang sangat berkawan baik. Peliknya mainan perasaan, kan.

Semua jenis manusia yang punya pelbagai ragam dan cara pun kadang-kadang boleh sependapat dengan hal yang satu itu. Cinta. Jangan bilang benci, nanti cinta. Jangan terlalu cinta, nanti benci. Fakta, kan? Sebab tu la kot dalam semua hal, kita dituntut untuk bersederhana. Bukan senang nak jadi kuat, tapi kekuatan tu senang sangat nak luntur, macam kena bleach, habis gitu je.

Kelakar bila terfikir tak semua yang kita inginkan akan menjadi milik kita. Some things just weren't meant to be. Yelah, faham sangat. Kalau dah memang tak ditakdirkan, nak buat macam mana kan. Terpaksa la terima je, perhaps something better is waiting for us in the future. InsyaAllah..

Whatever it is, we just need to pray for the best. Amiiinn.. Semoga bahagia itu nanti akan menjadi milik kita semua..



I don't need someone who is perfect.
I just need one who can love me perfectly
not only at my best,
but also at my worst.

awak tolong LIKE ya ? :)

2 comments: