Dear Followers :)

Saturday, October 1, 2011

Oktober Datang Lagi.

"Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku, kau hantar pesanan suruh aku terima kamu, Oh oh hatiku rasa sesuatu.." - Cinta Muka Buku by NajwaLatif


Assalamualaikum.

Oktober.

Bulan ini bulan Oktober.
Bulan di mana aku mula menjadi ceria luar biasa
Hati aku berbunga
Tapi itu dulu
Pada 20102010 yang lalu.

Mimpi aku
Semuanya seperti jauh untuk aku capai
Impian aku seperti Gunung Everest
Yang ditindihkan dengan satu gunung tinggi yang lain
Tingginya kuasa infiniti

Aku perempuan
Walau nampak kuat tetap lemah
Walau nampak tegar tetap rapuh
Aku hanya boleh pandang jauh impian di puncak itu
Kerana kini aku seorang
Tidak mampu meneruskan perjalanan mendaki tanpa teman

Hampir suku perjalanan aku, kau pimpinkan aku
Walau letih, aku masih punya daya
Tapi itu dulu
Sekarang, hakikatnya kau biarkan aku
Keseorangan.
Kau tarik semua kekuatan aku.

Tak mengapa, aku tidak marah
Sedikitpun tidak.
"Aku kan kuat"-ayatmotivasidiri
Pergilah, aku mampu berseorang.

Lama aku terhenti di suku perjalanan itu.
Merenung jauh apa yang perlu aku lakukan.
Mengingat kembali segala kenangan kau dan aku.
Mengimbau setiap garis senyuman aku yang kau ukirkan.
Mengimbas semula semua kesakitan yang aku rasakan.

Akhirnya
Aku putuskan untuk turun semula
Aku fikirkan mudah, tapi amat payah
Tak terkira berapa kali aku jatuh tergelincir
Tak terbilang berapa kali kaki aku melecet
Hati ini apatah lagi

Di tengah perjalanan menuju ke kaki gunung impian,
Aku temukan seseorang
Dia sudi jadi kawan aku
Dia hulur tangan bantu aku untuk terus turun
Walaupun sakit,
Tapi aku yakin bahagia ada di sana
Di bawah nanti.

Dia bawa senyuman aku kembali.
Dia hadiahkan aku satu kekuatan dalam hari-hari.
Dia hampir pulihkan semangat aku yang hilang yang kau curi.

Tetapi sayangnya,
Aku terlambat temukan dia
Dia sudah ada yang punya

Berpegang pada hakikat itu,
Aku ajarkan hati aku supaya kuat dan terus kuat lagi
"Yaya kan kuat."
"Yaya kan kuat."
"Yaya kan kuat."

Biarlah aku terus jalani kehidupan aku seperti sekarang
Aku masih mampu tersenyum seikhlasnya
Aku masih punya modal untuk terus bergelak ketawa

Biar apa orang nak kata
Manusia memang tiada yang sempurna
Banyak cacat cela
Tapi tak semestinya kita perlu benci dia kerana cacat dia, bukan?

Yang pasti hidup aku sekarang semakin membaik
Kerana dia ada temani aku
Terima kasih, teman.

Gunung impianku,
Kau terlalu tinggi untuk aku daki.
Kau terlalu beronak duri untuk aku tempuhi
Aku takut.
Aku takut jika aku terus mendaki, di puncak itu tiada yang aku ingini.
Biar aku di bawah, mencari sesuatu yang seindah pelangi.
Biar aku palingkan diri ini daripada gunung impian,
Biar aku teruskan perjalanan ini.

Tahu,
Yang indah itu memang tidak semuanya akan kita miliki
Hakikat itu juga aku dakap erat
Dan aku serahkan semuanya pada kuasa tangan Yang Satu itu.

*****
Aku punya satu rangkap kata-kata hati
yang tak mampu aku muntahkan.
Tak mengapa.
Aku akan simpan,
sehingga tiba waktunya.

awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment