Dear Followers :)

Thursday, October 27, 2011

Kecelaruan akal dan fikiran menghalang sebuah senyuman.


Peace be upon you.

Blog ni sangat aku perlukan bila tiba waktu-waktu begini. Di mana aku terasa ingin meluahkan tapi tak ingin bercakap kerana tidak punya kekuatan pun untuk bersuara. Hanya mampu menarikan jari-jemari kecil montel ini supaya memuntahkan semua yang ada di hati. Teruslah menari mengikut rentak hati wahai jari-jemariku.

Terima kasih "The Voice of My Heart".

Sesuai dengan tajuk blog aku sendiri, memang semua yang aku muntahkan kat blog ni semuanya lahir dari hati. Jangan ditanya berapa lama ia terkandung di hati, cukuplah aku melahirkan beberapa ratus kata-kata hati. Terkadang aku simpan lama baru aku melahirkan. Terkadang aku kandung sekejap, terus aku melahirkan. Faham ke tak ni? -.-

Tahu, tak semua kisah hidup kita boleh kongsikan dengan dunia luar, kan? Nanti mungkin memakan diri sendiri. Hmm. Setiap yang ada dalam blog ni bukanlah seratus peratus kehidupan aku, ia hanya sebahagian. Yang mana aku rasa nak kongsi, aku kongsikan. Yang mana aku rasa nak beritahu, aku beritahukan. Yang mana aku rasa nak jerit, aku jeritkan. Yang mana aku rasa nak diamkan, sampai sekarang masih terdiam dalam hati.

Dan kita tak boleh expect semua orang akan suka apa yang kita lakukan. Kita kan manusia biasa, tidak pernah sempurna. Mungkin saja ada yang mencaci maki aku di belakang. Mungkin saja ada yang membenci. Mungkin ada yang memuji, mungkin juga ada yang memuji sambil memaki. Biasalah dunia, tiada yang mustahil pun.

Sebenarnya saat ini jari-jemariku menari tanpa arah tuju. Terlalu banyak yang hati ini bebelkan sampaikan jari ini takdapat terima isyarat hati dengan jelas. Kalau saja dia boleh bercakap, pasti aku sudah dimakihamun "dey cha, nak aku taip yang mana satu ni?".

Har har har.

Pagi hari begini sepatutnya aku gembira. Tapi entah kenapa semua senyuman lenyap dari bibir. Seolah mulut ini kejang untuk membentuk satu lekuk senyuman. Seolah semua orang aku nak marahkan.

Apa nak jadi dengan diri sendiri aku pun taktahu. Tadi mama suruh pegi pasar pun aku rasa nak marah. Faham tak macam mana rasanya bila aku tengah takde mood nak buat apa-apa (melainkan biarkan jari-jari ini menari di atas keyboard laptop) , tiba-tiba disuruh pegi pasar? Hadui. Kesian mama, tak pasal-pasal aku tayangkan muka macam nak minta penampar dekat dia. Hati ini protes taknak pergi, tapi badan terpaksa bergerak pergi, macam tu la jadinya. Damn.

What is worse, mama suro beli ayam, sotong dengan ikan cencaru. Ikan cencaru? Pergh. Takbole terima akal betul la. Mulut nak bertanya, tapi ego mengatasi. Last-last aku diamkan je, terus naik kereta. Dalam hati kata, lantaklah ikan apa pun aku amik. -_______-

Nak tanya kat orang pasar tu, serius aku malu. Harhar. Stupid me. Ikan cencaru pun tak kenal. Stupid. Serius stupid. Aku pusing satu pasar cari kedai ikan yang ada labelkan nama ikan. Hmm jumpa pun akhirnya. Ufhhh. Tapi dia tulis 'caru' je, sama tak ea dengan cencaru? Sama kan?
-_______________________-'

Ok lah, nak pergi masak ni. Harapnya masakan aku hari ni ada kasih sayang. Byebye.



"Yaya, this is exactly how you look when you get mad. So, please smile."


awak tolong LIKE ya ? :)

3 comments:

  1. nmpk sgt hangenn ye . be strong, sayang. Allah ada. mungkin kita tak boleh nk cerita semuanya kat dunia luar. tp, Allah ada jd tempat kita bercerita segalanya. :)

    ReplyDelete