Dear Followers :)

Wednesday, April 20, 2011

Harta kami menjadi harta rampasan manusia

Assalamualaikum .

Sekarang jam 5.36 pagi . Buang tabiat ke aku update blog pagi-pagi buta mcm nie ? Bukanlah , aku cuma ingin meluahkan dan menceritakan .

Pukul 4 lebih tadi , mama kejut then tiba-tiba je tanya phone aku ada ke tak . Then aku tgk ada , so aku cakaplah ada . Lepas tue mama bagitau ada orang pecah masuk rumah . LAPTOP KESAYANGAN aku hilang :'( :'( :'(

Terus aku terjaga then turun bawah . Fine , semua hilang kecuali phone aku , phone syeeda , lappy mama , and kunci kereta & kereta . Yang lain , wassalam . Yg mengagumkan , tak ada seorang pun antara kami yg sedar semasa kejadian tue berlaku . Hm . Entahlah , aku taktahu nak cakap apa =='

Kawan-kawan , Brobbie aku hilang ! Belum pun sampai setahun dia berkhidmat utk aku . Yang paling penting , ada dokumen penting dlm tue . Itu semua kenangan :'(

Tak apalah , mungkin bukan rezeki aku kot . Mungkin lappy aku tue kalau jadi hak milik aku lagi , bwk mudarat kat aku kot? Kan? Kenapa kau tak amik charger dengan beg laptop aku skali ? Kenapa kau tak amik buku teks agama yg kat depan lappy aku tue sekali ? Kalau kau amik kan bagus , bole tolong jawabkan final sekali .

Tapi ...

Purse hadiah aku hilang ! Itu kan hadiah birthday aku pemberian Eka & Tika :'( Serius aku sedih . Sedih sangat :/ Dah la dalam tue ada slip exam . Menyusahkan aku je nak kena print semula . Ke kau serius nie nak tolong aku jawabkan exam? -_________-

Ya Tuhan , kalau inilah yang terbaik utk kami , aku redha . Mungkin Kau nak tunjukkan sesuatu di sebalik semua ini . Kan ? Tapi , boleh tak kalau aku nak semula lappy dengan purse aku? Dan barang-barang yang lain juga ....

Ya Allah , Kau pancarkanlah Nur kepada dia yang telah memecah masuk rumah kami . Semoga hatinya terdetik untuk mengembalikan harta kami . Em . Tak mustahil kan? Tapi macam pelik sikit lah :/

Kepada kau sang manusia (aku gunakan 'sang' sebab umpama binatang , malah lebih teruk lagi sebab binatang sekarang pun ade keperibinatangan) , percayalah janji Tuhan . Setiap perbuatan kau akan mendapat balasan juga nanti . So , tak ada apa yg perlu aku risaukan sebab sesungguhnya aku percaya janji Tuhanku . Semoga kau sedar bahawa apa yg kau lakukan adalah satu dosa . Janganlah merampas harta yg bukan hak kau . Kembalikanlah mereka .

Eh errr , kau nak tau password lappy aku tak ? Meh la tanya , nanti aku bagitau . Sambil-sambil tue boleh aku backhand sekali . (takpuas hati lagi)

By the way , kenapa kau tak amik surah Yassin yang ada depan mata ? Kenapa kau tak amik al-Quran yang aku pasti kau nampak memandangkan kau dah jelajah seluruh kawasan kat tingkat bawah tue , kan ? Aku yakin kat ruma kau pasti takde . Kau taknak ke ? Umph ! Dasar laknatullah .

Oh ya , seorang mama dan ayah tak lain tak bukan hanya mementingkan keselamatan keluarganya kerana bagi mereka , tiada apa yang lebih penting dan berharga selain nyawa dan keselamatan buah hati mereka . Mama dengan ayah tenang je . Mama cakap "Alhamdulillah , yang penting anak-anak sume takde apa-apa."

Ok lah , korang doakan la kot-kot harta kami yang dah menjadi rampasan manusia laknatullah tue kembali semula . Takziah ya kepada kami . Kepada Kak Sar , tabahlah . Mungkin nnt hang dapat handphone lagi baik punya kot . Hmm . Aku nak pergi solat Subuh . Hanya Dia tempat aku mengadu dan memohon pertolongan . Semoga Allah memberkati kita semua . Wassalam .

awak tolong LIKE ya ? :)

5 comments:

  1. sabar ye kak yaya , tu sume ujian dr Allah swt .

    ReplyDelete
  2. ish.sabar ye dayah!betul tu.mungkin ada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  3. echasya & ariff : thanks guys , tgh sabar la nie :)

    ReplyDelete
  4. touching :( tp kelakar pn ade jgk :D hang nie ape lah. :) tp kan.. aku nak LIKE ! LIKE! LIKE! LIKE! lah. bukan suka umhh hang kne pecah masuk.cuma kelakar lah, baby. ILUSFDM

    ReplyDelete
  5. Hahaha . klaka kata diaaaa :P ilym :D

    ReplyDelete