Dear Followers :)

Saturday, April 23, 2011

Two down , four to go

Assalamualaikum :/

Eh , tiba-tiba je paper "Pemikiran Dan Tamadun Islam" a.k.a CTU 151 dah habis kena jawab . Pukul 8.35 pagi tadi dah masuk dewan memandangkan pukul 9 pagi dah kena mula jawab .

Sebelum itu , macam biasa sempat aku call mama (tapi ayah yang angkat) , minta mereka doakan aku dipermudahkan semasa menjawab .


Well , masuk-masuk dewan je aku dah menggigil kesejukan . Ya , air-cond dewan sangat sejuk pagi ini . Baru lepas repair mungkin ? (juih bibir sambil cakap "mungkinnnnnn" enam harakat)

Nervous kali nie memang luarbiasa , sebab dari semalam lagi aku bole rasa getarannya . Haha !

Duduk je kat meja G123 , aku pun melakukan rutin ketika menduduki peperiksaan . Sambil-sambil tue pengawas peperiksaan bagi taklimat exam macam biasa . Bila masa je jarum jam berdetik menandakan jam 9 pagi , terus kami dibenarkan menjawab soalan .

Dengan keadaan yang sangat sejuk macam tue , seluruh anggota tubuh badan aku turut beku , termasuklah OTAK , organ yg sepatutnya memberi kerjasama yg paling baik masa exam ! -__________- Seakan-akan takde darah yang mengalir dalam tubuh badan nie . (aicehhh , gaya bahasa madah nak hiperbola je :P) Untuk bulatkan jawapan pun aku rasa macam tak berdaya , apatah lagi nak jawab soalan esei :/ Tapi tue lah , ini serius .

Tapi apakan daya , demi masa depan , terpaksa aku kerahkan otak untuk jawab soalan yang serius aku kategorikan dalam "ada yang susah lagi tak?" dgn keadaan jari-jemari yang montel-montel nie menggigil . Pfft !

Memang terbaiklah ! Otak aku sakit sekarang nie . Untung saja ada pesanan "belajar biar masuk otak , perasaan biar kekal di hati" utk aku . Kot-kot ada la juga semangat jiwang dan juang yang tinggi tue sampai utk aku habiskan perjuangan nie :D

* Rasa macam makin hari makin skema tatabahasa aku nie =='

Till then . Byebye :')

awak tolong LIKE ya ? :)

4 comments:

  1. mmg pn hang tu terikut sgt dgn hang punye cik akaun. :P haha. dah habis dah pekse nie. toksah dok pik'ak2 . hahah. dah merdeka untuk sem 2. mintak2 takde yg kena repeat :) aminn

    ReplyDelete
  2. dia tue initiator , influencer bagai tau . hahaha :P ho laa , tak pikiaq dah laa niee . insyaAllah Tuhan bg yg terbaik utk kita sume :') aminn

    ReplyDelete
  3. nak dean list lah. tp mcm takde rupa je . haha. takut lah

    ReplyDelete
  4. takpe , kita ade banyak sem lagi . kalau sem nie takdapat dl , kita cuba lagi sem depan :) tapi aku pun risau jua . hmmm :/

    ReplyDelete