Dear Followers :)

Friday, April 8, 2011

Stressful Week :/

Assalamualaikum :)

Faham tak kalau aku cakap aku stress teramat sangat minggu nie ?

Masalah , presentation , tests .

"Lahhh , tiga je ke ? Itu pun stress ?"

Haha . Banyak lah kau .

Isnin puas aku pendam perasaan . Aku luahkan pada Eka . Tapi tiada apa yang mampu kami fikirkan selain berdiam diri . Ya , aku merajuk . Aku merajuk dengan Yana :P Malam itu aku tidur bertemankan airmata semata-mata kerana kau , Yana . HAHA :P

Selasa aku all out menangis , ini semua pasal sahabat . Bila kau dah bertanya , tak mampu lagi aku pendam . Aku struggle keluarkan semuanya . Sampai bengkak biji mata . Sampai pening-pening kepala aku . Bila ingat balik macam kelakar pun ada tapi ia datang dari hati . Takboleh tahan , nak buat macam mana . Dah aku sayang kau . Faham , Aishah Dianah ?

Bila Selasa dah all out , of course lah satu hari tue takde kerja bermanfaat yang aku buat . Khamis ada presentation and test marketing . Percayalah , Rabu aku sangat stress . Bila kerja orang lain aku kena buat , kena marah lagi , tersalah buat lagi . Dengan sisa pening kepala yang masih ada , terpaksa juga aku buat demi masa depan yang belum pasti . Aku menangis lagi , untung saja Yana pinjamkan bahu dia untuk aku . Terima kasih , sahabat :)

Dan Rabu , buku marketing aku tak sentuh langsung . Untunglah Khamis test pukul 4 petang .

Bila Khamis datang , pukul 10 pagi presentation . Kami cuba yang terbaik . Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan lancar . Tiada yang berlari , tiada yang merangkak :D
Lepas kelas pukul 12 , barulah menceceh nak buka buku marketing . Habis struggle kitorang nak baca buku . Nak habiskan lapan chapter dalam masa 3 jam ? Memang tak lah :/
Bila sampai waktu kemuncak di mana aku sangat tak larat nak baca buku lagi , aku text mama . Keluh pada mama . Mama sayang , terima kasih atas semangat yang diberi . I love you forever lah Mama ♥

Untung saja lecturer bagi hint . Kami bertiga fokuskan pada soalan Part C dan D je , sebab mereka soalan essay . Yang lain jawapan dah ada , tinggal hentam je tembak . Kalau kena nasiblah , kalau tak pun nasib juga nama dia . Tak tukar jadi nasub pun :P

By the way , the moment aku menaip ini , dua beban paling besar itu sudah teralih daripada bahu aku . Tapi jangan suka sangat , sebab esok hari Sabtu . Sabtu ada test Costing pula . Dan selepas Sabtu ialah Ahad . Ahad pula aku ada kelas ganti ko-kurikulum , JPA dari pukul 8.30 pagi sampailah 4.30 petang . Tak ke gila ? Aku sebagai Sispa bertanggungjawab (yang telah ponteng kelas Selasa lepas) kena buat surat MC sebelum Ahad . Kang ada Tuan aku mengamuk nie nanti . * Selasa aku memang kurang sihat , pening kepala , so tak pontenglah okay :P

Next week 16hb dah final exam JPA nie ! Gila kau ? ERGH !

DAN STRESS LAGI . hihi
Kasihan , memang kasihan . Hidup nie memang banyak dugaan . Bersabarlah , sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar :)

awak tolong LIKE ya ? :)

1 comment: