Dear Followers :)

Friday, April 15, 2011

Yang bermula pasti berakhir .

Assalamualaikum ,

Percaya atau tak , kelas-kelas yang bertimbun sepanjang sem dua nie tiba-tiba je dah berakhir . Apa yang tinggal hanyalah waktu menanti peperiksaan akhir .


Ini tuan jurulatih ko-kurikulum saya , Tuan Rahman .

Dah tak ada lagi gagak-gagak hitam turun padang setiap Selasa pukul 5 petang untuk sem nie . Sem depan dah tak jumpa lagi Tuan Rahman nie . Dah tak ada lagi "siasah diri" , dah tak ada lagi "haa pergi pasar larkin , 3 sepuluh hinggit."
Peperiksaan subjek Tuan Rahman nie pun dah selamat gagak-gagak hitam (termasuk aku) jawab . Yang tinggal cuma tawakkal .

Sedih . Sebak . Dah tak ada lagi Miss Aishah sem-sem depan kat Uitm nie . Dia pergi meninggalkan kami :/ Miss , insyaAllah kitorang akan datang wedding miss nanti , kalau tak ada aral yang melintang .

Serius aku rindu .

Jumaat lepas , 15 April 2011 lepas ialah hari terakhir kami budak-budak kelas J3BM1122B habiskan bersama Miss Aishah nie . Dan rasanya itulah pertama kali dia make up semasa mengajar . Lain rupa dia , macam berseri-seri gitu .

Sebaknya -___________-

Day before Jumaat , kitorang macam gurau-gurau je ajak Miss buat potluck . Tak sangka pula Miss sangat rajin , dia kata dia nak buat sandwich :)

Pagi tue dia sampai 8.30 pagi kot , lambat setengah jam semata-mata sebab buat sandwich nie . Mesti dia bangun awal kan . Heee , terharu :')


Sandwich Miss Aishah
Serius sedap sangat .
:)

Tinggal sikit je nie , dia bawa satu tupperware penuh sebenarnya . Nasib baik sempat aku curi ambil gambar . Hehe :D kitorang students nie , mampu bawa jajan , keropok sikit-sikit je . Al-maklong lah , kat sini takde la pula tempat nak masak . Kalau ada , boleh aku masakkan semut goreng ataupun katak rebus . Nyummy , sedap kan ? :)

Then lepas makan , kitorang sempat la capture gambar sikit buat kenangan .




Errr , dah macam kitorang la pulak yang diraikan . Hikhik :P


Nie la girls kelas aku , tapi ada tiga orang absent .


Nie pula the guys . Yes seriously , dua orang je :D

Masa sangat dan teramat mencemburui kami . Serius dia cemburu . Dua jam terasa sangat cepat berlalu . Kalau boleh biarlah masa berhenti kejap , bagi kami puas . Ya , kami belum puas . Tiba-tiba je dah nak dekat pukul 10 pagi . Miss ada kelas lagi kan lepas nie , kalau tak serius tak kisah pun balik lambat hari tue :/

Sebelum balik , kami hadiahkan beliau satu tupperware penuh jajan dan keropok . Tupperware tajaan Miss Aishah sendiri , dan jajan keropok tajaan kami . At least takdela Miss bawa balik tupperware kosong kan ? Hihi :D


Sorry , ini sahaja yang termampu :)


Miss Zainorraishah Mohamed ,
Terima kasih atas semua ilmu yang telah kau berikan kepada kami sepanjang dua semester ini .
Terima kasih kerana lagakmu bertempat , sungguh kami tidak kisah .
Terima kasih kerana kau sentiasa sabar melayan kerenah kami yang kadang-kala aku tahu , memang kebudak-budakan , kerana kau sendiri kadang-kadang seperti budak-budak . Hehe :D
Terima kasih atas semua tunjuk ajarmu .
Terima kasih , guruku .
Sepuluh juta kali terima kasih .

Dan maaf atas setiap kesalahan yang pernah kami lakukan .
Andai pernah kami terkasar bahasa , maafkan kami .
Andai pernah kami guriskan hatimu , maafkan kami .
Andai pernah kami meninggi suara , maafkan kami .
Andai pernah kami mengecewakanmu , maafkan kami .
Maaf .
Sejuta kali maaf .

Aku tahu kau sentiasa mendoakan kami . Terima kasih atas doa itu :)
Nanti akan kami lakukan yang terbaik semasa peperiksaan akhir Costing , insyaAllah .
Semoga dengan rahmatNya , kami akan berjaya dan membuat kau bangga .
:)



Ini ucapan terakhir Miss buat kami .
Ini juga perbualan terakhir bakal 'Puan Aishah' dengan kami :'(
Sorry , aku terlupa nak pegang phone dengan posisi yang betul . Jadi senget pula . Selamat teleng !
Sorry , suara tak clear . Miss kami memang romantik , lagipun takde mic kan .

Jatuh jua air mata yang cuba aku tahan sedaya upaya apabila kami satu kelas menyanyikan lagu 'Kenangan Terindah' dan 'Tinggal Kenangan' buat Miss kami yang seorang ini . Sebak rasa hati . Ya , memang aku tak gentle :P

Akhir kata ,

Semoga Miss sentiasa berjaya dalam hidup dunia akhirat .
Semoga Miss menjadi seorang isteri yang solehah .
Semoga Miss ampunkan segala kesalahan kami .
Semoga Miss halalkan semua ilmu , makan dan minum kami .
Tak kisah apa pun , we will miss you a lot , Miss Aishah . Seriously we will do :')
Semoga kami sentiasa dalam ingatanmu .
May Allah bless .
:)



* Al-fatihah buat arwah datuk kepada Aishah Dianah , my bestie . Arwah telah pergi tak kembali pada 14 April 2011 . Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman .

awak tolong LIKE ya ? :)

2 comments: